Jual Telefon Pintar Tiruan Yang Hanya Mampu Berfungsi Tidak Lebih 30 Hari


Jual Telefon Pintar Tiruan Yang Hanya Mampu Berfungsi Tidak Lebih 30 Hari|Itu antara taktik penipuan segelintir penjual telefon pintar ‘celup’ yang dikesan sudah memperdaya ratusan mangsa di seluruh negara.

Ketua Seksyen Harta Intelek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya Othman Nawang berkata, pihaknya mengesan penipuan licik itu yang didapati semakin berleluasa membabitkan peniaga tempatan.

Menurutnya, peniaga licik ini biasanya menjadikan golongan pekerja warga asing, warga emas atau golongan yang kurang mahir berhubung model telefon pintar sebagai sasaran kegiatan penipuan.

“Siasatan mendapati sindiket menjadikan telefon pintar keluaran syarikat telekomunikasi China sebagai sasaran kegiatan itu. Memang sukar membezakan telefon palsu dan tulen berikutan bentuk, saiz serta berat telefon palsu ini menyamai telefon pintar tulen.

“Bagaimanapun telefon pintar palsu ini tidak bertahan lama berikutan ia mudah rosak dan gagal berfungsi secara mendadak,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top