'Bertenang, saya tak bela buaya tulah...' - Azy Nadia

    GARA-gara memuat naik video dan gambar bersama seekor buaya, seorang gadis terpaksa berdepan kecaman pengguna media sosial.

    Pengguna Facebook dengan nama Azy Nadia ini pada mulanya memuat naik beberapa buah video dan gambar bersama buaya yang sederhana besar itu ke akaunnya pada 1 Januari lalu.

    "Ia datang secara mengejut. Jangan cakap saya pegang yang palsu pula, tengok video bergerak kan. Jarang-jarang anak muda tunjuk bakat," itu yang ditulis Azy pada kapsyen, menggunakan dialek Kelantan.

    Turut disertakan adalah hashtag #sungaibelakangrumoh dan #marinokigakgakkk.

    Entri tersebut menerima lebih 1,000 perkongsian dan hampir 900 komen, yang rata-ratanya bimbang dengan keselamatan Azy selain turut mempersoalkan jika Azy mempunyai lesen untuk membela buaya tersebut.

    Namun Azy dalam perkongsian terbaru menjelaskan buaya itu bukanlah dibela, sebaliknya ditemui di belakang rumahnya yang secara kebetulan terletak berhadapan dengan sungai.

    "Saya tak tulis pun saya bela. Saya jumpa buaya itu, ambil gambar dan kemudian lepaskan semula," kata Azy yang mengakui geli hati dengan kritikan netizen.

    Terlanggar kipas Bersatu, lelaki mahu 'claim motor' daripada Tun M

    Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengarahkan pengurusan rasmi parti itu meneliti kes seorang lelaki yang dikatakan terbabit kemalangan di bulatan Persiaran Kayangan, di sini disebabkan terlanggar puluhan kipas tertera logo parti itu.

    Menerusi perkongsian di akaun Twitter, lelaki dikenali sebagai Vzezul itu mendakwa dia yang menunggang motosikal terlanggar kipas tertera perkataan ulangtahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang bertaburan di atas jalan raya.

    “Tadi saya kemalangan dekat bulatan Kayangan Shah Alam sebab benda ni. Mohon retweet sampai Tun M nampak. Aku nak claim (tuntut) motor aku,” muat turunnya dalam hantaran ke laman Twitter itu yang menerima 6,202 perkongsian, komen serta emoji netizen.
    Hantaran itu dibalas akaun Twitter rasmi milik Dr Mahathir yang meminta laman rasmi PPBM untuk melihat perkara itu dan menghubungi lelaki tersebut.

    “Dear @PPBMofficial, please look into this matter and contact this gentleman.Thank you (Kepada @PPBMofficial, tolong lihat perkara ini dan hubungi lelaki tersebut. Terima kasih,” katanya membalas status dihantar Vzezul sebelum itu.



    Lelaki itu kemudian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan @chedetofficial dan @PPBMofficial berhubung perkara tersebut.

    “Thanks for your concern regarding this matter . I hope that @PPBMofficial take the necessary steps in order to prevent this things from happening again and reimburse me the cost of my motorcycle and inability to continue working delivering food through FoodPanda due to this accident (Terima kasih atas keprihatinan berhubung perkara itu.

    "Saya harap @PPBMofficial ambil langkah wajar untuk elak perkara ini berlaku lagi dan bayar balik kos motor kerana tidak dapat terus bekerja sebagai penghantar makanan melalui FoodPanda kerana kemalangan ini),” katanya.


    Dalam komennya, Vzezul turut menyatakan dia hanya mahu menarik perhatian perdana menteri selepas kakinya cedera akibat kemalangan itu.

    “Tak ada niat nak menimbulkan perbalahan,” katanya selepas ada netizen yang cuba mengaitkan status dihantarnya dengan tujuan politik.

    Pilunya, isteri mengidam mesej suami tapi...



    "BANG, jangan lupa belikan daging masak merah ya, saya mengidam la bang."

    Itu satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang isteri kepada suaminya.

    Tetapi sedihnya, pesanan itu tidak dibaca kerana suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

    Kisah pilu ini dikongsi oleh Facebook, Tok Qiqi sehingga mendapat 31,000 tanda suka, 6,000 maklum balas serta 12,000 pengkongsian daripada netizen.



    Tok Qiqi memberitahu, kisah tersebut dikongsi oleh seorang pemandu ambulans yang kebetulan menemui seorang lelaki terbaring di tepi jalan dan disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

    Katanya, ketika melakukan pemeriksaan ke atas lelaki itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi di dalam poket seluar.

    "Mereka tengok ada WhatsApp masuk dari isterinya..."bang jangan lupa belikan daging masak merah saya ya bang, saya mengidam la bang".

    "ALLAH sebak rasa hati... menyangkakan suaminya membaca sahaja tapi tak berbalas...isterinya hubungi suami... tapi pemandu ambulans, jururawat dan pembantu perubatan serba salah hendak menjawab panggilan dan terus serahkan kepada polis yang telah tiba sejurus dihubungi," katanya.

    Menurutnya, kedengaran tangisan si isteri dari corong telefon dan suasana di lokasi menjadi hiba dan sedih.

    Moga si isteri tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.



    Ronaldo Ucap Tahniah Kepada Faiz Subri Menang PUSKAS|Tahniah buat pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri kerana dinobatkan sebagai pemenang anugerah PUSKAS FIFA yang berlangsung malam tadi bagi kategori gol terbaik. Menjadi lebih manis apabila Faiz, 29 merupakan pemain pertama dari Asia yang berjaya merangkul anugerah tersebut yang diadakan di Switzerland. 
    Hasrat Faiz untuk bergambar bersama pemain dunia Christiano Ronaldo tercapai pada majlis anugerah tersebut. Bukan itu sahaja, Ronaldo turut mengucapkan tahniah kepada Faiz. 
    "Selepas saya menerima anugerah itu, Cristiano Ronaldo mengucapkan tahniah kepada saya. Saya juga sempat bergambar dengannya, memang ketika itu saya tak tahu nak kata apa lagi,"


    Faiz mendapat undia paling tinggi iaitu 59.46% bagi sepakan gol Pulau Pinang menentang Pahang pada 2016.





    Berbeza Disebabkan Lahir Malam Tahun Baru|Kembar lain tahun. Itulah yang terjadi kepada pasangan kembar ini apabila dilahirkan pada malam tahun baru. Mereka lahir selang 10 minit yang menjadikan Sawyer dan Everett seorang lahir pada tahun 2016 dan seorang lagi pada tahun 2017.

    Sawyer dilahirkan pada 11.51 malam 2016 manakala Everett dilahirkan apda 12.01, 2017 di Hospital Banner, Arizona. 


    Fuhhhh..Gajah Balas Dendam Kat Kawan Dengan Cara Buang Angin. Kelakar!|Perangai balas membalas ni bukan je dah jadi tabiat kita manusia, haiwan pun sama. Tapi bukanlah balas dendam apa pun cuma nak bergurau je. Alaa, macam korang selalu buat dengan kawan-kawan dan adik beradik. 

    Di Elephant Nature Park, Thailand sentiasa akan ada pergaduhan dan perebutan untuk bukit kecil kat situ. Jadi Gajah bernama Kabu selalu tolal gajah yang seekor lagi, Faa Mai. Tapi kali ni nampaknya Faa Mai tahu macam mana nak balas balik perbuatan kawan yang tolak dia dengan cara buang angin di hadapan muka Kabu. 

    Kalau korang tengah stress hari pertama bekerja, tengok lah video ni okay? 


    Majikan Suruh Goreng Ikan Segar, Ikan Flowerhorn Akuarium Yang Digoreng|Baru-baru ini menjadi viral apabila seorang majikan Zhi Chun dari Singapura memuat naik gambar ikan jenis Flowerhorn miliknya yang digoreng. Hal itu terjadi disebabkan salah faham antara dia dan pembantu rumahnya. 
    Chun menyuruh pembantu rumahnya untuk menggoreng ikan segar yang ada di rumah. Malangnya, pembantu rumahnya mengambil ikan segar dari akuarium dan terus goreng. Terkejut Chun apabila pulang ke rumah ikan kesayangannya sudah selamat digoreng! 

    Bagaimanapun, ramai netizen yang mengatakan ianya adalah dicerita lama yang dihebahkan semula. Walaupun apa pun cerita ni tetap buat ramai orang terhibur termasuk korang kan? 
    :P Jangan serius sangat okay?

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top