PELAKSANAAN perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negara dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 menyaksikan pelbagai gelagat dan reaksi rakyat yang masih berdegil dengan arahan itu.
    Selain memberikan alasan yang tidak masuk akal, ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.
    Di United Kingdom (UK), seorang pemandu lelaki ditahan setelah melanggar arahan sekatan perjalanan dengan alasan mengambil barang pembelian berupa tingkap berharga £15 (kira-kira RM80) secara dalam talian.
    Namun apa yang memeranjatkan anggota polis apabila mendapati isteri pemandu itu berada di dalam but kereta.
    Menurut makluman polis North West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian.
    “Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka ditahan,” kata kenyataan itu.
    Lelaki itu dilapor disaman kerana melanggar arahan kerajaan dengan melakukan perjalanan tidak penting (non-essential travel).
    United Kingdom melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 di negara itu.
    Rakyat negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan, atau tugasan kritikal.


    Ekoran daripada penularan koronavirus (COVID-19), semua masjid di Singapura telah diarahkan tutup selama lima hari, bertujuan bagi proses pembersihan dan penyahjangkitan.
    Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), penutupan sementara ini adalah berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura disahkan positif COVID-19.tiada solat jumaat hari ini, semua masjid di singapura ditutup 5 hari
    Dua warga tabligh itu adalah antara 90 warga Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
    tiada solat jumaat hari ini, semua masjid di singapura ditutup 5 hari
    Berikutan itu, solat Jumaat hari ini di 70 masjid dalam republik itu juga akan dibatalkan, selain semua aktiviti ceramah, kelas keagamaan dan juga kuliah akan ditunda selama dua minggu sehingga 27 Mac.
    Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
    Sumber: Awani

    Kerana Terlalu Percayakan GPS. Dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi hari ini, aplikasi GPS banyak membantu memudahkan pengguna mencari jalan menuju ke destinasi yang dikehendaki dan tidak perlu lagi anda membuang masa untuk membuka peta lagi.
    Bagaimanapun, usah terlalu percaya pada GPS sehingga memudaratkan diri seperti yang berlaku pada pemandu kereta jenis MPV ini yang buta-buta percaya pada GPS. Akibatnya…
    Menurut laman Facebook Dantruat, kejadian ini berlaku tiga tahun lalu di Nonthaburi, Thailand, namun gambar kejadian viral semula di media sosial.

    Ikut Arahan


    Menurut pemandunya, dia hanya mengikuti arahan yang diberikan oleh GPS dan menyangka keretanya mampu melalui jalan yang kecil itu. Tetapi dia tersilap apabila tayar sebelah kanan terjatuh menyebabkan dia tersangkut.

    Terpaksa Guna

    Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menggunakan perkhidmatan kren bagi mengangkat keluar keretanya.


    Sebuah keluarga terkejut apabila ‘mayat’ gadis yang dibelikan sebagai ‘pengantin hantu’ anak lelaki mereka yang sudah meninggal dunia, tiba-tiba bangun sebelum sempat dikebumikan.
    Ibu bapa dari Linzhou, utara China itu secara tidak sengaja membongkarkan sindiket pemerdagangan manusia selepas membeli ‘mayat’ yang rupanya remaja pekak bisu dan berpenyakit mental bernama Zhao Mei untuk ‘dikahwinkan’ dengan anak mereka.
    Mengikut adat itu, dua mayat dikebumikan bersama untuk menandakan ada perkahwinan antara mereka.
    People’s Daily melaporkan, ibu bapa terbabit membeli ‘mayat’ berkenaan dengan harga 30,000 yuan (RM19,200) sebagai pengantin hantu yang dihiaskan sebelum dimasukkan di dalam keranda.
    Ketika majlis pengebumian dijalankan, mereka terkejut mendengar bunyi dari dalam keranda dan apabila membukanya melihat remaja berkenaan masih hidup.


    Pisang 'ajaib' berbuah di belakang masjid | Dua pohon pisang yang hanya tumbuh setinggi 30 sentimer tanpa fizikal lengkap (daun dan batang) telah mengeluarkan buah.

    Memetik laporan media tempatan, melaporkan kejadian yang berlaku di Desa Kori, Ponorogo ini tidak semena-mena menarik perhatian masyarakat untuk melihat pohon tersebut, yang di anggap mereka sebagai satu kejadian ajaib.

    Apa yang lebih menarik perhatian adalah, pohon pisang itu yang tumbuh  di belakang Masjid Azzazul Muttaqim, tumbuh di kawasan makam pengasas masjid itu yang di kenali sebagai Mbah Palang.

    Pohon pisang dari jenis raja itu, menghasilkan 33 biji buah, yang mana warga tempatan di situ menyatakan bahawa jumlah itu sama dengan jumlah untaian tasbih yang digunakan ketika berzikir.


    Wanita Cedera Parah Selepas Suaminya Memotong Miss V Nya | Seorang wanita cedera parah di utara Afghanistan selepas suaminya memukul dan memotong sebahagian daripada kemaluannya. Insiden itu berlaku di daerah Ashkamish di wilayah Takhar

    Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an memaklumkan BBC, beliau tidak tahu punca serangan. 

    Kes memotong kemaluan jarang berlaku di Afghanistan, namun laporan keganasan terhadap wanita kian meningkat. Wanita itu kini dirawat di hospital di Kunduz.

     Abang mangsa mengesahkan kecederaan itu kepada BBC sambil menyatakan ibu saudaranya sudah melihat kecederaan dialami mangsa. Seorang doktor berkata, mangsa yang hamil enam bulan mengalami keguguran akibat keganasan itu.


    Satu Kumpulan Penjenayah Godam Mesin ATM Di Thailand  | Satu kumpulan penjenayah warga asing berjaya mencuri sekurangnya 12 juta baht (RM1.4 juta) dengan menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Thailand, dalam kes yang hampir sama dengan kecurian di Taiwan, kata polis semalam.
    Kumpulan penggodam itu berjaya mencuri wang tunai berkenaan dengan memasukkan kad yang mengandungi ‘malware’ atau virus komputer di ATM milik Government Savings Bank (GSB) pada lewat Julai lalu.
    Kecurian berlaku tidak lama selepas Taiwan mengumumkan sekumpulan warga asing berjaya mencuri wang tunai berjumlah AS$2.5 juta (RM10.1 juta) dari ATM dengan menggunakan kaedah sama.
    Seorang suspek warga Latvia, Romania dan Moldova ditangkap dalam kes kecurian di Taiwan itu tetapi beberapa lagi suspek termasuk lima warga Russia berjaya meloloskan diri ke luar negara.
    Polis Thailand semalam memberitahu, bank GSB yang dimiliki kerajaan melaporkan kejadian yang sama berlaku dan yang pertama seumpamanya di negara itu.
    Wang itu dicuri dari 21 mesin ATM GSB di wilayah Phuket, Surat Thani, Chumphon, Prachuap Khiri Khan, Phetchaburi dan Bangkok.
    “Sehingga kini, berdasarkan bukti yang ditemui, kami yakin kumpulan ini mempunyai kaitan dengan geng yang melakukan kecurian yang sama di Taiwan,” kata jurucakap polis Thailand, Panya Mamen.
    Ujarnya, sekurangnya lima suspek warga asing datang ke Thailand dari Taiwan untuk melakukan jenayah itu.
    “Penyiasat percaya suspek berasal dari Eropah Timur tetapi kami juga menyiasat sekiranya ada warga tempatan terbabit,” jelasnya.
    Menurutnya, semua suspek dipercayai sudah meninggalkan Thailand.

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top