Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
    Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
    Ada sesetengah individu masih keliru tentang status Bantuan Prihatin Nasional sama ada mereka layak atau tidak.
    Dalam kes B40, biasanya individu ini gagal mendapat Bantuan Sara Hidup(BSH) sama ada tidak memohon atau permohonan mereka tercicir. Jadi menjadi kerisauan kepada mereka sama ada berhak untuk mendapat Bantuan Prihatin Nasional B40.
    Manakala M40, biasanya individu ini tidak mempunyai data atau tidak pernah membuat potongan cukai dan tidak pernah istiharkan pendapatan mereka kepada LHDN. Jadi mereka juga masih keliru dengan status terbaru ini.
    Untuk tujuan SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL B40 & M40, penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.
    Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
    1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
    2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
    Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut :
    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:
    Kementerian Kewangan
    No telefon : 03-8882 9087 /03-8882 9191 /03-8882 4565 /03-8882 4566
    Waktu operasi : Jam 9 pagi – 5 petang /Ahad – Jumaat (Mulai 29 Mac 2020)
    Atau
    LHDNM
    1-800 882 747 / 03-8911 1000 . Jam 9 pagi – 5 petang /Ahad – Jumaat (Mulai 30 Mac 2020)
    KAEDAH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
    Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
    1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
    2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
    3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
    Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
    1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
    2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
    3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
    Jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup :
    Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:
    Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.
    Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:
    Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

    Kita selalu dengar kata-kata seperti “Patutlah tak dengar, tahi telinga tebal sangat!”. Kebersihan telinga dikaitkan dengan ketiadaan tahi telinga. Tetapi betulkah pelakuan kita untuk membuang tahi telinga itu?



    Sebenarnya ‘tahi’ telinga itu bagus untuk kebersihan telinga kita. Ya, mungkin penampilannya menjengkelkan sesetengah orang, tetapi ia sangat penting bagi menghalang sebarang habuk dan kekotoran daripada masuk rongga yang lebih dalam. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan kuman.
    Penggunaan terma ‘tahi’ atau ‘najis’ tidak membantu dalam membuang perspektif buruk terhadap ‘lilin’ telinga ini.
    Hukum umum yang para doktor gunakan ialah, jangan memasukkan apa-apa ke dalam telinga anda kerana ia mungkin membawa lebih banyak bahaya daripada kebaikan. Sedikit jenaka yang selalu doktor gunakan adalah, jangan masukkan apa-apa objek yang lebih kecil daripada siku anda ke dalam telinga anda.

    Walaupun menimbulkan rangasangan yang ‘best’ bila kita masukkan putik kapas kedalam telinga kita dengan tujuan untuk ‘membersihkannya’, ia sebenarnya sangat bahaya. Sekiranya ianya tajam, anda mempunyai risiko untuk mencederakan gegendang telinga anda. Walaupun ia tidak tajam, anda hanya akan menyumbatkan lebih banyak lilin tersebut ke dalam telinga anda daripada mengeluarkannya. Kedua-dua situasi ini mungkin boleh menyebabkan kesakitan di telinga atau masalah dalam pendengaran anda.
    Walaubagaimanapun, sekiranya lilin telinga anda berwarna coklat, hitam, atau putih dan berkeping-kepingan kecil, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada telinga anda. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan lanjut.
    Badan kita mempunyai cara semula jadi untuk menyingkirkan lilin telinga yang berlebihan. Dengan mengunyah, kita sebenarnya menolak lilin telinga yang lama ke bahagian luar telinga, di mana ia akan mengeras dan terkeluar dengan sendirinya. Ya, mungkin ia kedengaran sedikit menjijikkan. Namun, sebagai langkah alternatif, anda boleh membersihkan bahagian luaran telinga anda dengan putik kapas, tetapi hanya bahagian luaran sahaja!
    Anda boleh berjumpa dengan mana-mana doktor dan mereka akan mengatakan perkara yang sama. Jangan masukkan apa-apa ke dalam telinga anda walau sesedap manapun rangsangan ketika kita korek telinga!

    Satu kes baru penyakit Polio dikesan di Sabah menjadikan empat kes polio di Sabah.




    Ringkasan Kes COVID-19 Di Malaysia (Sehingga 9 Mac 2020, 4:00 petang)

    Kes disahkan positif117
    Kes disahkan negatif2569
    Pending (masih menunggu keputusan makmal)324
    JUMLAH3010

    5 Tips Penggunaan Penghawa Dingin Secara Bijak Oleh TNB. TNB Kongsi 5 Tips Penggunaan Penghawa Dingin Secara Bijak | Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.
    Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

    Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

    Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
    Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
    Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
    Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.

    5 Tips Penggunaan Penghawa Dingin Secara Bijak Oleh TNB


    Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.
    Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.
    Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

    ‘Nak Kekal Cantik Cara Mudah’. Amalkan 15 Jenis Ulam Ini Rahsia Wajah Kekal Awet Muda...


    Selain amalan senaman dan penjagaan kesihatan yang baik, antara bahan makanan yang boleh bantu anda yang mahu awet muda ialah pengambilan sayur-sayuran dan ulam-ulaman setiap hari disamping zat makanan yang lain.


    1. Jantung pisang

    Diperolehi daripada pokok pisang, jantung pisang atau bunga pisang ini berwarna merah keunguan. Tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit, jantung pisang boleh menjadi menu yang baik semasa bulan puasa. Boleh direbus atau dicelur, dimasak lemak putih atau dibuat kerabu.



    2. Ulam raja

    Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Ibu dalam pantang pun bagus makan ulam raja ni. Nak tanam pun mudah sahaja. Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit. Bolehlah diamalkan untuk awet muda.



    3. Kacang botor/kelisa

    Kacang botor boleh dimakan mentah atau dimasak. Lazimnya dikacau goreng. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak. Kaya dengan protein dan mineral.




    4. Timun Jepun

    Ini antara ulam yang sedap dan rangup. Boleh dimakan dengan apa jua menu. Dipercayai timun dapat atasi masalah sembelit dan gastrik. Jadi, boleh amalkan memakan ulam timun sepanjang berpuasa ini.



    5. Petai

    Salah satu ulam kegemaran rakyat Malaysia ni. Sama ada direbus atau dibakar, enak dimakan bersama sambal. Apatah lagi dimasukkan dalam sambal tumis! Biarpun bau petai kurang menyenangkan, tapi khasiatnya banyak. Kaya antioksidan dan serat untuk kesihatan tubuh anda.




    6. Cekur

    Pokok cekur, daripada rizom, pucuk dan daunnya semua boleh dimakan dan tinggi khasiat. Ulam kegemaran orang Jawa dan sering juga digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin. Selain rangup, cekur juga memberi aroma harum pada masakan.




    7. Pegaga

    Antara ulam yang popular dan sering dijumpai. Pegaga boleh dimakan begitu sahaja bersama sambal, dibuat jus atau dijadikan kerabu. Amalan meminum air rebusan pegaga pula dikatakan boleh menaikkan seri wajah. Bagus ni menjelang raya nanti untuk mendapat kulit muka berseri.




    8. Bendi rebus

    Selain dijadikan bahan dalam masakan seperti asam pedas dan kari, bendi juga lazat dimakan bersama sambal. Hanya celurkan sebentar hingga lembut. Antara khasiat bendi adalah menguatkan ingatan dan kecergasan memori. Juga merupakan satu sumber makanan yang baik untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.



    9. Selom

    Daun selom biasa dimakan bersama laksa Kedah atau dibuat urap. Dijadikan ulam juga tak kurang enaknya. Mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan. Daun selom juga mudah ditanam dan boleh tumbuh meliar di kawasan berair dan lembap.




    10. Pucuk ubi

    Pucuk ubi rebus merupakan salah satu bahan utama dalam pecal Jawa. Tapi nak dicicah dengan sambal belacan pun sedap juga. Khasiat pucuk ubi antaranya dapat mengurangkan sakit kepala manakala air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.




    11. Kaduk

    Daun yang seakan-akan daun sirih ini menjadi bahan utama dalam menu snek tradisional Thai iaitu Miang-kham. Ia boleh juga dicelur sebentar dan dimakan bersama sambal. Air rebusan daun kaduk pula dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan sengal tulang.




    12. Jering

    Mungkin ada yang kurang menggemari ulam ini disebabkan bau dan rasa nya yang agak tajam berbanding petai. Tetapi jering banyak khasiatnya kepada kesihatan. Antaranya mengawal kadar gula dalam darah, bantu kurangkan masalah anemia dan reput tulang.




    13. Terung pipit

    Berbentuk bulat, berwarna hijau dan bersaiz kecil, terung pipit sememangnya berbeza berbanding terung biasa. Rasanya sedikit pahit, jadi sedap jika dimakan bersama makanan pedas. Memang enak! Boleh direbus hingga lembut atau dimasukkan ke dalam sambal. Terung pipit dikatakan dapat melegakan sakit perut dan mengurangkan rekahan tumit kaki.




    14. Rebung

    Selain dibuat masak lemak, rebung juga boleh dijadikan ulam. Rebus dan hiriskan. Khasiat rebung? Bantu turunkan kolesterol, menyihatkan sistem pencernaan dan bantu proses detoksifikasi badan.




    15. Peria katak

    Biarpun rasanya amat pahit tapi kaya dengan khasiat. Dipercayai dapat bantu rendahkan tekanan darah tinggi dan kawal paras gula darah pada pesakit diabetes. Jika mampu tahan pahit, boleh dimakan mentah. Jika tidak, boleh cuba masak goreng bersama ikan bilis atau taucu. Bagi anda yang mahu awet muda tapi ada masalah kesihatan atau was-was dengan apa yang dicadangkan di atas ini, mohon bertanya terlebih dahulu dengan doktor, ahli dietetik atau ahli pemakanan.




    TIPS JIMAT RM31.60 UNTUK TIKET TREN ERL KE KLIA

    Sejak 1 Januari 2016, harga tiket ERL telah dinaikkan dari RM35 kepada RM55. Pasti ramai yang terkesan terutamanya 'Kaki Travel' akibat kenaikan mendadak ini.
    .
    Kali ini, kami nak kongsikan satu tips untuk jimat RM31.60 untuk tiket tren KLIA Transit dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2.

    .
    BAGAIMANA CARANYA?

    .
    1. Dari KL Sentral, beli tiket KLIA Transit ke Putrajaya. Kos hanya RM14.00.
    .
    2. Di stesen Putrajaya, keluar di stesen, naik lif/ eskalator, dan beli tiket ke KLIA. Kos hanya RM9.40. Jadi jumlah kos tiket hanya RM23.40, dapat jimat sebanyak RM31.60 atau lebih dari 50%.

    3. Tunggu tren seterusnya ke KLIA, biasanya dalam 15-20 min sahaja.
    Cek jadual tren di sini untuk merancang. 

    https://www.kliaekspres.com/wp-content/uploads/2013/01/KE-KT-Train-Times-141116-Final.pdf
    .
    4. Senyum dan ucap Alhamdulillah dapat jimat banyak. :)
    .
    Tips tambahan
    - Guna Touch N Go untuk jimat masa.
    - Boleh juga transit di Salak Tinggi. Stesen Putrajaya menjadi pilihan utama kami kerana platform tidak terlalu jauh dengan kaunter tiket., dan ada kemudahan lif.
    .
    Info yang bermanfaat ? Sila share.

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top