Seorang YouTuber yang ditahan reman Khamis lalu dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

    Lelaki berusia 22 tahun itu sebelum ini direman tiga hari sebelum dibebaskan, namun siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

    "Ya, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Pihak polis masih teruskan lagi siasatan yang belum lengkap," katanya.

    Media sebelum ini melaporkan, seorang YouTuber ditahan polis dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di Kubang Kerian awal Ogos lalu.

    Lelaki berkenaan ditahan selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 10 Ogos lalu.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata kejadian itu dipercayai berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama Youtube awal Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

    "Kejadian berlaku pada pagi 1 Ogos lalu membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang juga pelakon dalam drama terbabit," katanya.

     



     Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) mengesahkan kematian seorang pekerjanya disebabkan COVID-19.

    Ia adalah kematian pertama pekerja kilang pengeluar sarung tangan itu sejak pandemik menular membabitkan 28 kilang milik pengeluar sarung tangan terbesar dunia di daerah Klang.

    "Kami ingin memaklumkan bahawa salah seorang pekerja kami meninggal dunia pada Sabtu lalu di Sungai Buloh Hospital.

    "Yamnarayan Chaudhary Tharu, berusia 29 tahu dari Nepal, meninggal dunia akibat COVID-19 dengan fibrosis pada paru-paru," katanya dalam satu kenyataan.

    Menurut kenyataan Top Glove, Tharu berkhidmat di kilang Top Glove di Meru, Klang lebih dua tahun.

    "Top Glove bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menguruskan pengebumian mendiang Tharu.

    "Selain itu, syarikat juga menawarkan pampasan yang akan dibayar kepada waris mendiang Tharu bagi meringankan beban kewangan keluarganya," katanya.

    Susulan penularan COVID-19,lebih 5,000 pekerja kilang pengeluaran milik Top Glove diuji positif pandemik itu sekali gus menjadi kluster terbesar di Malaysia.

    Top Glove berkata, kali pertama syarikat mengesan jangkitan COVID-19 adalah pada 2 November selepas pekerja menjalani ujian pra-penerbangan wajib sebagai persiapan sebelum berlepas ke kampung halaman pekerja.

    Susulan kes penularan yang meningkat mendadak, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan memerintah kilang pengeluar yang terjejas ditutup secara berperingkat bulan lalu.

     


    Murtazadi mengarahkan hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dihukum penjara dua bulan.
    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
    Dalam kejadian 27 Mac lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.
    Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.







    Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia yang telah dijalankan ujian saringan berjumlah 35,516 kes termasuk 2,320 kes atau 6.5% adalah positif.
     #StayAtHome #KitaMestiMenang

    Semalam Mahkamah Majistret Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

    Gagal Hadir Tanpa Sebarang Alasan 

    Waran tersebut dikeluarkan kerana Sajat tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984
    “Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.
    “Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” katanya.

    Langgar Peraturan 

    Difahamkan pihak CPF sebelum ini melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos lalu.Jika sabit kesalahan, Sajat boleh dihukum denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
    Sebelum rampasan dibuat, pegawai CPF di premis terlebih dahulu menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM Berdasar keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Terdahulu, Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah yang sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
    Malah Sajat pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000 yang tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.


    Berikutan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia, HTAR mengambil langkah seperti berikut bagi mengurangkan risiko jangkitan di kalangan pesakit, pelawat dan warga HTAR.
    1. Mengurangkan bilangan pelawat hadir ke wad.
    2. Kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun DILARANG sama sekali untuk melawat.
    3. Memendekkan masa melawat kepada 1.00 petang hingga 2.00 petang dan 5.00 petang hingga 6.30 petang setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan cuti am.
    Peraturan ini berkuatkuasa 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔-𝗠𝗘𝗥𝗧𝗔 dan sebarang perubahan akan diberitahu kelak.

    Pengarah Hospital,
    Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


    PEJABAT Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur ditutup sehingga Jumaat ini untuk proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran selepas dimaklumkan seorang ahlinya disahkan positif Covid-19.
    KWSP dalam satu kenyataan berkata, ahli terbabit berurusan di pejabat KWSP Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut pada 27 Februari lalu antara 2 hingga 2.30 petang dan disahkan positif 3 Mac lalu.
    Menurutnya, tiada sebarang pengesahan sama ada ahli terbabit dijangkiti Covid-19 sebelum beliau berurusan di pejabat KWSP.
    “Kami sudah mengenal pasti pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada ahli terbabit dan menghantar mereka untuk menjalani pemeriksaan.
    “Pegawai lain dari pejabat itu juga dikuarantin. KWSP sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjut,” katanya.
    Katanya, pejabat KWSP ini akan beroperasi semula pada Isnin ini dan KWSP juga menjalankan langkah awal pencegahan sejak Februari lalu untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada Covid-19.
    “Semua kaunter dan permukaan yang terdedah di premis KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari.
    “Pegawai kaunter juga diperlukan untuk membersihkan tangan mereka setiap 30 minit selain pelawat perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis KWSP,” katanya.
    Bagaimanapun kaunter KWSP di lokasi lain akan beroperasi seperti biasa namun, ahli digalakkan untuk membuat transaksi secara dalam talian melalui aplikasi i-Akaun kecuali bagi urusan yang memerlukan kehadiran ke kaunter KWSP.

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top