Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan?



Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? |Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik ke pusat pengajian ataupun menggunakan perkhidmatan bas ini untuk pulang ke kampung pastinya akan mengalami situasi di mana driver bas tidak mematikan enjin lebih-lebih lagi apbila berhenti di tempat R&R. Dan pastinya ramai yang tertanya-tanya mengapa tidak dimatikan enjin bas tersebut bukan?


Perkongsian kali ini dikongsikan sendiri dikongsikan Mat Admin berdasarkan pengalaman sendiri Admin kenapa lori, trailer atau bas jarang mematikan enjin kenderaan mereka.
Enjin diesel tidak akan panas walau berapa lama pun kita menjalankannya tanpa bergerak (idling) kecuali ada kebocoran tangki air ataupun minyak enjin tidak mencukupi.

Pernah lori yang dipandu tidak dimatikan enjinnya selama 2 minggu, kerana perjalanan tanpa henti pergi dan balik dari Kawasan Industri Kerteh, Terengganu ke Pelabuhan Klang.

Walaupun sewaktu berhenti samada untuk makan minum atau berehat mahupun tidur, abang lori ni tidak ragu-ragu untuk tidak mematikan enjin kerana berdasarkan pengalaman selama ini, enjin diesel (terutamanya jenis Turbo) amat sensitif jika enjinnya terlalu kerap dihidupkan dan dimatikan.

Malahan telah menjadi amalan pemandu lori selama ini, selepas enjin dihidupkan, pemandu lori akan menunggu sehingga tolok kepanasan (temperature gauge) mencapai tahap suhu bekerja (working temperature) baharulah abang mula bergerak. (kebiasaanya dalam lingkungan 80 darjah celcius).

Begitu juga sewaktu hendak mematikan enjin jenis turbo ini, memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit enjin melahu (idling) barulah dimatikan enjinnya. Enjin lori ni cc dia besar, silinder banyak, compression tinggi. kombine semua diatas, tentu-tentu enjinnya sgt ketat/berat utk startup/cranking. Setelah tolakcampurkalibahagi, tidak bijak utk cranking start lebih dari sekali/hari. Enjin yang ketat/berat memendekkan hayat starter motor.

Sistem brake dan klac lori-lori besar menggunakan tekanan angin, jika enjin dimatikan..tekanan angin dlm tabung akan berkurang atau habis..sebab itu mereka jarang matikan enjin..perlukan masa yang lama utk kompressor isikan angin ke dalam tabung(bergantung jenis lori)..selagi tekanan angin tidak penuh dalam tabung tu, selagi tu lori tidak boleh bergerak, sistem brake dan klac tidak berfungsi.

kebanyakan lori-lori ni ber-engine diesel. Engine diesel memerlukan heat yang banyak untuk berfungsi dengan baik. Engine diesel yang selalu dimatikan engine (cool off) dan di hidupkan semula (panas) dalam masa yang singkat akan membuat engine warp atau bengkok..itu sebab lori tak matikan engine kecuali tidak di gunakan dalam jangka yg panjang (melebihi seminggu) sebab takut engine jadi bengkok.

Bukan sebab susah start.. tapi pasal lori2/bus guna brek angin. jadi bile engine running, presure angin maintain. Jika diorg stop engine, presure angin akan berkurangan, jadi kena tunggu presure naik baru boleh jalan (kena tunggu 1/2jam) baru ok. kalau tak bahaya sebab takde brek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. habis tu lori macam truck mack (transformer) tu sama jugak ke, kena start, lepas tu biarkan berjam lamanya tanpa matikan enjin.

    ReplyDelete
  2. gtu rupenya..tp yg peliknya xde lak pencuri nk curi lori/bus yg dtinglkn dngn enjin masih hidup..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top