Berita Semasa
Semalam Mahkamah Majistret Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.
Gagal Hadir Tanpa Sebarang Alasan
Waran tersebut dikeluarkan kerana Sajat tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984
“Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.“Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” katanya.
Langgar Peraturan
Difahamkan pihak CPF sebelum ini melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos lalu.Jika sabit kesalahan, Sajat boleh dihukum denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sebelum rampasan dibuat, pegawai CPF di premis terlebih dahulu menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM Berdasar keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Terdahulu, Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah yang sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Malah Sajat pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000 yang tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.
GLOBAL
Ekoran daripada penularan koronavirus (COVID-19), semua masjid di Singapura telah diarahkan tutup selama lima hari, bertujuan bagi proses pembersihan dan penyahjangkitan.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), penutupan sementara ini adalah berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura disahkan positif COVID-19.
Dua warga tabligh itu adalah antara 90 warga Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Berikutan itu, solat Jumaat hari ini di 70 masjid dalam republik itu juga akan dibatalkan, selain semua aktiviti ceramah, kelas keagamaan dan juga kuliah akan ditunda selama dua minggu sehingga 27 Mac.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani
INFORMASI
Kita selalu dengar kata-kata seperti “Patutlah tak dengar, tahi telinga tebal sangat!”. Kebersihan telinga dikaitkan dengan ketiadaan tahi telinga. Tetapi betulkah pelakuan kita untuk membuang tahi telinga itu?
Sebenarnya ‘tahi’ telinga itu bagus untuk kebersihan telinga kita. Ya, mungkin penampilannya menjengkelkan sesetengah orang, tetapi ia sangat penting bagi menghalang sebarang habuk dan kekotoran daripada masuk rongga yang lebih dalam. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan kuman.
Penggunaan terma ‘tahi’ atau ‘najis’ tidak membantu dalam membuang perspektif buruk terhadap ‘lilin’ telinga ini.
Hukum umum yang para doktor gunakan ialah, jangan memasukkan apa-apa ke dalam telinga anda kerana ia mungkin membawa lebih banyak bahaya daripada kebaikan. Sedikit jenaka yang selalu doktor gunakan adalah, jangan masukkan apa-apa objek yang lebih kecil daripada siku anda ke dalam telinga anda.
Walaupun menimbulkan rangasangan yang ‘best’ bila kita masukkan putik kapas kedalam telinga kita dengan tujuan untuk ‘membersihkannya’, ia sebenarnya sangat bahaya. Sekiranya ianya tajam, anda mempunyai risiko untuk mencederakan gegendang telinga anda. Walaupun ia tidak tajam, anda hanya akan menyumbatkan lebih banyak lilin tersebut ke dalam telinga anda daripada mengeluarkannya. Kedua-dua situasi ini mungkin boleh menyebabkan kesakitan di telinga atau masalah dalam pendengaran anda.
Walaubagaimanapun, sekiranya lilin telinga anda berwarna coklat, hitam, atau putih dan berkeping-kepingan kecil, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada telinga anda. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan lanjut.
Badan kita mempunyai cara semula jadi untuk menyingkirkan lilin telinga yang berlebihan. Dengan mengunyah, kita sebenarnya menolak lilin telinga yang lama ke bahagian luar telinga, di mana ia akan mengeras dan terkeluar dengan sendirinya. Ya, mungkin ia kedengaran sedikit menjijikkan. Namun, sebagai langkah alternatif, anda boleh membersihkan bahagian luaran telinga anda dengan putik kapas, tetapi hanya bahagian luaran sahaja!
Anda boleh berjumpa dengan mana-mana doktor dan mereka akan mengatakan perkara yang sama. Jangan masukkan apa-apa ke dalam telinga anda walau sesedap manapun rangsangan ketika kita korek telinga!
Berita Semasa
Berikutan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia, HTAR mengambil langkah seperti berikut bagi mengurangkan risiko jangkitan di kalangan pesakit, pelawat dan warga HTAR.
1. Mengurangkan bilangan pelawat hadir ke wad.
2. Kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun DILARANG sama sekali untuk melawat.
3. Memendekkan masa melawat kepada 1.00 petang hingga 2.00 petang dan 5.00 petang hingga 6.30 petang setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan cuti am.
Peraturan ini berkuatkuasa 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔-𝗠𝗘𝗥𝗧𝗔 dan sebarang perubahan akan diberitahu kelak.
Pengarah Hospital,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Berita Semasa
PEJABAT Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur ditutup sehingga Jumaat ini untuk proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran selepas dimaklumkan seorang ahlinya disahkan positif Covid-19.
KWSP dalam satu kenyataan berkata, ahli terbabit berurusan di pejabat KWSP Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut pada 27 Februari lalu antara 2 hingga 2.30 petang dan disahkan positif 3 Mac lalu.
Menurutnya, tiada sebarang pengesahan sama ada ahli terbabit dijangkiti Covid-19 sebelum beliau berurusan di pejabat KWSP.
“Kami sudah mengenal pasti pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada ahli terbabit dan menghantar mereka untuk menjalani pemeriksaan.
“Pegawai lain dari pejabat itu juga dikuarantin. KWSP sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, pejabat KWSP ini akan beroperasi semula pada Isnin ini dan KWSP juga menjalankan langkah awal pencegahan sejak Februari lalu untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada Covid-19.
“Semua kaunter dan permukaan yang terdedah di premis KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari.
“Pegawai kaunter juga diperlukan untuk membersihkan tangan mereka setiap 30 minit selain pelawat perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis KWSP,” katanya.
Bagaimanapun kaunter KWSP di lokasi lain akan beroperasi seperti biasa namun, ahli digalakkan untuk membuat transaksi secara dalam talian melalui aplikasi i-Akaun kecuali bagi urusan yang memerlukan kehadiran ke kaunter KWSP.
- 5 potong ikan tongkol
- 7 biji cili api - belah 2
- 3 biji bawang putih - hiris nipis
- 3 biji bawang merah - hiris nipis
- 1 biji bawang besar - hiris nipis
- 3 keping asam keping
- 2 batang serai - dititk
- 2 inci halia - hiris nipis
- 2 inci kunyit hidup - hiris nipis
- 2 inci lengkuas - hiris nipis
- air secukupnya
- garam secukupnya
RESEPI
Resepi Ikan Masak Singgang
resepi ikan singgang begitu mudah disediakan dan menjadi lauk kegemaran orang pantai timur terutamanya terengganu dan kelantan. selain ikan singgang ikan lainya juga boleh anda cuba kerana rasanya juga sedap seperti ikan tongkol, ikan kembung, dan ikan kayu.masakan ini ialah makanan sihat kerana tiada minyak dan sangat sesuai untuk orang yang berdiet sebab rendah kalori. ikan singgang versi kelantan biasanya tiada kunyit dan menggunakan banyak lengkuas.jom langsung saja kita layan resepi dibawah
Bahan-Bahan
Cara penyediaan
1. mula-mula panaskan air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukan semua bahan yang dihiris nipis bersama serai,dan biarkan sampai semua bahan agak layu.
2. kemudian masukan asa keping kacau perlahan dan biarkan hingga kuah kembali mendidih, selepas tu masukan ikan dan kacau perlahan.
3. tutup dan biarkan hingga ikan masak dan bila ikan sudah masak masukan cili api dan kacau perlahan agar ikan tidak hancur.
4. perasakan dengan garam secukupnya dan bila sudah masak ikan singgang siap untuk dihidangkan.
Berita Semasa
Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020 berkaitan kadar caruman berkanun syer pekerja baharu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan ini menjelaskan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada tujuh (7) peratus.
Penjelasan lanjut berkenaan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja ini adalah seperti berikut:
1. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan berkuatkuasa mulai upah pekerja bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.
Untuk siaran segera
2. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Manakala kadar caruman berkanun untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas adalah kekal.
Pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus
Ahli boleh membuat pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020). Borang ini hendaklah dikemukakan kepada KWSP melalui majikan masing-masing dan berkuatkuasa mulai bulan berikutnya. Borang ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang kwsp.gov.my pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh merujuk laman sesawang KWSP di kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.
Penjelasan lanjut berkenaan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja ini adalah seperti berikut:
1. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan berkuatkuasa mulai upah pekerja bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.
Untuk siaran segera
2. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Manakala kadar caruman berkanun untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas adalah kekal.
Pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus
Ahli boleh membuat pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020). Borang ini hendaklah dikemukakan kepada KWSP melalui majikan masing-masing dan berkuatkuasa mulai bulan berikutnya. Borang ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang kwsp.gov.my pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh merujuk laman sesawang KWSP di kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.
Berita Semasa
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun diumumkan. Pengumuman mengenainya telah dilakukan di semua media rasmi termasuklah siaran langsung di televisyen oleh Yang Berbahagia Perdana Menteri.
Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada rakyat Malaysia yang sejak seminggu lalu menanti siapakah yang akan menerajui kementerian-kementerian setelah Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia, dan Tan Sri Muhyiddin dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8.
Saya tidak arif mengenai hal politik ini, tetapi adalah juga ambil tahu sedikit sebanyak, terutama perkara yang boleh mendatangkan pengetahuan yang baik, terutama dalam memahami proses demokrasi kerajaan beraja berparlimen di Malaysia ini.
Apa yang telah berlaku di dalam politik Malaysia, sedikit sebanyak telah memberikan kesedaran orang awam mengenai proses demokrasi di Malaysia selain memahami lebih lagi berkaitan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi nadi penting dalam perjalanan pentadbiran negara.
Ok, berbalik pada tajuk .. iaitu mengenai senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri baharu dalam Kabinet Kerajaan, diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Berikut adalah senarai menteri dan timbalan menteri yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri:
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
4 Menteri di atas adalah merupakan menteri kanan yang akan membantu Perdana Menteri, tanpa adanya Timbalan Perdana Menteri. Ini mungkin kali pertama kerajaan Malaysia tidak mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Menteri: Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Tugas-tugas Khas
Menteri: Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Binti Yazid
Parlimen dan Undang-Undang
Menteri: Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith
Hal Ehwal Agama
Menteri: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah
Timbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Awang Hashim
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai Senator)
Senarai penuh kabinet kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ini melibatkan para profesional yang arif dalam bidang masing-masing. Antara yang menarik ialah perlantikan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai Menteri Agama dalam Jabatan Perdana Menteri, selain bekas CEO CIMB yang akan dilantik sebagai senator untuk menjadi Menteri Kewangan Malaysia.
Pasti nanti akan banyak komen daripada mereka mengenai senarai dan perlantikan ini. Ia mungkin akan menjadi berita gembira buat sesetengah, dan mungkin akan ada yang mempersoalkan.
Apapun, sebagai rakyat Malaysia, saya pasti perlantikan menteri dan timbalan menteri adalah mengikut kebijaksaan Perdana Menteri yang mahukan Malaysia kembali berada pada landasan yang betul, terutama pada waktu yang cukup mencabar sekarang.
Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada rakyat Malaysia yang sejak seminggu lalu menanti siapakah yang akan menerajui kementerian-kementerian setelah Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia, dan Tan Sri Muhyiddin dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8.
Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020 - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sejak kemelut politik Malaysia berada di dalam ketidak-tentuan, banyak isu berbangkit telah dibincangkan oleh rakyat Malaysia. Macam-macam cerita muncul termasuklah teori-teori konspirasi politik.Saya tidak arif mengenai hal politik ini, tetapi adalah juga ambil tahu sedikit sebanyak, terutama perkara yang boleh mendatangkan pengetahuan yang baik, terutama dalam memahami proses demokrasi kerajaan beraja berparlimen di Malaysia ini.
Apa yang telah berlaku di dalam politik Malaysia, sedikit sebanyak telah memberikan kesedaran orang awam mengenai proses demokrasi di Malaysia selain memahami lebih lagi berkaitan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi nadi penting dalam perjalanan pentadbiran negara.
Ok, berbalik pada tajuk .. iaitu mengenai senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri baharu dalam Kabinet Kerajaan, diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Berikut adalah senarai menteri dan timbalan menteri yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri:
Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
2. Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
3. Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Seri Fadillah YusofTimbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
4. Kementerian Pendidikan
Menteri: Dr Mohd Radzi Md JidinTimbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
4 Menteri di atas adalah merupakan menteri kanan yang akan membantu Perdana Menteri, tanpa adanya Timbalan Perdana Menteri. Ini mungkin kali pertama kerajaan Malaysia tidak mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri.
5. Kementerian Kewangan
Menteri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
6. Menteri-Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
EkonomiMenteri: Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Tugas-tugas Khas
Menteri: Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Binti Yazid
Parlimen dan Undang-Undang
Menteri: Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith
Hal Ehwal Agama
Menteri: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
7. Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Ir Dr Wee Ka SiongTimbalan Menteri: Hasbi Habibollah
8. Kementerian Alam Sekitar
Menteri: Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan ManTimbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
9. Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Seri Saravanan A/L MuruganTimbalan Menteri: Awang Hashim
10. Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Tan Sri Annuar MusaTimbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar
11. Kementerian Wanita Dan Keluarga
Menteri: Datuk Seri Rina Mohd HarunTimbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
12. Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Dr Noraini AhmadTimbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman
13. Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli
Menteri: Datuk Dr Shamsul Anuar NasarahTimbalan Menteri: Ali Anak Biju
14. Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hamzah ZainuddinTimbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
15. Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr Adham BabaTimbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
16. Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ronald KiandeeTimbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
17. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Menteri: Datuk Dr Abd Latiff Hj AhmadTimbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong
18. Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin HusseinTimbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar
19. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Alexander Nanta LinggiTimbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
20. Kementerian Komunikasi Dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Saifuddin AbdullahTimbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
21. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Zuraida KamaruddinTimbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
22. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
Menteri: Khairy JamaluddinTimbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim
23. Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Menteri: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku JaafarTimbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
24. Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
Menteri: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman RazaliTimbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin
25. Kementerian Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Hajah Nancy ShukriTimbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
26. Kementerian Perpaduan Negara
Menteri: Datuk Halimah Mohamed SadiqueTimbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing
27. Kementerian Belia Dan Sukan
Menteri: Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina MericanTimbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai Senator)
Senarai penuh kabinet kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ini melibatkan para profesional yang arif dalam bidang masing-masing. Antara yang menarik ialah perlantikan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai Menteri Agama dalam Jabatan Perdana Menteri, selain bekas CEO CIMB yang akan dilantik sebagai senator untuk menjadi Menteri Kewangan Malaysia.
Pasti nanti akan banyak komen daripada mereka mengenai senarai dan perlantikan ini. Ia mungkin akan menjadi berita gembira buat sesetengah, dan mungkin akan ada yang mempersoalkan.
Apapun, sebagai rakyat Malaysia, saya pasti perlantikan menteri dan timbalan menteri adalah mengikut kebijaksaan Perdana Menteri yang mahukan Malaysia kembali berada pada landasan yang betul, terutama pada waktu yang cukup mencabar sekarang.
ArtisTanah Air
Selepas pemergian pelawak terkenal Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan pada 10 Februari lalu, pelbagai isu yang timbul berhubung dengan harta yang ditinggalkan arwah.
Terbaru, menerusi perkongsian Harian Metro, ibu kepada arwah Abam iaitu Sabariah Arshad enggan mengaitkan dirinya dengan kontroversi yang melanda keluarga dan menantunya, Nor Hidayah Mohd Ali.
Saya tak nak tahu apa apa
Saya tak nak tahu apa-apa cerita pun, apa yang lebih saya fikir sekarang mengenai arwah anak yang sudah meninggal dunia itu.Sekarang, saya dah hilang tempat bergantung. Saya perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung ini pun belum hilang lagi.
Menurut Sabariah, dia tidak tahu membaca. Segala situasi cerita yang berlaku diketahui melalui penceritaan anaknya sahaja iaitu Ali Puteh.
Nombor telefon arwah hilang
Selama ini pun, dalam telefon saya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Allahyarham Abam untuk memudahkan saya menghubungi mereka.Cuma seminggu sebelum Abam meninggal dunia, nombor telefon arwah hilang tiba-tiba dan saya memang tak dapat menghubunginya. Tapi, arwah tak pernah lupa telefon saya.
Tambahnya lagi, dia tidak kisah selepas menantunya, Nor Hidayah Mohd Ali bertindak keluar dari rumah selepas kematian Abam.
Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau.
Mengakhiri perbualan itu, Sabariah tidak kisah dan terserah apa yang nak dilakukan wanita itu. Wanita yang dimaksudkan itu adalah menantunya sendiri.
Sumber : Harian Metro
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...