Dari beberapa hari lepas lagi berpuluh wartawan dan pihak media telah berkampung di hadapan Istana Negara untuk mendapatkan berita terbaru tentang kerajaan tanah air..

    Pengumuman ura-ura wujudnya kerajaan baharu dan hari ini kita digemparkan pula dengan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
    Ada wartawan dan pihak media yang sanggup berlapar dan hanya beralaskan makanan ringan.
    Pengorbanan mereka semata-mata mahu mendapatkan berita tentang pergolakan kerajaan yang masih belum selesai sekarang.
    Menerusi laman Twitter, Zaim Zamani berkongsi video di mana pihak Istana Negara yang sangat prihatin dan hargai pengorbanan pihak media telah memberikan makanan kepada mereka berupa KFC.
    Namun berbeza pula hari ini apabila KDYMM Baginda Agong sendiri turun dan memberikan makanan kepada petugas medi.
    Menerusi video yang dikongsikan, baginda berkenan untuk membelanja mereka semua makanan dari restoran McDonald.

    Belanja petugas media

    Video rakaman tersebut diperoleh daripada Astro Awani di laman Facebook. Turut kelihatan, baginda menghulurkan sendiri bungkusan kepada wartawan di lokasi bagi mereka menikmati set makanan tersebut.
    Rentetan daripada itu, rata-rata netizen dan seluruh rakyat Malaysia yang menonton video tersebut telah meninggalkan komen yang positif diatas tindakan KDYMM Agong.
    Malah, mereka juga menyatakan contoh teladan yang ditunjukkan baginda bukan sahaja dapat memupuk rasa hormat-menghormati malahan membuatkan rakyat bertambah sayang kepada pucuk kepimpinan KDYMM baginda Agong.
    Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
    Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
    Berita itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.
    “Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh hari ini.”
    “Surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada pukul 1.00 tengah hari,” menurut kenyataan itu.
    Pada hari yang sama, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sehingga Perdana Menteri ke-8 dilantik.





      

    , ,


    [VIDEO]Jenazah Allahyarham Seniwati "Mariani Ismail"Selamat Dikebumikan|Jenazah Allahyarham seniwati Mariani Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, 11.35 pagi tadi. Turut hadir pada majlis pengebumian itu ialah anak-anaknya, saudara-mara dan rakan artis seangkatan.

    Antara rakan artis yang hadir ialah Uji Rashid, Noorkumalasari, Datuk Shah Reza, Erra Fazira, Datin Seri Umie Aida, Salamiah Hassan dan ramai lagi.

    Allahyarham meninggal dunia akibat kanser usus di rumah anaknya Siti Haslinda Abdul Hamid di Sentul, di sini, 7.32 malam tadi.

    Hasil tiga perkahwinannya Allahyarham meninggalkan 13 anak.


    [VIDEO]Yus Jambu Selamat Dikebumikan|Jenazah sebelum itu tiba di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam Bintong dari Kuala Lumpur pada 11.45 pagi untuk di sembahyangkan.

    Dianggarkan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi lagi menantikan ketibaan jenazah.

    Kenalan artis dan juga pelawak serta pelakon seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengkebumian itu.

    Yus Jambu dilahirkan pada 15 Mac 1976 di Kangar, Perlis dan mula dikenali peminat seni hiburan tanah air selepas menjuarai rancangan realiti pencarian bakat pelawakRaja Lawak musim pertama pada 2007.


    PEMBACA BERITA TV3 TIDAK PERASAN TENGAH LIVE? | Hehe..ni memang tak perasan ke apa ni.. saksikan pembaca berita tv3 tak perasan tengah live kat tv..
    HAHAHAHAH. Kelakar lah. Kaki Berita ingatkan pembaca berita kat luar negara je ada masalah macam ni. Kat Malaysia pun ada juga. Paling kaki Berita ingat dulu, masa Wardina mengacara MHI TV3. Dia ingatkan rancangan dah habis. Rupanya commercial break. comel.


    Video: Kesian.. Pengawal Istana Buckingham JatuhTergolek|VIDEO menunjukkan seorang pengawal Istana Buckingham tergelincir lalu jatuh di hadapan ribuan pelancong kini mendapat perhatian orang ramai serta media seluruh dunia.

    Pengawal istana itu terjatuh ketika melakukan upacara harian penukaran pengawal untuk berdiri menjaga istana berkenaan.

    Salah seorang pelancong David Meadwell, 50, yang merakam adegan itu tidak menyangka sama sekali kejadian itu akan berlaku.



    Orang ramai dan pelancong akan berkumpul untuk menyaksikan upacara penukaran pengawal itu setiap hari di luar Istana Buckingham pada pukul 11.30 pagi.

    Menurut David, kumpulan pengawal yang pertama berjaya menukar tempat tanpa masalah 
    namun ketika dia mula merakam kumpulan kedua salah seorang pengawal tiba-tiba tergelincir lalu jatuh.

    Hal yang disaksikan ramai pelancong ini sekaligus menukar reaksi muka pengawal terbabit yang kelihatan menahan malu bukan kepalang.

    Pihak istana dilaporkan berkata, mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen berkaitan isu ini.

    Kasihan… kadang-kadang benda nak jadi memang di luar kawalan manusia.


    Video: Budak Nangis Teresak Esak Kucing Mati|ALAHAI.. sedihnya tengok video adik ni menangis sebab kucingnya mati.
    Tak tahu apa punca kematian kucingnya tu tetapi kelihatan sudah terkulai dalam dakapannya.

    Memang sebak tengok dia menangis teresak-esak, hanya pencinta kucing sahaja yang memahami perasaan adik ini..

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top