Resepi Ikan Masak Singgang

    Resepi Ikan Masak Singgang

    resepi ikan singgang begitu mudah disediakan dan menjadi lauk kegemaran orang pantai timur terutamanya terengganu dan kelantan. selain ikan singgang ikan lainya juga boleh anda cuba kerana rasanya juga sedap seperti ikan tongkol, ikan kembung, dan ikan kayu.masakan ini ialah makanan sihat kerana tiada minyak dan sangat sesuai untuk orang yang berdiet sebab rendah kalori. ikan singgang versi kelantan biasanya tiada kunyit dan menggunakan banyak lengkuas.

    jom langsung saja kita layan resepi dibawah

    Bahan-Bahan

    • 5 potong ikan tongkol
    • 7 biji cili api - belah 2
    • 3 biji bawang putih - hiris nipis
    • 3 biji bawang merah - hiris nipis
    • 1 biji bawang besar - hiris nipis
    • 3 keping asam keping
    • 2 batang serai - dititk
    • 2 inci halia - hiris nipis
    • 2 inci kunyit hidup - hiris nipis
    • 2 inci lengkuas - hiris nipis
    • air secukupnya
    • garam secukupnya

    Cara penyediaan

    1. mula-mula panaskan air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukan semua bahan yang dihiris nipis bersama serai,dan biarkan sampai semua bahan agak layu.

    2. kemudian masukan asa keping kacau perlahan dan biarkan hingga kuah kembali mendidih, selepas tu masukan ikan dan kacau perlahan.

    3. tutup dan biarkan hingga ikan masak dan bila ikan sudah masak masukan cili api dan kacau perlahan agar ikan tidak hancur. 

    4. perasakan dengan garam secukupnya dan bila sudah masak ikan singgang siap untuk dihidangkan.




    Resepi Kari Udang Galah Tanpa Santan

    bahan-bahannya

    Udang galah 7 ekor 

    Bawang merah satu biji 

    Bawang Putih 2 ulas 

    daun kari 

    Serbuk Kari Babas 1 paket 

    3 sudu serbuk cili babas 

    Telur satu biji 

    Sedikit air 

    Cara-cara nak masak? sila tengok video di bawah ye!!



    Selamat Mencuba Jangan Lupa subscribe like komen dan share Oke!!! 




    Ikan singgang. Resepi ikan singgang yang begitu mudah untuk disediakan. Menjadi lauk kegemaran orang Pantai Timur terutamanya Kelantan, Terengganu. Paling ‘best’ tentunya ikan aya @ ikan tongkol @ ikan kayu. Ikan kembung, tamban juga boleh dicuba.
    BAHAN-BAHAN
    – 3-4 potong ikan aya @ tongkol
    – 1 cm lengkuas-hiris
    – 1 cm kunyit hidup-hiris/serbuk pun ok!
    – 5-6 ulas bawang putih-hiris
    – 2 keping asam keping
    – 2-3 Cili besar @ padi
    – Garam secukup rasa

    CARA-CARA
    1. Masak ikan bersama air secukupnya.
    2. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan tadi serta garam secukup rasa.
    3. Biarkan sehingga mendidih dan siap!!
    Ringkas dan sedap. Nikmatinya pula bersama budu dan ulam-ulaman. Kalau ikan aya tersebut bersaiz besar, cuba bersihkan perutnya dan singgang bersama, pasti sedap!!


    Rupa tak cantik..tapi memang  sedap terbaik!
    Senang n cepat siap.


    1kg Beryl's Milk Chocolate Compound 


    Cornflakes separuh plastik je (saya pakai Kellog's size kecik sebab lebih rangup danp tebal)


    Kacang (bakar dulu ye kacang ni..saya pakai hazelnut, nak guna macadamia pon sedap jugak)
    Choc rice (optional)
    1/2 sk garam


     cairkan semua coklat guna kaedah double boil
     masukkan garam nak balancekan manis
     rata kan cornflakes dan hazelnut dalam loyang atau talam bersaiz besar yg di alas foil
     curah coklat yg dh cair mggunakan SENDUK ke semua kawasan
    hentak-hentak untuk ratakan, JANGAN GUNA SENDUK NNT MELEKAT
     sejukkan kat luar je tak payah masuk peti
     potong ikut size kegemaran masing-masing
    **coklat Beryl's yg blok ye bukan coin...coin tu letak luar cpt cair..jgn silap




    Buat sosej sendiri boleh makan tanpa ragu-ragu
    Resepi sosej saya bagi yang asas saja boleh tambah perisa ke dlmnye seperti sos lada hitam, cheese, rempah kari, daun saderi dan lain-lain ikut cita rasa sendiri
    Bahan-bahan:-
    300gm isi ayam bahagian dada
    4 sudu besar tepung jagung/ ubi
    1 biji telur
    Sedikit lada putih garam / gula
    2 sudu krim cheese
    Plastik ais cream
    cara penyediaan :-
    1. Ayam di potong dadu
    2. Masukkn isi ayam telur sikit air blend sampai halus
    3. Tuang dalam bekas masukkn tepung lada putih krim cheese garam gula gaul rata
    4. Masukkn adunan dalam piping beg paipkn ke dalam plastik ais cream ikat kemas bahagian atas dan bawah. Kukus selama 15 mt
    5. Bila sejuk kluarkn dari plastik dan goreng
    Boleh juga kurangkn ayam lebihkn tepong
    Selamat mencuba pasti anak-anak suka




                                                       
                                RESEPI PUDING SUMI MUDAH DAN SENANG

    - 1 Paket Agar2 Tali 37.5g
    - 8 Cawan air
    - 1 1/4 Cawan gula pasir
    - 1 Tin Susu Cair
    - 2 Paket Sumi

    1- Masakkan agar2 tali hingga betul2 hancur,
    2 - Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur,
    3 - Masukkan seketul gula batu untuk elakkan agar2 cepat berair,
    4 - Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati
    5 - Perlahankan api...
    6 - Sebelum tu susun sumi di dasar acuan,
    7 - Masukkan agar2 sedikit demi sedikit agar sumi stabil dan melekat
    8 - Boleh curahkan agar2 bila sumi dah melekat
    9 - Lapiskan dengan lapisan kedua dan seterusnya..Sejukkan dalam peti ais.





    😉


                                PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

    Bahan-bahannya:

    1 paket agar-agar strip (30 gram)
    6 cawan air
    1 ¾ cawan gula
    4 sudu besar ais-krim vanilla
    1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar

    Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):

    1 tin susu sejat Carnation
    Air buah-buahan koktel
    3 sudu besar tepung kastard
    1 biji telur
    ¼ sudu kecil vanilla
     Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

    Cara-cara membuatnya:

    1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.

    2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.

    3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.

    4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).

    5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.

    6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.

    7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top