PELAKSANAAN perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negara dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 menyaksikan pelbagai gelagat dan reaksi rakyat yang masih berdegil dengan arahan itu.
    Selain memberikan alasan yang tidak masuk akal, ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.
    Di United Kingdom (UK), seorang pemandu lelaki ditahan setelah melanggar arahan sekatan perjalanan dengan alasan mengambil barang pembelian berupa tingkap berharga £15 (kira-kira RM80) secara dalam talian.
    Namun apa yang memeranjatkan anggota polis apabila mendapati isteri pemandu itu berada di dalam but kereta.
    Menurut makluman polis North West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian.
    “Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka ditahan,” kata kenyataan itu.
    Lelaki itu dilapor disaman kerana melanggar arahan kerajaan dengan melakukan perjalanan tidak penting (non-essential travel).
    United Kingdom melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 di negara itu.
    Rakyat negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan, atau tugasan kritikal.


    Ekoran daripada penularan koronavirus (COVID-19), semua masjid di Singapura telah diarahkan tutup selama lima hari, bertujuan bagi proses pembersihan dan penyahjangkitan.
    Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), penutupan sementara ini adalah berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura disahkan positif COVID-19.tiada solat jumaat hari ini, semua masjid di singapura ditutup 5 hari
    Dua warga tabligh itu adalah antara 90 warga Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
    tiada solat jumaat hari ini, semua masjid di singapura ditutup 5 hari
    Berikutan itu, solat Jumaat hari ini di 70 masjid dalam republik itu juga akan dibatalkan, selain semua aktiviti ceramah, kelas keagamaan dan juga kuliah akan ditunda selama dua minggu sehingga 27 Mac.
    Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
    Sumber: Awani

    Kerana Terlalu Percayakan GPS. Dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi hari ini, aplikasi GPS banyak membantu memudahkan pengguna mencari jalan menuju ke destinasi yang dikehendaki dan tidak perlu lagi anda membuang masa untuk membuka peta lagi.
    Bagaimanapun, usah terlalu percaya pada GPS sehingga memudaratkan diri seperti yang berlaku pada pemandu kereta jenis MPV ini yang buta-buta percaya pada GPS. Akibatnya…
    Menurut laman Facebook Dantruat, kejadian ini berlaku tiga tahun lalu di Nonthaburi, Thailand, namun gambar kejadian viral semula di media sosial.

    Ikut Arahan


    Menurut pemandunya, dia hanya mengikuti arahan yang diberikan oleh GPS dan menyangka keretanya mampu melalui jalan yang kecil itu. Tetapi dia tersilap apabila tayar sebelah kanan terjatuh menyebabkan dia tersangkut.

    Terpaksa Guna

    Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menggunakan perkhidmatan kren bagi mengangkat keluar keretanya.


    Sebuah keluarga terkejut apabila ‘mayat’ gadis yang dibelikan sebagai ‘pengantin hantu’ anak lelaki mereka yang sudah meninggal dunia, tiba-tiba bangun sebelum sempat dikebumikan.
    Ibu bapa dari Linzhou, utara China itu secara tidak sengaja membongkarkan sindiket pemerdagangan manusia selepas membeli ‘mayat’ yang rupanya remaja pekak bisu dan berpenyakit mental bernama Zhao Mei untuk ‘dikahwinkan’ dengan anak mereka.
    Mengikut adat itu, dua mayat dikebumikan bersama untuk menandakan ada perkahwinan antara mereka.
    People’s Daily melaporkan, ibu bapa terbabit membeli ‘mayat’ berkenaan dengan harga 30,000 yuan (RM19,200) sebagai pengantin hantu yang dihiaskan sebelum dimasukkan di dalam keranda.
    Ketika majlis pengebumian dijalankan, mereka terkejut mendengar bunyi dari dalam keranda dan apabila membukanya melihat remaja berkenaan masih hidup.


    Pisang 'ajaib' berbuah di belakang masjid | Dua pohon pisang yang hanya tumbuh setinggi 30 sentimer tanpa fizikal lengkap (daun dan batang) telah mengeluarkan buah.

    Memetik laporan media tempatan, melaporkan kejadian yang berlaku di Desa Kori, Ponorogo ini tidak semena-mena menarik perhatian masyarakat untuk melihat pohon tersebut, yang di anggap mereka sebagai satu kejadian ajaib.

    Apa yang lebih menarik perhatian adalah, pohon pisang itu yang tumbuh  di belakang Masjid Azzazul Muttaqim, tumbuh di kawasan makam pengasas masjid itu yang di kenali sebagai Mbah Palang.

    Pohon pisang dari jenis raja itu, menghasilkan 33 biji buah, yang mana warga tempatan di situ menyatakan bahawa jumlah itu sama dengan jumlah untaian tasbih yang digunakan ketika berzikir.


    Wanita Cedera Parah Selepas Suaminya Memotong Miss V Nya | Seorang wanita cedera parah di utara Afghanistan selepas suaminya memukul dan memotong sebahagian daripada kemaluannya. Insiden itu berlaku di daerah Ashkamish di wilayah Takhar

    Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an memaklumkan BBC, beliau tidak tahu punca serangan. 

    Kes memotong kemaluan jarang berlaku di Afghanistan, namun laporan keganasan terhadap wanita kian meningkat. Wanita itu kini dirawat di hospital di Kunduz.

     Abang mangsa mengesahkan kecederaan itu kepada BBC sambil menyatakan ibu saudaranya sudah melihat kecederaan dialami mangsa. Seorang doktor berkata, mangsa yang hamil enam bulan mengalami keguguran akibat keganasan itu.


    Satu Kumpulan Penjenayah Godam Mesin ATM Di Thailand  | Satu kumpulan penjenayah warga asing berjaya mencuri sekurangnya 12 juta baht (RM1.4 juta) dengan menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Thailand, dalam kes yang hampir sama dengan kecurian di Taiwan, kata polis semalam.
    Kumpulan penggodam itu berjaya mencuri wang tunai berkenaan dengan memasukkan kad yang mengandungi ‘malware’ atau virus komputer di ATM milik Government Savings Bank (GSB) pada lewat Julai lalu.
    Kecurian berlaku tidak lama selepas Taiwan mengumumkan sekumpulan warga asing berjaya mencuri wang tunai berjumlah AS$2.5 juta (RM10.1 juta) dari ATM dengan menggunakan kaedah sama.
    Seorang suspek warga Latvia, Romania dan Moldova ditangkap dalam kes kecurian di Taiwan itu tetapi beberapa lagi suspek termasuk lima warga Russia berjaya meloloskan diri ke luar negara.
    Polis Thailand semalam memberitahu, bank GSB yang dimiliki kerajaan melaporkan kejadian yang sama berlaku dan yang pertama seumpamanya di negara itu.
    Wang itu dicuri dari 21 mesin ATM GSB di wilayah Phuket, Surat Thani, Chumphon, Prachuap Khiri Khan, Phetchaburi dan Bangkok.
    “Sehingga kini, berdasarkan bukti yang ditemui, kami yakin kumpulan ini mempunyai kaitan dengan geng yang melakukan kecurian yang sama di Taiwan,” kata jurucakap polis Thailand, Panya Mamen.
    Ujarnya, sekurangnya lima suspek warga asing datang ke Thailand dari Taiwan untuk melakukan jenayah itu.
    “Penyiasat percaya suspek berasal dari Eropah Timur tetapi kami juga menyiasat sekiranya ada warga tempatan terbabit,” jelasnya.
    Menurutnya, semua suspek dipercayai sudah meninggalkan Thailand.


    Kepala Budak 4 Tahun Ini Tersekat Di Sofa |  Seorang budak berusia empat tahun diselamatkan anggota bomba selepas kepala dia tersekat dalam sebuah sofa.
    Kanak-kanak itu dipercayai melihat lubang pada sofa berkenaan dan mahu melihat di dalamnya.
    Kejadian berlaku di sebuah salun kecantikan di bandar Tongren, wilayah Guizhou, China.
    Ibunya terpaksa menelefon bomba untuk mendapatkan bantuan selepas mendapati kepala anaknya tersangkut pada sofa berkenaan.
    Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan gunting untuk memotong pelapik sofa itu sebelum memecahkan rangka kayunya.
    Mujur kanak-kanak itu diselamatkan tanpa sebarang kecederaan 


    Teksi Pertama Tanpa Pemandu Diuji Di Singapura| Perkhidmatan teksi tanpa pemandu memulakan sesi ujian di jalan raya di Singapura semalam dengan beberapa pelanggan terpilih untuk menaiki kenderaan canggih berkenaan.
    Syarikat nuTonomy yang membangunkan teknologi itu memilih sekumpulan penumpang untuk memuat naik aplikasi di telefon pintar dan menaiki teksi itu secara percuma di daerah perniagaan di barat Singapura.
    nuTonomy berharap penumpang memberi memberi maklum balas menjelang pelancaran perkhidmatan teksi itu pada 2018.
    “Ini adalah satu detik bersejarah yang bakal mengubah bagaimana sebuah bandar dibina dan bagaimana kita melihat keadaan sekeliling,” kata eksekutif nuTonomy, Doug Parker.
    Ujian itu dilakukan menggunakan kereta elektrik Mitsubishi i-MiEv dengan seorang jurutera duduk di tempat pemandu untuk memantau sistem dan mengambil alih kawalan sekiranya diperlukan.
    Ujian itu dijalankan secara berterusan dan diikuti dengan beberapa ujian berasingan yang bermula sejak April lalu.
    nuTonomy bekerjasama dengan kerajaan Singapura untuk membangunkan projek itu dan berharap 100 teksi berkenaan boleh beroperasi menjelang 2018.
    Syarikat itu antara beberapa firma yang bersaing bagi melancarkan kereta tanpa pemandu.
    Pembuat kereta dari Sweden, Volvo AB pada minggu lalu mengumumkan kerjasama dengan perkhidmatan kereta sewa, Uber untuk membangunkan kereta tanpa pemandu.


    Seorang Lelaki Kristian Fundamentalis Memujuk Seorang GRO Wanita Ke Dalam Bilik Hotel Sebelum Memaksanya Berbogel, Merompak Dan Menyerangnya Menggunakan Pisau, Kononnya Untuk ‘Membersihkan Wanita Itu Daripada Dosa|Akhbar Liberty Times melaporkan, penganggur berusia 42 tahun itu memberitahu polis, ketika berdoa tiga tahun lalu dia mendengar Tuhan menyuruhnya ‘membersihkan dosa seorang pelacur menggunakan darah.’

    Dia terus membeli pisau di pasar raya tempatan dengan harga lebih 200 NTD (RM25) tetapi tidak melaksanakan ‘perintah’ itu sehingga baru-baru ini.
    Lelaki dikenali sebagai Shi itu cuba melarikan diri selepas kakitangan hotel yang mendengar jeritan mangsa bergegas membantunya.
    Shi yang memberitahu polis dia utusan Tuhan mempunyai rekod sakit mental.
    Ketika disoalsiasat, dia berkata fikirannya tidak terganggu, menyebabkan pihak berkuasa mendakwanya atas tuduhan merompak sebelum mencadangkan pendakwa menghantarnya untuk pemeriksaan kesihatan.
    Kejadian berlaku bulan lalu di daerah Wanhua, New Taipei City. Bagaimanapun, rakaman kejadian hanya tersebar baru-baru ini.
    Mangsa yang dikenali sebagai Dai terselamat dalam kejadian itu.


    Maut Akibat Disumbat Kain Dalam Kerongkong|Kader Kaya, yang merupakan seorang model, keluar dari rumah untuk menghadiri satu temuduga kerja namun tanpa disangka-sangka, itulah kali terakhir kelibatnya dilihat oleh anggota keluarga model berkenaan.

    Mayat Kader, yang baru berusia 17 tahun itu ditemui dalam hutan dan meninggal dunia selepas kerongkongnya disumbat dengan dua cebisan kain di Bandar Eskisehir di Turki.
    Ia ditemui oleh pejalan kaki pada awal pagi.
    Polis percaya pembunuh menyumbat kain terbabit bagi mengelakkan dia menjerit. Tiada tanda-tanda kecederaan lain pada mayatnya, yang ditemui dua hari sebelum sambutan hari jadinya.
    Menurut saksi, Kader sebelum itu dilihat berada di dalam kereta bersama individu yang tidak dikenali berhampiran tempat kejadian.
    Polis kini cuba mengesan individu terbabit dengan bantuan saksi.
    Setakat ini hanya beg dan cermin mata hitam milik Kader ditemui manakala telefon bimbitnya masih hilang.


    Lelaki Cuba Ambil 'Kesempatan' Terhadap Gadis Yang Kemalangan|Satu kemalangan yang terjadi di Filipina yang membabitkan seorang gadis cantik berusia sekitar 20-an.

    Menurut laporan dari chosetrends.com, gadis itu telah dilanggar oleh sebuah kereta.

    Orang ramai yang melihat kejadian itu dengan segera memberikan bantuan, dan kebanyakan adalah lelaki.
    Namun ada seorang lelaki yang menarik perhatian netizen. Bukan karena aksi menolongnya, melainkan ‘aksinya’ yang lain.

    Tangannya terlihat berada di dekat payudara mangsa! Sementara tangan lainnya sibuk bermain telefon.

    Lelaki tersebut telah mendapat pelbagai kritikan daripada para Natizen setelah aksinya itu dimuat naik di laman sosial.

    Berikut adalah video lelaki yang tangannya mungkin tak sengaja memegang payudara gadis kemalangan tersebut.


    Tiba-Tiba Keluar Filem 'P0rno' Di Layar LED,Pengunjung Tercengang|Warga Kota Lishui, provinsi Zhejiang ketika berada di Mall, dikejutkan dengan tayangan adegan seronok yang diputar di layar LED raksasa di pusat Wandi Plaza.

    Insiden yang berlaku itu menayangkan filem porno yang dapat disaksikan semua pengunjung mall pada saat itu.

    Seorang kakitangan mall yang sengaja menonton filem porno pada komputer perusahaan dan tidak menyadari wayarnya tersambung dengan layar LED raksasa di luar Mall.

    Banyak orang-orang tua dan anak-anak remaja lelaki dilaporkan tercengang ketika melintas tepat di bawah LED mall itu.

    Adegan itu ditayangkan sekitar beberapa minit sampai akhirnya para kakitangan menyadari dan mematikannya. Demikian dilaporkan dari Shanghaiist.

    Apa yang uniknya, warga yang melihat penampakan video itu sempat merekam dengan hanphone masing-masing.

    Peristiwa ini mengingatkan di Heilongjiang dan Gansu beberapa waktu lalu, di mana ketika itu seorang kakitangan melihat filem porno yang ternyata terhubung dengan layar rakasasa yang menghadap orang ramai.


    Satu Boneka Didakwa ‘Melanggar Nilai Dan Etika Mesir’|Satu boneka didakwa ‘melanggar nilai detika Mesir’ selepas membuat jenaka berunsur seksual dalam rancangan televisyennya.
    Boneka itu dikenali sebagai Abla Fahita mempunyai jutaan peminat melalui rancangan bual bicara minguannya yang mengenengahkan satira politik dan komedi yang ditonton 15 peratus rakyat Mesir.

    Rancangan itu, ‘Abla Fahita: Live from the Duplex’ kerap menyelar ahli politik Mesir dan membicarakan isu seperti alkohol serta seks.

    Watak Abla Fahita yang bererti Mak Cik Fahita, seorang janda yang sering mengambil selfie dengan berpakaian dalam dan membaca novel ‘Fifty Shades of Grey.’

    Bagaimanapun, peguam Samir Sabry berkata, boneka itu sudah keterlaluan dan akan dibicarakan di mahkamah pada Jun ini.



    Balasan Isteri Yang Curang|Seorang lelaki mengikat isterinya pada bonet kereta dan memandu di jalan raya yang sibuk sebagai pengajaran selepas wanita itu berlaku curang.

    Kejadian itu dirakam seorang pejalan kaki yang terkejut melihat sebuah kereta melalui satu jalan dengan seorang wanita terikat di atas bonet.

    Tindakan lelaki itu juga menyebabkan sebuah lagi kereta terbabas ke bahu jalan selepas mengelak kenderaannya yang dipandu laju.

    Dalam video berkenaan, jelas kedengaran suara wanita itu menjerit meminta tolong serta merayu suaminya supaya berhenti.

    Bagaimanapun, lelaki itu terus memecut keretanya dan memandu ke jalan raya yang sibuk walaupun isterinya menjerit meminta tolong.


    Penyanyi Dangdut Sebab Teruskan Nyanyian Selepas Dipatuk Ular|Seorang penyanyi dangdut maut selepas dipatuk ular dan meneruskan menyanyi tanpa mendapatkan rawatan segera, Ahad lepas.

    Menurut laporan Merdeka, Irma Bule, 29 terpijak seekor ular jenis 'King Cobra' yang sebelum itu dibawa naik ke atas pentas dan digigit haiwan tersebut.

    Kejadian tersebut disaksikan orang ramai dan Irma dipelawa untuk mendapatkan penawar ular namun beliau menolak dan meneruskan persembahan.

    "Selepas 45 minit, Irma mula muntah-muntah, mengalami kejang otot dan jatuh lumpuh," kata seorang saksi, Ferlando Octavion Auzura.

    Irma dikejarkan ke hospital namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
    Sebuah video yang merakam Irma digigit ular berkenaan di bahagian paha juga telah tersebar ke laman sosial.


    Suruh Bina Piramid Di Tengah-Tengah Gurun'Alien'| Seorang petani berasal dari Mexico Raymundo Corona membina sebuah piramid Aztec setinggi 6.7 meter di kawasan gurun Mexico, 74 kilometer dari persempadanan Mexico-Amerika Syarikat.

    Memetik laporan media tempatan Mexico, odditycentral.com alasan Corona membina piramid Aztec di tengah-tengah gurun adalah kerana mendapat arahan daripada makhluk asing yang pernah menemuinya.

    Corona menggambarkan makhluk asing yang mengunjunginya sebagai 'seorang lelaki' yang mempunyai ketinggian luar biasa dengan mata berwarna keemasan seperti madu dan berambut putih yang bernama Herulayka.

    Berdasarkan cerita Corona, ia mengaku Herulayka berasal dari planet Nefilin, iaitu sebuah planet yang mempunyai ukuran  20 kali lebih besar daripada Bumi dan berada di orbit Orion.

    Ujarnya lagi, walaupun sesetengah masyarakat memandangnya sebagai 'lelaki gila' dek kerana usaha dan ceritanya itu, namun beliau tidak mengendahkannya.

    Menurut cerita Corona, ia dikunjungi Herulyaka pada tahun 1984, ketika dia berusia 33 tahun.

    Ujarnya ketika itu, isterinya sedang hamil dan akan melahirkan seorang bayi perempuan ketika Herulayka 'singgah' di dalam mimpinya.

    Namun, pada suatu malam, beberapa hari setelah mimpi itu terjadi, ia mendapati ada orang datang mengetuk pintu rumahnya. Tanpa disangkanya makhluk di dalam mimpinya itu benar-benar datang untuk mengunjunginya.

    "Ia memerintahkan aku untuk membina sebuah piramid," kata Corona.

    "Ketika aku bertanya kenapa  piramid, ia mengatakan,'bangunan itu harus seperti keyakinanku, sesuatu yang tak musnah dibadai oleh angin ataupun badai, namun akan selalu teguh  ke atas,", katanya.


    Sebuah Helikopter Milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD), Dipanah Petir| Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) yang membawa 13 anggota tentera dilaporkan terhempas dipercayai akibat disambar petir di Poso, Sulawesi Tengah lewat petang Jumaat, lalu.

    Memetik laporan media tempatan Indonesia,kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 petang waktu tempatan ketika pesawat berkenaan sedang melakukan operasi khas.

    "Kesemua 13 anggota termasuk juruterbang disahkan terkorban," petik kenyataan jurucakap Bahagian penerangan Tentera, Made Sutia.

    Ujarnya lagi, pesawat malang itu dilaporkan berlepas dari Desa Watutau, Daerah Lore Piore di Poso pada jam 5.20 petang.

    Katanya, ketika kejadian cuaca dilaporkan buruk dan setelah kira-kira 30 minit di angkasa, pesawat malang itu dikatakan disambar petir sebelum terhempas di kawasan perkebunan di 

    Kasiguncu, Poso Pesisir Selatan, Poso.

    Kesemua mangsa ditemui mati dalam helikopter jenis 412 EP yang terbakar itu.
    Mayat-mayat dibawa ke hospital di Palu. 


    Sepasang Suami Isteri Didapati Bersalah Ambil Gambar Lucah Bayi|Sepasang suami isteri didapati bersalah kerana mengambil gambar lucah bayi dijaga oleh mereka, semalam.

    Menurut Peterborough Today, Michael dan Lara Chase juga dituduh melakukan serangan seksual kepada bayi tersebut pada November lepas.

    Selain itu, mereka juga didapati bersalah menyimpan gambar-gambar lucah oleh Mahkamah Peterborough Crown.

    Dalam perbicaraan semalam, Lara mengatakan beliau tidak tahu suaminya mengambil foto lucah bayi tersebut, malah mendakwa sudah bercerai.

    Sementara itu, para juri membuat keputusan bahawa Lara membantu Michael untuk mengambil gambar-gambar lucah berkenaan.

    Lara bagaimanapun tetap menafikan penglibatannya dalam hal tersebut.


    Gadis 'Lamar' Bapa Untuk Jadi Anak Angkat|Seorang gadis berjaya menarik perhatian pelayar di Facebook selepas memuat naik video berdurasi 3.31 minit, Rabu lalu yang kini sudah ditonton hampir 40 juta kali.

    Pada video tersebut,  Misty Nicole Knight, 20 dari Richton Park menulis “semua orang menantikan ini dan saya akhirnya telah meminta lelaki yang membesarkan saya untuk mengambil saya (sebagai anak angkat). Saya sayang kamu dengan seluruh hati saya dan tak sabarnya nak jadi Farrel.”

    Video itu bermula apabila Misty menyerahkan sebuah bungkusan hadiah berserta sehelai surat dan meminta ‘bapa’ Ryan Farrel membaca surat itu dengan kuat.
    “Saya hanya mahu kamu tahu bahawa kamu adalah lelaki terhebat yang pernah saya jumpa.

    “Kamu membesarkan saya sejak saya kecil...saya tahu kita kelihatan pelik bersama tapi itu yang membuat kamu adalah kamu dan saya tidak dapat bayangkan tiada kamu dalam hidup saya. Saya sangat bersyukur dapat memanggil kamu, ayah.”

    Ryan membaca lagi, “kamu mungkin fikir surat ini untuk...buka sajalah hadiah ini!”.
    Ryan kemudian membuka hadiah tersebut dan terdapat sehelai baju ‘Batman vs Superman’ bersama sebungkus hadiah lain dan beberapa helai kertas.

    Rupa-rupanya, helaian kertas yang terdapat dalam kotak hadiah itu adalah petisyen pengambilan anak angkat dan nyata ia menyebabkan Ryan kelihatan kelu dan terus menitiskan air mata.

    Ryan segera memeluk Misty yang berada di sebelahnya sementara ahli keluarga lain yang menyaksikan saat itu bertepuk tangan berkongsi kegembiraan.
    "Oh Tuhan, saya memang mahu melakukan ini (mengambil Misty sebagai anaknya) sejak dulu,” kata Ryan.

    Difahamkan, ibu Misty dan Ryan berkahwin sebelum ini namun telah pun bercerai.


PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top