Sebanyak tujuh segmen penting yang berkait rapat dengan pengguna dan perindustrian bakal menjadi sasaran penggodam sepanjang 2019 termasuk membabitkan penggunaan sekatan keselamatan biometrik yang digunakan secara meluas terutama telefon pintar.
    Perkara itu didedahkan syarikat keselamatan siber terkemuka berpangkalan di Amerika Syarikat, Forcepoint yang melihat bentuk sekatan keselamatan biometrik akan dimanipulasi penggodam.
    Selain itu, penggodam akan menyasarkan serangan terhadap sistem penyimpanan data Cloud (Cloud data), gangguan menerusi Internet perindustrian dan pengenalan kepada sistem penarafan keselamatan Internet.
    Bagaimanapun, antara tujuh segmen berkenaan sistem sekatan biometrik bakal memberi kesan besar kerana ia digunakan pengguna termasuk kebanyakan telefon pintar.
    Perunding Keselamatan Utama, Forcepoint Asia Tenggara Brandon Tan berkata, kebanyakan sistem keselamatan biometrik ini adalah daripada pembentukan tiga dimensi (3D) imej wajah ataupun cap jari.
    “Walaupun kita melihat sistem itu sudah mempunyai ciri keselamatan yang optimum, ia masih terdedah dengan serangan penggodam kerana bentuk serangan dalam platform teknologi adalah berubah-ubah dan tidak sama.
    “Kita akui sistem keselamatan biometrik ini sangat berjaya pada 2018, tetapi perlu diingatkan penggodam sentiasa mencari kelemahan sistem terbabit.
    “Dalam platform teknologi ini, tiada sistem yang benar-benar sempurna cuma kita boleh mengurangkan risiko dan kelemahan itu dapat dikecilkan,” 
    Brandon berkata, pihaknya juga melihat angka kes penggodaman membabitkan data peribadi semakin meningkat dan bentuk keselamatan seperti pengecaman biometrik, soalan sulit serta kombinasi kata kekunci tidak lagi cukup untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penggodam.
    Menurutnya, kebanyakan syarikat perbankan atau perisian sudah menambah satu lapisan keselamatan yang dikenali sebagai Pengesahan Dua Faktor (2FA), namun pengguna masih perlu mengesahkannya menerusi telefon pintar.
    “Ini mewujudkan satu masalah lain apabila kebanyakan pemilik telefon pintar hari ini menggunakan pengesahan biometrik seperti pengecaman wajah atau pengimbasan cap jari untuk mengunci telefon mereka.
    “Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, bentuk keselamatan itu akan menjadi sasaran penggodam apabila mereka menemui kaedah untuk melepasi sekatan keselamatan terbabit.
    “Perlu kita lihat sistem sekatan keselamatan itu hanya bergantung kepada padanan biometrik saja. Malah sistem sekatan itu akan membenarkan sebarang perbuatan jika didapati padanan adalah tepat dengan pengguna.
    “Sistem ini mempunyai kelemahan apabila ia tidak dapat mengecam sebarang tabiat pengguna yang dilakukan secara ‘luar biasa’ dan hanya bergantung kepada padanan saja,” katanya.
    Menurutnya, sistem sekatan biometrik itu dijangka memperkenalkan satu lagi lapisan keselamatan apabila akan mengambil kira kepada corak tabiat pengguna.
    Katanya, pihaknya melihat penggodam akan memberi tumpuan kepada serangan menerusi sistem keselamatan berkenaan kerana ia membabitkan data peribadi pengguna yang sangat sensitif termasuk maklumat akaun perbankan, alamat dan transaksi kad kredit.
    Selain itu, Tan berkata, sistem penyimpanan data Cloud juga akan menjadi sasaran serangan penggodam sepanjang 2019 apabila kebanyakan syarikat menggunakan sistem berkenaan untuk menyimpan sebarang maklumat data perniagaan mahupun data pengguna.
    “Setiap kali kita menemui teknologi baharu terutamanya dalam bentuk penyimpanan data, kita juga perlu memikirkan aspek keselamatan supaya sistem yang diguna pakai benar-benar selamat daripada ancaman.
    “Adakalanya kita perlu mengkaji ancaman masa depan jika menggunakan sesuatu inovasi baharu kerana corak serangan penggodam tidak sekata untuk tempoh lima mahupun 10 tahun.
    “Sebaliknya, ia berubah-ubah setiap masa dan penggodam akan mencari jalan untuk menembusi sebarang bentuk sistem keselamatan yang kita laksanakan,” katanya.
    Menurutnya, wujud juga cadangan bahawa tidak semua data sensitif akan dimuat naik dan disimpan menerusi platform penyimpanan data Cloud berkenaan.
    Katanya, pengguna perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih setiap bentuk sekatan keselamatan kerana ancaman penggodam semakin rumit dan maju pada masa depan.


    Benarkah Anda Perlu Cas Smartphone Selama 8 Jam Selepas Di Beli? | Jujurnya, hidup tanpa smartphone zaman sekarang ni boleh diibaratkan seperti "katak bawah tempurung"

    Ini kerana telefon bimbit dan gajet sudah menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat masa kini.

    Ada lagi ke orang yang tak pakai smartphone? Mungkin ada tapi hanya dalam bilangan yang kecil.

    Bila dah pakai gajet, satu perkara yang amat dititikberatkan tentunya jangka hayat bateri. Memandangkan hampir setiap masa kita gunakan gajet, isu ini dilihat begitu penting sekali.

    Malah, perkara pertama yang perlu kita lakukan selepas membeli gajet yang baru ialah mengecas gajet tersebut selama 8 jam. Tidak lebih dan tidak kurang.

    Bila beli gajet baru, mesti kena cas 8 jam. Biasa dengar kan?

    Alasannya bagi memastikan bateri yang digunakan itu tahan lebih lama sehingga bertahun-tahun dan tidak mudah rosak.

    Namun begitu, satu persoalan timbul, "Adakah perlu untuk kita cas gajet yang baru dibeli selama 8 jam pada pengecasan pertama?"

    Jawapan sebenarnya adalah, Tidak perlu! Tapi dulu Ya. Kenapa dulu Ya dan sekarang Tidak?

    Dakwaan bahawa kita perlu mengecas gajet selama 8 jam pada pengecasan pertama adalah benar pada satu ketika dulu, apabila semua gajet menggunakan bateri jenis nikel kadmium.

    Tetapi hari ini kita boleh mengecas telefon pintar (baru atau lama) dan komputer riba selama mana yang kita mahu. Tiada masalah juga untuk kita gunakannya sejurus selepas gajet tersebut dikeluarkan daripada kotak. 

    Biasanya, gajet yang baru dibeli mempunyai lebih kurang 60% cas bateri.

    Ini disebabkan bateri nikel kadmium mempunyai "memory effect" yang bermakna, bateri ini akan mengekalkan kapasiti tertentu berdasarkan bagaimana ia telah dicas pada mulanya. 

    Bateri ini turut didatangkan dengan panduan/amaran untuk dicas sepenuhnya atau selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum digunakan.

    Kini, gajet didatangkan dengan sama ada bateri Li-Ion atau bateri Li-PO dan kedua-dua jenis bateri ini tidak mengalami sindrom "memory effect". 

    Sebab itulah smartphone, laptop, tablet, atau apa jua jenis gajet zaman sekarang boleh terus digunakan tanpa perlu dicas sehingga penuh pada pengecasan pertama.

    Meskipun begitu, kita tak boleh tunggu sehingga bateri gajet hampir habis (katakan di bawah 10%) untuk dicas semula pada penggunaan pertama

    Cas semula apabila bateri telah turun pada paras 40% kerana ini akan meningkatkan jangka hayat bateri dan menjadikannya lebih tahan lama.

    Semoga memberi manfaat.






    Vertu Ti Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM34,500 |Vertu Ti merupakan telefon pintar Vertu pertama yang menggunakan sistem operasi Android. Setelah diperkenalkan pada awal tahun ini, kini pengguna tempatan sudah boleh mendapatkannya pada harga bermula RM34,500 di pasaran Malaysia.
    Vertu Ti menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, skrin bersaiz 3.7-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, dan turut dilengkapi kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel.


    Semestinya, salah satu sokongan menarik pada Vertu Ti adalah Vertu Key, dimana menawarkan perkhidmatan concierge – membolehkan pengguna mendapat bantuan 24 jam sehari dengan hanya menekan satu butang sahaja. Peranti ini turut didatangkan dengan sokongan Vertu Certainty yang melindungi peranti dan juga data-data didalamnya.

    Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memilih daripada beberapa jenis yang disediakan, dimana ditawarkan di Malaysia dari harga permulaan RM34,500 sehinggalah kepada RM73,000.


PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top