Top Glove sahkan pekerjanya meninggal dunia positif COVID-19



 Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) mengesahkan kematian seorang pekerjanya disebabkan COVID-19.

Ia adalah kematian pertama pekerja kilang pengeluar sarung tangan itu sejak pandemik menular membabitkan 28 kilang milik pengeluar sarung tangan terbesar dunia di daerah Klang.

"Kami ingin memaklumkan bahawa salah seorang pekerja kami meninggal dunia pada Sabtu lalu di Sungai Buloh Hospital.

"Yamnarayan Chaudhary Tharu, berusia 29 tahu dari Nepal, meninggal dunia akibat COVID-19 dengan fibrosis pada paru-paru," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan Top Glove, Tharu berkhidmat di kilang Top Glove di Meru, Klang lebih dua tahun.

"Top Glove bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menguruskan pengebumian mendiang Tharu.

"Selain itu, syarikat juga menawarkan pampasan yang akan dibayar kepada waris mendiang Tharu bagi meringankan beban kewangan keluarganya," katanya.

Susulan penularan COVID-19,lebih 5,000 pekerja kilang pengeluaran milik Top Glove diuji positif pandemik itu sekali gus menjadi kluster terbesar di Malaysia.

Top Glove berkata, kali pertama syarikat mengesan jangkitan COVID-19 adalah pada 2 November selepas pekerja menjalani ujian pra-penerbangan wajib sebagai persiapan sebelum berlepas ke kampung halaman pekerja.

Susulan kes penularan yang meningkat mendadak, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan memerintah kilang pengeluar yang terjejas ditutup secara berperingkat bulan lalu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top