(AL-FATIHAH)Lagenda Sepak Takraw Meninggal Dunia


(AL-FATIHAH)Lagenda Sepak Takraw Meninggal Dunia|Pemain lagenda sepak takraw 70-an Abdul Jalil Aziz, 66, meninggal dunia akibat pendarahan dalam usus di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, 6.30 pagi tadi.

Allahyarham menerima rawatan di HSB sejak dua minggu lalu selepas muntah darah sebelum meninggal dunia pagi tadi.

Abdul Jalil pernah mewakili negara pada sukan SEA 1971, 1973, 1975 dan 1977 di mana kesemuanya memenangi pingat emas.

Beliau bersara pada 1981 dan bekerja sebagai juruteknik kanan Jabatan Pengairan dan Saliran Kedah.

Allahyarham meninggalkan balu Nahariah Mann,65 dan empat orang anak.
Tamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top