GAMBAR CUBAAN MEROGOL REMAJA PEREMPUAN


GAMBAR CUBAAN MEROGOL REMAJA PEREMPUAN|Polis hari ini menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul ke atas seorang remaja perempuan di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata kes yang dikatakan rogol dan samun itu ialah kes mangsa dicederakan warga asing.

Baru-baru ini orang awam digemparkan dengan beberapa keping gambar seorang remaja didakwa dirogol dan dipukul beberapa orang warga asing yang tersebar luas di Facebook.

Abdul Samad yang mengesahkan kejadian berkata, tiada sebarang perlakuan cabul atau cubaan rogol atau samun daripada suspek terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu sebaliknya suspek mencederakan mangsa.

Melalui satu kenyataan di sini, beliau berkata bapa mangsa yang tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada kira-kira pukul 8 pagi, memberitahu anaknya ditolak dan terjatuh ke dalam longkang yang kemudian dipijak beberapa kali sebelum beredar.

Abdul Samad berkata mangsa yang sedang berjalan kaki pulang selepas selesai bekerja, tiba-tiba telah ditolak dari arah belakang oleh suspek, seorang lelaki dipercayai warga asing.

"Mangsa cedera di belakang kepala, bibir selain bengkak pada bahagian dahi dan muka akibat terjatuh dan dipijak ke dalam longkang sedalam dua meter itu, dirawat di sebuah hospital swasta," katanya.

Beliau berkata pihaknya kini giat memburu suspek serta menyiasat kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top