Dari beberapa hari lepas lagi berpuluh wartawan dan pihak media telah berkampung di hadapan Istana Negara untuk mendapatkan berita terbaru tentang kerajaan tanah air..

    Pengumuman ura-ura wujudnya kerajaan baharu dan hari ini kita digemparkan pula dengan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
    Ada wartawan dan pihak media yang sanggup berlapar dan hanya beralaskan makanan ringan.
    Pengorbanan mereka semata-mata mahu mendapatkan berita tentang pergolakan kerajaan yang masih belum selesai sekarang.
    Menerusi laman Twitter, Zaim Zamani berkongsi video di mana pihak Istana Negara yang sangat prihatin dan hargai pengorbanan pihak media telah memberikan makanan kepada mereka berupa KFC.
    Namun berbeza pula hari ini apabila KDYMM Baginda Agong sendiri turun dan memberikan makanan kepada petugas medi.
    Menerusi video yang dikongsikan, baginda berkenan untuk membelanja mereka semua makanan dari restoran McDonald.

    Belanja petugas media

    Video rakaman tersebut diperoleh daripada Astro Awani di laman Facebook. Turut kelihatan, baginda menghulurkan sendiri bungkusan kepada wartawan di lokasi bagi mereka menikmati set makanan tersebut.
    Rentetan daripada itu, rata-rata netizen dan seluruh rakyat Malaysia yang menonton video tersebut telah meninggalkan komen yang positif diatas tindakan KDYMM Agong.
    Malah, mereka juga menyatakan contoh teladan yang ditunjukkan baginda bukan sahaja dapat memupuk rasa hormat-menghormati malahan membuatkan rakyat bertambah sayang kepada pucuk kepimpinan KDYMM baginda Agong.
    Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
    Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
    Berita itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.
    “Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh hari ini.”
    “Surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada pukul 1.00 tengah hari,” menurut kenyataan itu.
    Pada hari yang sama, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sehingga Perdana Menteri ke-8 dilantik.





      

    , ,


    [VIDEO]Jenazah Allahyarham Seniwati "Mariani Ismail"Selamat Dikebumikan|Jenazah Allahyarham seniwati Mariani Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, 11.35 pagi tadi. Turut hadir pada majlis pengebumian itu ialah anak-anaknya, saudara-mara dan rakan artis seangkatan.

    Antara rakan artis yang hadir ialah Uji Rashid, Noorkumalasari, Datuk Shah Reza, Erra Fazira, Datin Seri Umie Aida, Salamiah Hassan dan ramai lagi.

    Allahyarham meninggal dunia akibat kanser usus di rumah anaknya Siti Haslinda Abdul Hamid di Sentul, di sini, 7.32 malam tadi.

    Hasil tiga perkahwinannya Allahyarham meninggalkan 13 anak.


    [VIDEO]Yus Jambu Selamat Dikebumikan|Jenazah sebelum itu tiba di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam Bintong dari Kuala Lumpur pada 11.45 pagi untuk di sembahyangkan.

    Dianggarkan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi lagi menantikan ketibaan jenazah.

    Kenalan artis dan juga pelawak serta pelakon seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengkebumian itu.

    Yus Jambu dilahirkan pada 15 Mac 1976 di Kangar, Perlis dan mula dikenali peminat seni hiburan tanah air selepas menjuarai rancangan realiti pencarian bakat pelawakRaja Lawak musim pertama pada 2007.


    PEMBACA BERITA TV3 TIDAK PERASAN TENGAH LIVE? | Hehe..ni memang tak perasan ke apa ni.. saksikan pembaca berita tv3 tak perasan tengah live kat tv..
    HAHAHAHAH. Kelakar lah. Kaki Berita ingatkan pembaca berita kat luar negara je ada masalah macam ni. Kat Malaysia pun ada juga. Paling kaki Berita ingat dulu, masa Wardina mengacara MHI TV3. Dia ingatkan rancangan dah habis. Rupanya commercial break. comel.


    Video: Kesian.. Pengawal Istana Buckingham JatuhTergolek|VIDEO menunjukkan seorang pengawal Istana Buckingham tergelincir lalu jatuh di hadapan ribuan pelancong kini mendapat perhatian orang ramai serta media seluruh dunia.

    Pengawal istana itu terjatuh ketika melakukan upacara harian penukaran pengawal untuk berdiri menjaga istana berkenaan.

    Salah seorang pelancong David Meadwell, 50, yang merakam adegan itu tidak menyangka sama sekali kejadian itu akan berlaku.



    Orang ramai dan pelancong akan berkumpul untuk menyaksikan upacara penukaran pengawal itu setiap hari di luar Istana Buckingham pada pukul 11.30 pagi.

    Menurut David, kumpulan pengawal yang pertama berjaya menukar tempat tanpa masalah 
    namun ketika dia mula merakam kumpulan kedua salah seorang pengawal tiba-tiba tergelincir lalu jatuh.

    Hal yang disaksikan ramai pelancong ini sekaligus menukar reaksi muka pengawal terbabit yang kelihatan menahan malu bukan kepalang.

    Pihak istana dilaporkan berkata, mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen berkaitan isu ini.

    Kasihan… kadang-kadang benda nak jadi memang di luar kawalan manusia.


    Video: Budak Nangis Teresak Esak Kucing Mati|ALAHAI.. sedihnya tengok video adik ni menangis sebab kucingnya mati.
    Tak tahu apa punca kematian kucingnya tu tetapi kelihatan sudah terkulai dalam dakapannya.

    Memang sebak tengok dia menangis teresak-esak, hanya pencinta kucing sahaja yang memahami perasaan adik ini..


    VIDEO: Mungkin Inilah Lelaki Paling ‘Terror’ Campak Barang!|LELAKI ini sememangnya dahsyat dan pakar dalam mencampak sesuatu benda ke tempat asalnya.

    Lelaki yang dikenali sebagai Josh Hawking, 30, dari Australia telah membuat balingan yang sangat tepat hingga membuatkan dia nampak sangat cool.

    Tak pasti sama ada perbuatannya itu dicuba berkali-kali  namun kompilasi video yang dia lakukan ini memang menghiburkan.

    Kalau kita cuba banyak kali pun belum tentu barang tersebut masuk tepat ke tempat asalnya.


    ASKAR INI MEMPUNYAI CARA TROLL MUSUH TERBAIK UNTUK HIBURKAN HATI KETIKA BERPERANG | Walaupun di medan perang, dua orang askar ini masih lagi boleh bergelak tawa. Apa yang mereka buat? Mereka sedang men-troll musuh mereka yang bersenjatakan spiner dengan menggunakan batang kayu dan juga kain.
    Hasilnya, beberapa das tembakan dilepaskan dan mereka dapat menghiburkan hati ketika berperang.
    Video ini diambil pada tahun 2014 di Syria dimana ketika itu peperangan sivil berlaku di sana.
    Saksikan video ini.


    VIDEO BAYI DI TAMPAR BANYAK KALI|GILA dan kejam… lagi kes melibatkan kes penderaan bayi!

    Satu rakaman video memperlihatkan seorang bayi berusia kurang setahun sedang didera kini tersebar dan menjadi bualan hangat di laman sosial.

    Gara-gara berang dan tidak tahan mendengar tangisan bayi, seorang wanita bertindak di luar kawalan dengan memukul dada dan muka bayi malang berkenaan bertubi-tubi sambil menjerit meyuruhnya diam dan berhenti menangis.



    Tidak setakat itu, bayi berkenaan turut dipukul di tangan, bahagian belakang badan dan kepala.

    Lebih teruk, wanita ini bertindak gila merakam perbuatan tersebut.
    Rakaman berdurasi 0.47 saat yang dipercayai berlaku di Malaysia ini mencetuskan kemarahan masyarakat.

    Ekoran itu, ramai yang berharap agar segera kes ini disiasat dan si pelakunya di bawa ke muka pengadilan kerana menyeksa bayi itu.


    Ditahan Selepas Siar Video Rompakan Di Instagram|Virginia Beach (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki boleh dianggap sebagai penjenayah paling bodoh apabila dia ditangkap beberapa jam selepas memuat naik video dan gambarnya merompak sebuah bank di Instagram.

    Dominyk Alfonseca, 23, memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia merompak sebuah bank di sini, minggu lalu.
    Dia turut memuat naik nota untuk mengugut wang daripada kerani bank dan wang yang dirompaknya.

    Alfonseca ditahan beberapa jam selepas rompakan berkenaan selepas polis mendapat maklumat daripada laman Instagram lelaki itu.

    Lelaki itu yang ditemu bual sebuah stesen televisyen mengaku tidak bersalah kerana mendakwa dia bersopan ketika melakukan jenayah itu.

    “Saya masuk ke bank berkenaan dan bercakap dengan sopan sambil memberikan nota itu kepada juruwang.

    “Saya tidak membawa senjata atau menggunakan kekerasan dan juruwang itu memberikan wang kepada saya.

    “Rompakan membabitkan unsur paksaan atau ugutan tetapi saya tidak melakukan perkara itu,” katanya.

    Bagaimanapun, seorang jurucakap polis berkata, juruwang berkenaan terpaksa menyerahkan wang kepada Alfonseca kerana bimbang lelaki itu membawa senjata atau akan bertindak ganas.

    Menurutnya, Alfonseca akan didakwa di mahkamah pada bulan depan atas tuduhan melakukan rompakan.


    REAKSI LUCU DAN MENYENTUH HATI 4 LELAKI YANG CUBA RASAI PENGALAMAN SAKITNYA BERSALIN | 4 lelaki ini ingin tahu bagaimanakah rasanya sakit bersalin. Untuk itu mereka telah melakukan ‘labor pain simulation‘ dan inilah hasilnya.
    Perhatikan pada minit 0:39, ada yang bertanya mungkinkah mereka akan mati menanggung kesakitan ini?



    Menyedari rupanya bersalin itu sangat menyakitkan, kini 4 lelaki ini sangat menghargai ibu mereka.
    Mereka juga telah bertanya ibu mereka apakah perkara lain yang terpaksa dilalui oleh ibu mereka sepanjang tempoh hamil dalam video berikut.
    Jika anda rasakan suami dan anak anda tidak begitu hargai anda sebagai ibu dan isteri, mungkin eksperimen ini juga boleh dilakukan kepada mereka. Hehe.


    Gelinya.. Cacing Jenis Apa Boleh Muntah Camni ?|VIDEO menunjukkan sejenis cacing yang diletakkan di atas tapak tangan menimbulkan perasaan geli di kalangan netizen yang menontonnya.

    Cacing ‘rare’ tersebut kelihatan memuntahkan sesuatu menyerupai akar berwarna putih menyebabkan lelaki Thailand dalam rakaman itu menjerit terkejut bercampur geli.


    Pemeriksaan Gampang mendapati cacing ini sebenarnya cacing laut yang mempunyai sistem penghadaman unik di mana ia boleh memuntah keluar antara 18 hingga 24 sesungut apabila rasa terganggu dek pemangsa.
    Apa pun.. cacing jenis ni memang menggelikan!!


    Lawak.. Bila Si ‘Cerdik’ Cuba Merompak Mesin ATM|SIAPA kata mahu merompak tidak memerlukan otak yang bijak?

    Apa sahaja yang ingin dilakukan memerlukan perancangan yang bijak dan jika tidak, inilah yang akan berlaku kepada anda.

    Sudah pasti niat jahat tidak akan diberkati, menerusi rakaman video CCTV, seorang lelaki dari Queensland di Australia cuba merompak mesin ATM di sebuah kedai namun gagal.


    Video: India Kedai Gunting Rambut Buat Lawak Kuajaq!|BAGI lelaki yang gemar mengunjungi kedai gunting rambut India, selain bergunting mereka menyukai servis lain ditawarkan di sana termasuklah trim misai, janggut dan mengurut wajah serta kepala.
    Ada tu sampai terpejam-pejam mata dek keasyikan diurut wajahnya.. tapi selepas menyaksikan video di bawah kami yakin anda akan terkenangkannya setiap kali pergi bergunting rambut dengan mereka.



     Kalau nak dikatakan berlawak, maka lawak tukang gunting ni memang dah kira tahap melampau kurang ajarnya.
    Bayangkan kalau anda merupakan brader dalam video tu.. apa perasan lepas lihat wajah dibuat demikian rupa. Confirm tak puas hati nak pergi ludah balik kan?



    6 Koleksi Dubsmash Yang Kelakar|Sekarang ini, Dubsmash menjadi viral. Semakin meletup apabila artis terkenal tanah air termasuk Datuk Siti Nurhaliza turut memuatnaikkan koleksi Dubsmashbeliau yang rata-ratanya mendapat pujian dari kebanyakan peminat.



     Buat kamu yang masih kabur dengan Dubsmash. Aplikasi ini kamu boleh dapati dengan memuat turun dari telefon pintar kamu sendiri. Dubsmash ini boleh penulis simpulkan seperti satu aplikasi ‘Dubbing‘ dimana kamu hanya menggerakkan mulut mengikut latar yang kamu pilih. Sebagai contoh jika kamu memilih bunyi kucing sebagai latar. Kamu hanya gerakkan mulut kamu seperti mengiyau. Hari ini bila daftar masuk melaluiFacebook penuh dengan video-video Dubsmash dari rakan-rakan yang lain. Tapi dalam senarai ini, penulis memilih beberapa video yang penulis rasakan menarik.

    Video 1
      

    Video 2 
       
    Video 3


     Video 4


     Video 5


     Cukuplah lima video. Sebab banyak sangat yang menarik. Rasanya kamu sendiri pun mungkin ada banyak koleksi Dubsmash peribadi kamu sendiri kan? Kalau tak keberatan bolehlah berkongsi. Ataupun, buat kamu yang baru tahu akan kewujudan aplikasi ini, bolehlah muat turun sekarang. Seronok tau! Mana tahu, dengan hanya berDubsmash boleh manjadikan penyanyi miming yang berjaya.


    (VIDEO) BUDAK PEREMPUAN LAGAK SAMSENG DI SEKOLAH | Gejala buli dan samseng di sekolah nampaknya makin menjadi-jadi di mana makin banyk video terbaru yang dimuat naik di laman sosial. Itu baru yang berjaya dirakam, belum lagi kejadian bulu dan samseng di sekolah yang tidak dirakam.
    Terbaru dalam satu video yang dimuatnaik dilaman sosial menunjukkan dua orang budak sekolah perempuan ditampar dan diugut oleh seorang budak perempuan lain seperti seorang samseng.
    Tidakkan itu diperhatikan ramai rakan-rakan mereka seolah-olah tidak ada tindakan untuk menghentikan kejadian samseng ini.
    Dari pengamatan, kejadian ini berlaku semasa aktiviti ko-kurikulum kerana dilihat mereka berpakaian biasa tanpa seragam sekolah.

    Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan dimana kejadian ini terjadi. Apapun pihak berwajib perlu mengambil tindakan terhadap kejadian ini bagi mengelakkan lebih banyak kejadian-kejadian seperti ini berlaku.-Gampang Vs Gempak


    Video:Aksi Berani Mati Pelajar Kolej Merempuh Kereta Peronda Polis Hingga Terbabas.|RAKAMAN kamera papan pemuka (dashboard) kenderaan telah merakam bagaimana sebuah kereta dipandu seorang penuntut kolej merempuh kereta peronda polis hingga terbabas.
    Bagaimanapun si pelanggar bertindak “hebat” apabila dia kemudiannya bertindak memecut melarikan diri dari tempat kejadian!
    Video kejadian yang kini viral menunjukkan dengan jelas bagaimana sebuah kereta jenis Volkswagen Polo, memintas kenderaan di hadapan dengan laju sebelum hilang kawalan lantas merempuh kereta peronda polis yang berada di belah kiri jalan dua lane hingga terbabas ke pembahagi jalan dan melintang di laluan kanan.




    Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S Markandan menerusi sebuah akhbar tempatan hari ini, mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 8.55 pagi semalam, di Jalan Pudu menghala ke pusat bandar.
    S Markandan berkata, pemandu kenderaan dikenalpasti merupakan seorang penuntut kolej yang melarikan diri sejurus melanggar kereta peronda polis namun membuat laporan berkaitan kemalangan tersebut tidak lama kemudian.
    Penuntut tersebut kini disiasat mengikut kes memandu di bawah pengaruh minuman keras atau dadah.

    Live Petal - Pemataku 


    Band Life Petal ditubuhkan pada tahun 2013 bermulanya dengan nama 'Fassa Derossa' dan tukar kepada 'Life Petal'. Life Petal bermakna kehidupan jiwang. Maksudnya mesej lagu kita nak sampaikan.Ketua band ni sendiri Luqman
    (pemain keyboard)...
    Life Petal merangkumi 7 orang:
    1) Syazwan (selaku vokalis utama)
    2) Zax Ramli (vokalis kedua dan harmonizer)
    3) Darwin (gitaris pertama)
    4) Yusuf (gitaris kedua)
    5) Munir (pemain bass)
    6) Yassin ( drum)
    7) Luqman (keybord)

    Life Petal fokus dalam berbagai genre seperti rock, pop rock, symphonic rock, slow rock, rnb dan metal.




    f

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top