QZ8501: Identiti lapan lagi jasad dikenalpasti

QZ8501: Identiti lapan lagi jasad dikenalpasti

SURABAYA: Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) telah mengenalpasti lapan lagi jasad mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 pada Rabu.

Ketua DVI Polis Daerah Jawa Timur, Komisoner Besar Budiyono berkata, hingga kini 24 jasad telah pun dikenalpasti daripada 39 jasad yang dibawa ke Hospital Bhayangkara.

Lapan jasad yang baru dikenalpasti adalah:

1. Indahju Liangsih (17)
2. Stephanie Yulianto (14)
3. Jou Christine Yuanita (62)
4. Soetikno Sia (60)
5. Ratri Sri Andriani (30)
6. Ruth Natalia Made Puspitasari (26)
7. Rudy Soetjipto (54)
8. Nico Giovanni (17)

Proses mengenalpasti kesemua jasad masih bergantung kepada data post-mortem (data perdana) dan anto-mortem (data sekunder).

Tambah Budiyono, 242 pakar DVI dari pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Korea Selatan bertugas mengenalpasti mangsa pada hari ke-11 nahas pesawat malang itu.

Kelapan-lapan jasad kemudian diserahkan kepada ahli keluarga untuk pengurusan pengkebumian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top