Tahan Reman Disambung Namun Peguam SeIebriti Pendakwah Meminta P0Iis Buat Satu Perkara Ni Dan Kenyataannya Buat Orang Ramai Fikir Semula


 

PENDAKWAH selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail ditahan reman lagi dan kali ini selama lima hari bermula Isnin bagi membantu siasatan bagi satu kes rogoll.

Perintah reman yang akan berakhir 11 Disember ini terhadap Syed Shah Iqmal atau Da’iSyed, 25, dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad.

Menurut peguam yang mewakili suspek, Syed Amirul Syed Edros, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi dakwaan rogoll.

Dia yang ditahan semula oleh pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada petang Ahad hadir dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu dan berseluar jingga.

Sementara itu menurut peguam, sehingga kini polis memaklumkan menerima lapan laporan jenayah seksual terhadap anak guamnya namun dua daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ini bermakna setakat ini polis sedang menyiasat enam kes jenayahh seksuall membabitkan pendakwah selebriti itu.

Sehubungan itu Syed Amirul menggesa pihak polis untuk memandang serius mengenai perkara itu bagi mengelakkan salah tanggapan orang ramai terhadap anak guamnya yang sedang membantu siasatan.

“Saya berharap pihak polis bukan sahaja memberikan status NFA kepada dua laporan ini.Sekiranya terdapat unsur-unsur laporan palsuu dalam laporan ini, ambil tindakan kepada pengadu kerana selain nak tegakkan hak mangsa sekiranya berlaku jenayah, kita juga ingin menegakkan hak Syed Shah Iqmal.



“Kita takut ada pihak yang sengaja membuat laporan untuk menambah teruk keadaan. Ini kerana orang awam akan sentiasa menerima bahawa… ada laporan p0lis, maknanya memang orang tu salah,” katanya.

Terdahulu Syed tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan kenderaan polis kira-kira pukul 10.30 pagi.Beliau ditemui pemberita selepas proses permohonan reman selesai.

Sebelum ini Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, dilaporkan berkata pihaknya akan menyiasat berhubung dua laporan membabitkan kes r0goll dan cabull serta s3kss luar tabiii.

Kes r0goll dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.

Berdasarkan laporan, dalam kejadian 22 Oktober lalu itu, mangsa dipelawa keluar makan malam oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya, kira-kira pukul 9 malam sebelum diajak ke sebuah rumah di Damansara Perdana, Selangor dan dirogol.

Kes kedua berkaitan cabull dan s3kss luartabii (s3kss orall) pula dilaporkan seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi pada 17 Oktober lalu, wanita itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.

Semasa di rumah suspek, mangsa dic4bull selain turut dipaksa melakukan s3ksorall.

Untuk rekod Syed Shah Iqmal sudah ditahan reman selama 10 hari di IPD Shah Alam sejak 27 November lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top