Ekor pesawat AirAsia QZ8501 ditemui

Ekor pesawat AirAsia QZ8501 ditemui

KUALA LUMPUR: Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia, SAR,  hari ini mengesahkah bahawa objek yang ditemui oleh kapal pencari dan penyelamat Geo Survey adalah bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak 28 Disember lalu.

Detik.com melaporkan bahawa Ketua BASARNAS Bambang Soelistyo dalam satu sidang media pada Rabu  berkata huruf A,X dan tulisan ‘Air’ pada objek ditemui menyakinkan BASARNAS bahawa ia adalah serpihan ekor pesawat.

“Saya diberitahu pada jam 10 pagi kemudian saya mengarahkan mereka untuk ambil foto serpihan berkenaan. 10:30 pagi laporan dan gambar tiba.

"Hasilnya, kita dapati ada tulisan A, X dan tulisan ‘Air’. Dapat saya sahkan ini adalah bahagian ekor pesawat”, kata Bambang di ibu pejabat BASARNAS di Jakarta Pusat pada Rabu.

Dalam sidang media tersebut, Bambang turut menunjukkan  foto objek yang ditemui serta perbandingan dengan pesawat sebenar AirAsia.

Foto objek tersebut dirakam oleh penyelam SAR dari kapal GeoSurvey yang menemuinya pada jam 5 pagi.

Ia berukuran panjang 10 meter, lebar lima meter dan tinggi tiga meter. Posisinya dilaporkan menjunam ke laut.

ekor pesawat



ekor pesawat


Kata Bambang, penemuan ini akan menjadi titik pencarian untuk mencari bahagian terbesar yang lain serta kotak hitam pesawat.

Sehingga Rabu, pasukan SAR sudah berjaya menemui 12 objek serpihan pesawat.

Misi SAR yang dikendalikan BASARNAS disertai beberapa negara termasuk Malaysia, membabitkan tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Setakat ini, sebanyak 40 mayat mangsa nahas telah ditemui dan daripada jumlah itu, sebanyak 16 jasad mangsa terbabit telah dikenal pasti dan diserahkan kepada anggota keluarga masing-masing.

Usaha mencari mayat dilaporkan sukar kerana dipercayai dibawa arus yang deras dan operasi SAR juga sering terganggu akibat cuaca buruk dengan ombak yang tinggi.

QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 28 Disember 2014 jam 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari sama sebelum dilaporkan hilang.

Penumpang pesawat terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Krunya pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang Perancis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top