Sebut sahaja Mr Bean pastinya semua mengenali. Mana tidaknya lakonannya menerusi watak Mr Bean sangat mencuit hati penonton.
    Namun siapa sangka disebalik lagatnya yang mencuit hati ada juga perkara yang kurang enak didengar. Aktor yang popular menerusi watak Mr Bean itu sah bercerai gara-gara menjalinkan hubungan cinta dengan seorang aktres yang jauh lebih muda darinya.
    Rowan Sebastian Atkinson, 64, dan Louis Ford, 32, dikatakan berkenalan sewaktu mereka terbabit dalam satu pementasan di West End pada tahun 2013.
    Kini perkahwinannya yang dibina selama 24 tahun bersama isterinya, Sunestra Sastry akhirnya menemui titik noktah.
    Mereka berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ben, 22 dan Lily, 20.
    Prosedur perceraian pasangan itu berlaku dalam jangka masa yang begitu pendek iaitu 65 saat kerana kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat untuk bercerai.


    Pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra berjaya mengalahkan pengacara Jimmy Fallon dalam pertandingan makan kepak ayam.
    New Kerala melaporkan Priyanka dicabar oleh Jimmy ketika membuat kemunculan menerusi program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.
    Malah Priyanka dilihat tidak mempunyai sebarang masalah apabila ayam disediakan berperisa pedas dengan sos cili.


    Rossa Kononnya Bercinta Dengan Kerabat Diraja|Ikutkan, gosip ini sudah dua tahun Admin dengar tapi tiada sumber sahih yang boleh mengesahkannya. Malah tuan empunya diri pun sering saja menafikannya.

    Sehinggalah satu hari teman Admin bangkitkan semula khabar angin mengenai penyanyi popular Indonesia, Datuk Rossa didakwa sudah berkahwin dengan kerabat diraja Pahang.
    Hal ini timbul apabila teman Admin mendakwa ternampak penyanyi itu mesra bersama kerabat itu di satu hotel terkemuka di Sarawak, baru-baru ini.
    Kebetulan teman Admin berada di situ dan bertanya dengan beberapa orang di sana mengenai kehadiran penyanyi itu di hotel tersebut.
    Mereka mendakwa, penyanyi itu berada di sana untuk bercuti dengan suaminya. Lebih mengejutkan, suaminya itu dipercayai kerabat diraja.
    Sudah tentu kawan Admin ternganga mendengar berita itu hingga tidak sabar menyampaikannya kepada Admin. Kalau betul dakwaan itu, Admin tumpang gembira sebab umum tahu nama Rossa tidak asing di negara kita. Penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-ayat Cinta itu memang sering ke Malaysia menjayakan undangan persembahan.
    Bagi Admin, jika betul berita yang Admin dengar itu, terhapus juga gosip hangat yang memperkatakan Rossa kononnya bercinta dengan Afgan sebelum ini.
    Apa pun, kita tunggu sajalah penyanyi Tegar itu sedia berkongsi berita gembira ini.


    1.5 Juta Rakyat Indonesia Dengar Lagu Aduh-Aduh Sayang|Lagu Aduh-Aduh Sayang dendangan Lawa Nie Geng bersama Deassy Natalia telah didengari hampir 1.5 juta rakyat Indonesia iaitu kira-kira 5% kepadatan penduduk negara republik itu.

    Walaupun angka itu nampak kecil, bagi Lawa Nie Geng ia merupakan satu pencapaian terbesar buat karier Rap di sana.
    “Syukur Alhamdulilah, lagu ini telah diterima baik oleh pendengar di Indonesia, malah di negara kita ia menjadi hits carta di stesen-stesen radio tempatan.
    “Walaupun kami faham nama grup kami agak tidak dikenali tetapi lagu yang dikeudarakan itu menjadi terkenal, ia cukup bermakna buat diri kami.
    “Tiada istilah berasa kecil hati atau kecewa tidak dikenali, yang paling penting karya kami diterima dan disukai oleh semua pihak,” kata Lawa Nie Geng kepada portal Murai.com.my.
    Lawa Nie Geng ditemui media di Majlis Pelancaran Album Sulung Lawa di ibu negara turut ditanya apakah perbezaan Lawa Nie Geng dengan grup rap yang lain.
    Dengan selamba mereka menjelaskan, Lawa Nie Geng terima apa jua tawaran untuk menghasilkan lagu rap tanpa memilih bulu.
    Seperti lagu produk kecantikan NV yang menjadi penaja utama Akademi Fantasia 2015, pada mulanya nampak macam kelakar, tapi lama-lama lagu tema tersebut menjadi Catchy dan diterima ramai.
    “Kami main tibai sahaja lagu-lagu apa yang untuk dijadikan irama Rap. Janji lagu itu sedap didengar dan tidak mengelirukan.
    “Apa-apa pun, kami akan pastikan irama Rap yang dibawa oleh Lawa Nie Geng terus relevan diperingkat umur dan lapisan masyarakat.
    Menyentuh mengenai album Lawa, ia terkandung 16 buah lagu terdiri daripada lagu popular Lawa Nie Geng. Lagu-lagu lain yang bakal hits ialah Kita Punya, Siapa Aku, LAWA dan Tidak Adil.


    Senarai Sepuluh Bintang Antarbangsa Tak Guna Media Sosial!|Penggunaan media sosial amat penting bagi orang ramai. Tetapi berbeza pula bagi selebriti antarabangsa, ada di antara mereka tidak menghiraukan langsung mengenai Facebook, Twitter mahupun Instagram.
    Mungkin dianggap kolot dan tidak berdaya maju, tetapi mereka ini mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka mengambil keputusan sedemikian.
    Ini Adalah senaraikan 10 selebriti antarabangsa yang tidak mempunyai platform media sosial untuk berinteraksi dengan jutaan peminat mereka.

     George Clooney
    Dalam satu temu bual bersama Variety, pelakon berusia 54 tahun itu berkata: “Bayangkan anda ambil pil tidur kemudian bangun tidur dengan ayat-ayat yang tidak masuk akal. Sangat tak sesuai. Saya mungkin ucap sesuatu yang bodoh dan saya juga tak mahu terlalu terdedah.”
    Persoalannya, apa yang Clooney benar-benar risau akan terlepas daripada mulutnya?

      Kristen Stewart
    Aktres francais popular Twilight ini sudah beberapa kali meluahkan rasa tidak puas hati terhadap media sosial.
    Stewart terkenal sebagai selebriti yang tidak gemar menerima perhatian umum dan dalam satu temu bual bersama Flaunt, beliau mengesahkan kebenciannya terhadap media sosial.
    “Twitter merosakkan hidup saya setiap hari. Ada orang akan cakap ‘saya sedang duduk di sebelah Kristen Stewart sekarang’ kemudian paparazzi pun sampai.
    "Saya sangat marah. Kamu seolah-olah tak peduli mengganggu hidup orang lain. Dan ini berleluasa.
    "Semua orang boleh buat sekarang. Beli kamera dan jadi paparazzi. Buat akaun Twitter dan kamu jadi wartawan,” ujar Stewart.

                   Scarlett Johansson
    Pelakon yang baru menimang cahaya mata ini berkata beliau tidak mahu berkongsi butiran tentang kehidupan seharian bersama peminat.
    Jika pelakon The Avengers ini fikir Twitter dicipta untuk tujuan tersebut, elok juga dia tidak mempunyai akaun media sosial. Jika tidak, suapan media sosial kita akan dibanjiri kemas kini milik Johansson

       Jennifer Lawrence
    Selepas foto peribadi beliau digodam dan disebar, sesiapa pun mampu memahami keputusan J-Law untuk tidak memiliki akaun Twitter mahupun Instagram.
    Pemenang Academy Awards ini secara umumnya berhati-hati dengan Internet.
    “Saya tidak akan faham Twitter. Saya tidak mahir dengan telefon dan teknologi. Emel pun saya tak mampu kejar, kalau Twitter saya lagi tak mampu fikir.
    "Kalau kamu ada nampak akaun Facebook, Instagram, atau Twitter saya, itu bukan saya punya,” jelas Lawrence kepada Nick Grimshaw, hos Radio 1 BBC.

         Julia Roberts
    Aktres jelita berusia 47 tahun ini tidak menggunakan Twitter kerana tidak ada ‘hubungan manusiawi’ yang terlibat.
    Dalam temu bual media untuk promosi filem August: Osage County, beliau memberitahu, “Saya rasa unsur bersemuka tidak ada dalam Twitter.”

        Bradley Cooper
    Pelakon kacak ini menganggap Twitter akan mempengaruhi cara peminat memandang beliau.
    Dalam temu ramah bersama majalah OK! beliau memberitahu, “Ini (Twitter) satu cara yang baik untuk mempromosi idea dan projek. Saya suka cara lama.
    "Kalau saya terlalu kenal kamu dan kamu berlakon satu watak, saya pasti susah untuk melupakan siapa kamu yang saya kenal dan yakin dengan watak kamu.”

        Brangelina
    Melakonkan sendiri aksi lasak, mengarah filem, mengambil anak angkat dari seluruh dunia — semua ini buat kita terfikir apakah yang tidak mampu dilakukan oleh pasangan sensasi ini?
    Rupa-rupanya mereka berdua tidak terlibat dengan media sosial kerana cabaran teknologi.

     Rachel McAdams
    Ratu komedi-romantik The Notebook dan The Time Traveler’s Wife ini mengakui beliau tidak tahu apa-apa tentang Twitter malah beliau juga tidak mempunyai televisyen.
    Beliau, walau bagaimanapun, baru-baru ini telah mewujudkan akaun Instagram. Mungkin bagi McAdams, berkongsi foto lebih mudah berbanding kata-kata.

      Mila Kunis
    Perwatakan ceria dan petah aktres ini pasti membuat para peminat terfikir bahawa beliau mempunyai sesuatu untuk dikongsi di Twitter namun Kunis juga telah menyertai ‘fahaman’ anti media sosial.
    Pelakon yang fasih berbahasa Russia ini tidak mahu berkongsi aktiviti harian beliau di khalayak ramai, pendapat yang senada dengan Johansson.

       Kiera Knightley
    Pada tahun 2009, aktres filem The Imitation Game ini pernah menyatakan, “Saya tidak suka Internet. Saya rasa hilang sifat manusia apabila selalu sangat menyemak e-mel atau laman media sosial.”
    Sehingga kini, pandangan beliau masih belum berubah.


    Wajah Terbaru Pelakon Cilik Kabhi Khushi Kabhi Gham Semakin Kacak|Mesti korang ingat dengan pelakon cilik lelaki yang berlakon dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham.

    Alahh budak lelaki yang comel yang jadi anak kepada Shah Rukh Khan dan Kajol, yang ada satu scene dia nyanyi lagu negara India di sekolahnya tiba-tiba ibunya Kajol masuk line nyanyi sekali sebab tersalah.
    Ingatkan! Nama budak itu ialah Jibraan Khan dan sekarang ini dah berusia 22 tahun. Yang paling penting budak kecik ni dah besar kacak pula wajahnya.
    Ditambah lagi badannya yang sado dan mantap boleh buat hati-hati gadis boleh menjadi cair. Opsss…
    Apa-apa pun jomlah kita lihat foto-foto terbaru si Jibraan ni, kot-kot nanti boleh dapat teman lelaki seiras dia pun jadilah.








    PELAKOM BOLLYWOOD KAJOL MAHU NAMA DI DADA SUAMI|Pada 2016, nama Kajol kembali menjadi sebutan ramai menerusi kemunculannya dalam filem Dilwale yang kini ditayangkan di seluruh dunia.

    Selepas lima tahun tidak berlakon dengan Shah Rukh Khan, kini pasangan paling serasi di layar perak itu membuktikan tiada siapa yang dapat mengatasi kehebatan mereka berdua.

    Baru-baru ini, khabarnya, isteri kepada aktor Ajay Devgan itu meminta suaminya itu mencacah namanya atas dada aktor itu.

    Sebelum ini, Ajay sudah mencacah nama anak lelakinya,Yug di dadanya dan dia bercadang untuk mencacah nama anak perempuannya pula iaitu Nysa.

    “Tak adil jika Ajay tidak mencacah nama saya juga di dadanya,” katanya.

    Pasangan bahagia itu mendirikan rumah tangga pada 1999 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    Kajol yang sebelum ini sibuk membesarkan dua anaknya itu, hanya baru-baru ini saja dia kembali aktif di Bollywood dan kemunculannya di layar perak memang dinantikan peminatnya.


     Alyssa Milano selamba Susukan Anak Di Tempat Awam|Pelakon Alyssa Milano selamba berkongsi gambarnya sedang menyusu badan kepada anak kedua di laman Instagram, baru-baru ini.Foto yang dimuat naik aktres berusia 42 tahun itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat, ada yang suka dan ada juga yang tidak suka dengan pendedahan gambar tersebut..

    Ada yang menulis, Ini merupakan satu kesempurnaan, terima kasih kerana membuatkan menyusu badan itu suatu perkara yang normal.Namun ada juga yang memberikan reaksi tidak suka dengan apa dilakukan pelakon itu dan memberikan k0men, Breastfeeding sepatutnya dilakukan di tempat tertutup, yang pastinya ia tidak boleh dilakukan di hadapan umum. Apa masalah orang sekarang ini?#

    Sebelum ini, Alyssa, pelakon siri drama Charmed pernah berkongsikan gambar serupa pada penghujung tahun lalu. Ketika itu dia mendakwa, hanya ingin menyampaikan mesej bahawa menyusukan anak di hadapan 0rang ramai adalah perbuatan normal.

    Saya rasa ianya penting untuk para ibu berasa selesa walau di mana sahaja mereka nak susukan bayi mereka.... Kalau kami berada di tempat awam, kami tak perlu nak pergi ke bilik air semata-mata untuk lakukannya, kata Alyssa.

    Hingga kini perbuatan menyusukan bayi di tempat awam masih lagi jadi perdebatan di kalangan warga Amerika Syarikat. Ada kumpulan yang meny0k0ng ia dilakukan di tempat awam manakala ada satu lagi kumpulan yang sama sekali membangkangnya.





    TERLAJAK CUN!!! (7 Gambar) Pelakon Kanak-kanak Filem Hindi Kuch Kuch Hota Hai Tercalon Wanita Tercantik Di Dunia|  Filem Hindi Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998 merupakan salah satu filem yg mula mendapat perhatian di Malaysia. Di dalam filem ini ada watak Anjali yg dilakonkan oleh Sana Saeed. Sana yg dilahirkan di Leeds England kini sudah berusia 27 tahun. 

    Sana kini bukan sahaja berlakon, malah turut menyanyi and menjadi model. Dengan rupa paras menawan, penampilan gadis itu jauh berbeza dengan keletahnya dlm filem tersebut yang ditayangkan pada tahun 1998.
    1

    1
    1

    1
    1
    1
    1


    Nelly Ditahan Atas Dakwaan Miliki Dadah|PENYANYI Nelly ditahan pihak berkuasa atas dakwaan memiliki dadah dan senjata api di Tennessee, baru-baru ini.

    PIhak polis menemui dadah jenis meth dan marijuana dalam bas persendirian yang dinaiki oleh penyanyi itu bersama-sama rakannya, Brian Jones.

    Sebaik ditahan, kedua-dua suspek dibawa ke Penjara Putnam County namun dibebaskan selepas membayar ikat jamin sebanyak USD$10,000 (RM36,940).

    Ini bukan merupakan kali pertama penyanyi yang terkenal dengan lagu Hot In Here ini ditahan pihak berkuasa atas tuduhan sama.

    Sebelum ini pada 2012, bas yang dinaiki Nelly pernah ditahan kerana disyaki membawa bahan terlarang dan senjata api.

    Namun, tiada sebarang dakwaan dikenakan terhadap Nelly pada ketika itu.


    Peminat ‘Curi’ Seluar Dalam Ahli One Direction|KALAU dah memang minat tu, apa-apa milik penyanyi pujaan semuanya berbau ‘harum’ dan manis untuk seseorang peminat setia.

    Seorang peminat setia One Direction (1D), Ashleigh Sokie yang bekerja sebagai pembersih kediaman yang disewa salah seorang anggota kumpulan 1D, Niall Horan untuk menghabiskan cuti hujung minggunya baru-baru ini, mengambil kesempatan ‘mencuri’ seluar dalam penyanyi kesukaannya itu.

    Ashleigh, 20, berkongsi keterujaannya itu menerusi laman Twitter dan Instagram, mengatakan dia mendapat peluang mencuri seluar dalam Niall kerana secara kebetulan mesin basuh di rumah itu rosak dan gadis tersebut diminta membasuh pakaian Niall.
    Dia telah membawa pulang ‘underwear’ Niall secara diam-diam dan turut menggayakan baju

    1


    Gelagat Lucu Justin Bieber & Dua Adiknya Di Instagram|Mungkin ada yang tidak tahu bahawa bintang terkenal, Justin Bieber memiliki dua orang adik, seorang lelaki dan perempuan. Semalam, Justin berkongsi sekeping gambar lucu di Instagram miliknya dimana dia tampil dengan muka seperti ikan disamping dua orang adiknya iaitu Jazmyn, 6, dan Jaxon, 4 tahun,

    Difahamkan kedua-dua kanak-kanak ini berkongsi bapa, Jeremy Bieber, dengan bintang idola remaja terkenal dunia itu setelah bapanya meninggalkan Justin dan ibunya sejak kecil lagi.

    Justin ketika itu baru berusia 13 bulan dan masing-masing ibu dan bapanya berusia 17 dan 16 tahun ketika dia dilahirkan.

    Di dalam memoir yang ditulis ibunya, Patricia Malette, Nowhere but Up dia ada menceritakan kembali pahit getir selepas ditinggalkan bapanya dimana dia telah menjual dadah, mencuri dan hampir membunuh diri.

    Penyanyi lagu Baby ini nyata gembira menikmati waktu berkualiti bersama keluarganya yang berasal daripada Kanada itu. Dia dilaporkan baru sahaja menghabiskan masa di festival muzik terkenal, Coachella dimana dia dilihat bermesra dengan model Kendall Jenner.

    Sejak mula berpisah dengan Selena Gomez sekitar Oktober lepas, Justin yang kini berusia 21 tahun dilihat rapat dengan beberapa orang gadis dan wanita antaranya Ariana Grande, Hailey Baldwin, Miranda Kerr, Jordan Ozuna, Chantel Jeffries, Alyssa Arcè, dan Yovanna Ventura.


    Hukuman Penjara Salman Khan Ditangguh Dulu|Hukuman penjara lima tahun terhadap bintang Bollywood Salman Khan kerana membunuh seorang lelaki gelandangan dalam kemalangan 13 tahun lalu digantung pelaksanaannya semalam sementara menunggu keputusan di mahkamah rayuan.

    Pelakon berusia 49 tahun itu didapati bersalah di Mahkamah Seksyen kelmarin kerana menyebabkan kematian mangsa tanpa niat membunuh dan beberapa tuduhan lain selepas merempuh sekumpulan gelandangan yang tidur di tepi jalan di Mumbai pada September 2002.

    Bagaimanapun, semalam peguam Salman membuat rayuan keputusan itu di Mahkamah Tinggi supaya sabitan itu digugurkan. Sehubungan itu, media melaporkan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan sehingga keputusan rayuan didengar di mahkamah.

    Rabu lalu, Salman didapati bersalah atas semua tuduhan terhadapnya termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol dan tanpa lesen.

    Hakim D W Deshpande menolak dakwaan Salman bahawa pemandunya yang bertanggungjawab atas kemalangan itu dan mengarahkannya dipenjara lima tahun. Dia bagaimanapun dibenarkan jaminan sementara menunggu prosiding semalam.

    Pada perbicaraannya, Salman mendakwa hanya minum air dan keluar melalui tempat pemandu selepas kemalangan itu kerana pintu di bahagian penumpang rosak.

    Namun, saksi termasuk mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu mengatakan dia memandu kenderaan berkenaan dengan laju lalu merempuh sekumpulan gelandangan yang sedang tidur di luar kedai roti pada September 2002.

    Salman sudah membintangi lebih 100 filem dan rancangan televisyen selepas terkenal melalui filem 1980-an Maine Pyar Kiya.


    Kalau suatu ketika dahulu kita pernah mendengar tentang cerita David Beckham kantoi bermain cinta dibelakang isterinya yang khabarnya garang itu yakni Victoria, tetapi baru-baru ini gambar panas menampilkan Posh Spice ini pula tersebar meluas.

    Gambar tersebut yang dikongsikan pereka fesyen ternama itu di laman sosial Twitter miliknya yang baru-baru ini berada di Asia atau lebih tepat lagi di Hongkong bagi memenuhi jemputan dan juga mementaskan koleksi terbaru daripadanya di kota metropolitan Asia itu.

    Aksi mesra yang dirakamkan memperlihatkan Victoria duduk diatas riba jejaka kacak itu sambil mencium manja dan kelihatan tidak segan melakukannya. Namun mungkin jangkaan isteri lagenda pemain bola terkenal ini curang meleset sama sekali kerana ia bukanlah seperti mana yang disangkakan.

    Jejaka kacak yang dirakamkan fotonya bersama Victoria tersebut merupakan Ken Paves, jurudandan rambut peribadi fesyenista tersebut. Jadi Ken bukan sahaja bertindak sebagai pembantunya untuk kelihatan sentiasa cantik malah Ken juga merupaka sahabat ibu kepada empat orang anak ini.

    Foto tersebut telah dirakamkan di dalam jet preibadi yang telah menerbangkan mogul 
    fesyen itu dan entouragenya ke Hong Kong kerana menghadiri acara amal mengutip dana anjura amFar dan Victoria adalah salah seorang daripada tetamu kehormat.

    Aksi mesranya ini menutup cakap-cakap mengenai imejnya yang sentiasa tidak mahu senyum tetapi dia sebenarnya bukanlah seorang yang sangat serius. Dia menjawab pertanyaan mengenai perilakunya itu, dan berkata industri tempat dia bekerja memaksa dia bertindak demikianwalhal sebenarnya di dalam hatinya sentiasa tersenyum.


    Akibat Baling Telur, Justin Bieber Bakal Disaman RM3.7 juta| Nampaknya kehidupan bintang remaja antarabangsa ini semakin bermasalah apabila dia kini bakal berhadapan saman USD1 juta (RM3.7 juta) dari jirannya sendiri.

    Semuanya gara-gara tindakan Justin Bieber membaling telur dan meludah jirannya itu sewaktu terbabit dalam satu pergaduhan tahun lalu.

    Seperti yang dilaporkan dalam Main Online, jiran Bieber iaitu Jeff Schwartz mendakwa, insiden pergaduhan di kawasan perumahan mewah di Calabasas, California itu telah menjejaskan reputasinya, menyebabkan dia meminta ganti rugi.

    Akibat kejadian itu, Bieber, 21, telah diminta membayar sebanyak AS$80,000 (RM296,800) sebagai kos ganti rugi dan terpaksa melalui tempoh pengawasan selama dua tahun.

    Bagaimanapun, Schwartz masih belum berpuas hati dengan keputusan itu dan kali ini dia mengancam untuk menyaman penyanyi tersebut dengan nilai yang lebih tinggi.

    Schwartz mendakwa, bayaran pampasan tersebut adalah ganti rugi kepada tekanan emosi yang dialaminya selepas pergaduhan dengan Bieber itu tercetus Januari tahun lalu.

    Pergaduhan itu tercetus susulan tindakan Schwartz menegur Bieber kerana berlumba di kawasan perumahan berkenaan dengan kereta Ferrarinya yang disifatkan boleh membahayakan nyawa penduduk.

    Schwartz dalam pada itu mendakwa, dia turut diludah oleh penyanyi tersebut, malah Bieber juga dilapor mengeluarkan kata-kata lucah kepada isteri dan anak perempuannya.


    10 Fakta Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Vin Diesel|Nama Vin Diesel dan francais Fast & Furious memang tidak dapat dipisahkan. Dikenali kerana suara uniknya serta penampilan fizikal yang hebat, Vin Diesel kembali tahun ini dengan siri ketujuh untuk francais Fast & Furious.

    Tidak sepertimana nama-nama besar Hollywood yang lain, kisah peribadi dan latar belakang Vin Diesel nampak masih menjadi misteri bagi sebahagian besar peminatnya.
    Istimewa untuk anda, ini adalah antara 10 fakta menarik tentang Vin Diesel yang ingin dikongsikan bersama anda.

    1. Nama sebenar Vin Diesel ialah Mark Sinclair Vincent
    - Mark Sinclair kemudiannya menukar namanya kepada Vin Diesel ketika berusia 17 tahun, di mana ketika itu dia bekerja sebagai `bouncer` di Tunnel, sebuah kelab malam di New York
    1

    2. Vin Diesel mempunyai kembar
    - Vin Diesel dan kembarnya, Paul Vincent dilahirkan pada 18 Julai 1967. Ibu mereka, Delora Sherleen adalah seorang ahli astrologi berketurunan Jerman, Inggeris dan Scotland
    1
    3. Vin Diesel tidak pernah memasang angan-angan untuk menjadi pelakon
    - Vin Diesel pada permulaannya tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon. Pada asalnya, dia bersama kembar dan rakannya cuba memecah masuk ke sebuah pusat teater di New York untuk melakukan tindakan vandalisme. Namun mereka telah berjaya ditangkap oleh seorang wanita penjaga di sana, yang kemudiannya berjanji akan memberikan mereka $20 sekiranya mereka berjanji untuk menyertai program teater tersebut. Di situlah bermula karier lakonan Diesel
    1
    4. Vin Diesel adalah pengasas kepada 3 syarikat produksi
    - Selain daripada berjaya sebagai seorang pelakon, Diesel juga adalah pengasas kepada tiga syarikat produksi iaitu One Race Films, Racetrack Records dan Tigon Studios
    1
    5. Vin Diesel adalah peminat tegar permainan Dungeons & Dragons
    - Aktor yang dikenali dengan watak `Dominic Toretto` ini juga telah menyumbang kata-katanya untuk buku `30 Years of Adventure: A Celebration of Dungeons & Dragons’ kerana minatnya terhadap permainan itu
    1
    6. Vin Diesel pernah menyertai pertandingan `Breakdance`
    - Saksikan sendiri kehebatan Diesel menerusi video ini di bawah



    7. Pernah bekerja sebagai penjual mentol lampu
    - Sebelum menjadi aktor, Diesel pernah sebagai telemarkerter menjual mentol lampu dan alatan mekanik. Pendapatnya ketika itu boleh mencecah $50,000
    1

    8. Pernah menuntut di Hunter College
    - Namun tidak lama kerana selepas itu Diesel nekad berhenti belajar kerana ingin mencuba nasib dalam dunia seni lakonan
    1
    9. Bapa kepada tiga orang anak
    - Diesel dan pasangannya, seorang model Paloma Jimenez mempunyai tiga orang anak iaitu Hania Riley yang dilahirkan pada 2008, Vincent Sinclair yang lahir pada 2010 serta terbaru Pauline yang dinamakan sempena mendiang sahabat baiknya, Paul Walker
    1
    10. Vin Diesel adalah bintang media sosial
    - Tahukah anda pengikut Diesel di laman sosial Facebook miliknya mencecah 87, 208, 752 orang
    1

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top