Selepas filem Hantu Kak Limah Balik Rumah , pengarah terkenal Mamat Khalid kembali dengan filem terbaru iaitu Rock 4: Rockers Never Dai. Trilogi filem Rock sebelum ini yang telah mendapat sambutan luar biasa dari penonton membuatkan Mamat Khalid menyambung legasi filem ini.
    Barisan pelakon hebat yang ditonjolkan dalam filem kali ini ialah Hazama, Sharwani NS, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi serta penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edrie Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi pelakon handal.

    Perubahan muzik tanah air

    Kisah Rock 4 bermula apabila Ronnie James “Dio” lakonan Sharwani NS yang sedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan jalan raya. Setelah tersedar dari koma, Dio tidak dapat menerima hakikat bahawa trend muzik telahpun berubah secara drastik dan tidak menampilkan bakat nyanyian sebenar.
    Dio cuba untuk sesuaikan diri dengan muzik terkini namun sering mengimbau kenangannya ketika bersama kumpulan Rimba Bara. Dio berhasrat untuk mengembalikan era zaman kegemilangannya itu dan menyelamatkan industri muzik rock.
    Dio telah membuat keputusan untuk menjadi pengurus kepada sebuah band yang dianggotai oleh sekumpulan remaja. Dalam menaikkan band ini dan mengembalikan zaman kegemilangan rock, pelbagai cabaran dan halangan yang mereka tempoh kerana latar-belakang mereka yang berbeza.

    Jalan cerita yang simple

    Oleh kerana latar-belakang ahli kumpulan yang berbeza, pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui oleh setiap seorang dari mereka. Dalam perasaan Dio yang masih bersalah dengan kesilapan lamanya bersama Rimba Bara dulu, Dio bersungguh-sungguh membantu kumpulan Royal Slackers untuk menyertai macam-macam pertandingan. Dengan adanya media sosial, Dio telah berjaya menubuhkan band bernama Rimba Bara 2.
    Ini merupakan filem yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat rock tegar, Mamat Khalid telah menghasilkan filem bergenre rock muzikal ini kerana ia sangat sebati dengan jiwanya. Ia berkisarkan perit-getir perjalanan pemuzik Rock tanah air yang sehingga kini memperjuangkan genre ini sehingga menjadi popular di seluruh negara.
    Penceritaan filem ini disusun dengan baik dan tak terlalu berat untuk penonton, jadi penonton akan faham dengan lebih mudah. Bagi mereka yang tidak pernah menonton filem Rock sebelum ini, terdapat beberapa ‘flashback scenes’ yang boleh buatkan korang faham dengan lebih jelas dan terang.
    Filem ini juga memberi fokus kepada generasi moden untuk mengenali muzik-muzik rock era 80an dan 90an. Filem ini semestinya merupakan sebuah ‘feel good movie’ untuk tahun ini. Banyak pengajaran yang ingin disampaikan contohnya Dio sering dihantui oleh kesilapan lama yang pernah dilakukan bersama ahli kumpulan dulu. Jadi, Dio ingin menebus segala rasa salah dengan membawa naik kumpulan Rimba Bara 2.

    Nantikan di pawagam!

    Nantikan filem Rock 4: Rockers Never Dai akan menemui para penonton di 131 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei mulai 20 Februari 2020. Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Primeworks Studios untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh gunakan tanda pagar #rock4 #rockersneverdai #rimbabara2 bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.


    The following two tabs change content below.


    Tarikh Tayangan : 19 Februari 2015
    Genre : -
    Pengarah : Khalid Nadzri
    Pelakon : Pekin Ibrahim, Siti Elizad 
    Terbitan : -
    Trailer : -




    Tarikh Tayangan : 29 Januari 2015
    Genre : Seram
    Pengarah : Wan Mohd Hafiz Wan Hussein
    Pelakon : Hazwan Asari, Shukri Mohd Tahir, Farhaziq
    Terbitan : Showbiz Productions 


    terbaharu berjudul 'Cinta Ilahi' ditayangkan dikaca tv di saluran TV3. Drama ini dibintangi oleh Johan Asari, Diana Amir, Nazrief Nazri, Syafnida, Ramona Zam Zam, dan Idzham Ismail. Drama ini akan bersiaran mulai 19 Disember 2014, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, akan bersiaran sebanyak 13 episode menggantikan drama Kifarah di slot Zehra TV3

    Hud bekerja sebagai mat despatch. Satu hari, kehadiran seorang gadis bernama Maryam telah membuatkannya jatuh hati. Dia mengekori gadis itu  hinggalah ke masjid. Terpegun dengan kecantikannya dan keluhuran yang mengajar kanak-kanak mengajar Al-Quran telah membuatkan hatinya tertawan. Namun, Maryam rupa-rupanya anak Pak Imam di Masjid itu.





    ,


    Meskipun tidak melibatkan diri dalam dunia seni secara langsung, namun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin  turut memberi pandangannya tersendiri terhadap filem tempatan, Terbaik Dari Langit yang telah mula ditayangkan di pawagam pada 25 Disember lalu.
    Menerusi akuan Twitter miliknya beberapa hari lalu, Khairy telah memuji filem arahan Nik Amir Mustapha itu selain menggalakan orang ramai untuk menontonnya.
    Khairy sempat memuji lakonan serta jalan cerita filem tersebut yang dirasakan sangat authentic.
    Berikut merupakan 2 status yang dimuat naik:
    “Lakonan dalam #TerbaikDariLangit sangat authentic. Character development cukup mendalam, dialog tidak kekok & sangat tak klise”
    “#TerbaikDariLangit Heart-warming filem about friendship, coming of age & believing in each other, however difficult. Must watch this gem”
    Filem lakonan Bront Palarae, Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Shahrizal, Nadiya Nisa itu masih ditayangkan di pawagam

    Trio filem 'The Raid' bakal muncul dalam filem terbaru Star Wars


    Nama Iko Uwais, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman dikatakan menarik perhatian Abrams selepas kejayaan mereka menunjukkan aksi seni mempertahankan diri yang mantap dalam sekuel The Raid, lapor twitchfilm.com.

    Aksi silat, bermain cota, bilah dan beberapa kuasa hebat lain dikatakan bakal menyuntik kelainan dalam jenama filem Star Wars terbaru.

    Bagaimanapun, Iko yang dihubungi CNN Indonesia pada Selasa berkata dia tidak dapat memberikan kata putus mengenai perkembangan terbaru itu.

    “Saya tidak dapat bagi kenyataan berkenaan perkara ini. Mungkin bukan saya orang yang tepat untuk mengesahkan perkara ini , takut disalahertikan.

    “Tunggu sahaja kenyataan dari penerbit Star Wars sendiri” kata pelakon yang mula mencipta nama melalui filem Merantau.

    Sebelum Iko, bintang filem The Raid, Joe Taslim telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem Fast and Furious 6 begitu juga dengan Cinta Laura dalam filem The Philosophers.

    Filem The Raid 2: Berandal arahan Gareth Evans pernah tersenarai dalam 10 filem terbaik dunia oleh IMDb seangkatan dengan filem antarabangsa yang lain seperti Interstellar, Guardians of the Galaxy, Gone Girl, dan X-Men: Days of Future Past.

    The Raid 2: Berandal pernah ditayangkan di Festival Filem Sundance dan mendapat maklumbalas positif dari masyarakat antarabangsa.



    Info Filem
    Terbitan: Grand Brilliance
    Terbitan Bersama: Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd
    Tajuk Filem: ‘Anak Jantan’
    Pengarah: Faizul A Rashid
    Durasi Filem: 76 Minit
    Bahasa  : Bahasa Malaysia
    Tarikh Tayangan di Pawagam: 30 Oktober 2014
    Pelakon: Farid Kamil, Bront Palarae, Nora Danish, Azhan Rani, Qi Razali, Abu Bakar Omar, Aznah Hamid, Dato’ Rahim Razali, Pablo, Carl Eqmal Hazali, Pessha
    Imbasan Awal
    Anak Jantan yang diolah kepada pengertian bagaimana kita sebagai manusia, tidak dapat lari dari masa silam kita dan sejauh manakah seseorang itu akan pergi untuk menyelamatkan keluarga tersayangnya.
    Ulasan
    ‘Anak Jantan’ merupakan filem fiksyen yang penuh aksi cemas dan mendebarkan serta sedikit sebanyak ada perkaitan dengan situasi masyarakat sekeliling. Dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air antaranya Farid Kamil, Bront Palarae dan Nora Danish ia membantu memantapkan lagi kekuatan filem ini dek kemampuan mereka menjiwai watak masing-masing.
    Ia merupakan arahan pengarah yang juga tenaga pengajar di UiTM, Faizul A Rashid dan skripnya diolah oleh Opie Harris dari idea asal Latiff Mohaideen yang berkaitan dengan isu seperti penyeludupan manusia, sindiket minta sedekah dan penculikan kanak-kanak.
    Di terajui Darin, pemuda yang ingin memulakan hidup baru bersama kekasihnya Nara di Kuala Lumpur, jauh dari tragedi masa silam yang menimpa mereka. Malangnya, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama bila tujuh tahun kemudian musuh  lama Darin iaitu Somchai tiba di Kuala Lumpur dan Darin terpaksa berdepan dengan sejarah hitamnya itu!
    Darin seorang lelaki yang terdorong dengan usaha yang berterusan untuk menjaga keluarganya dan mencari anaknya yang hilang setelah diculik Somchai, kenalan yang dikenali sejak kecil yang telah menjadi musuhnya sekian lama.
    Filem ini bukan sahaja menggambarkan atau memaparkan aksi-aksi pertarungan malah menyentuh nilai-nilai kekeluargaan yang utuh – kepentingan hubungan antara ibu bapa dan juga anak-anak. Dalam filem ini khususnya, memaparkan penerokaan seorang anak lelaki atau ‘Anak Jantan’ dalam sesebuah keluarga menjadi ketua keluarga dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.
    Sinopsis
    Anak Jantan menceritakan kisah Darin yang ingin memulakan hidup baru bersama kekasihnya Nara di Kuala Lumpur, jauh dari tragedi masa silam yang menimpa mereka.
    Malangnya, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama bila tujuh tahun kemudian musuh  lama Darin iaitu Somchai tiba di Kuala Lumpur dan Darin terpaksa berdepan dengan sejarah hitamnya itu!  Apakah kisah silam Darin dan mengapakah Somchai masih menyimpan dendam yang mendalam terhadap Darin? 
    Saksikan kisah filem aksi menarik Anak Jantan yang menampilkan pelakon popular seperti Farid Kamil, Bront Palarae dan Nora Danish. Ia mengisahkan bagaimana kita sebagai manusia, tidak dapat lari dari masa silam kita dan sejauh manakah seseorang itu akan pergi untuk menyelamatkan keluarga tersayang.


PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top