Lelaki Berusia 35 Tahun Mengaku Bersalah Rogol Adik Ipar Berusia 11 Tahun


Lelaki Berusia 35 Tahun Mengaku Bersalah Rogol Adik Ipar Berusia 11 Tahun|Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap dua pertuduhan merogol adik iparnya berusia 11 tahun.

Lelaki berusia 35 tahun itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N Kanageswari.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di sebuah rumah di Port Dickson, dekat sini, pada 1 September dan 23 November lalu.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Mahkamah menetapkan 30 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum.

Dlapurkan  pada 25 November lalu, melaporkan, seorang lelaki yang baru sebulan berkahwin dengan remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun, ditahan kerana merogol adik iparnya berusia 11 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top