PENGURANGAN KADAR CARUMAN BERKANUN SYER PEKERJA (11 peratus kepada tujuh (7) peratus.)


Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020 berkaitan kadar caruman berkanun syer pekerja baharu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan ini menjelaskan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada tujuh (7) peratus.  
 
Penjelasan lanjut berkenaan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja ini adalah seperti berikut: 
 
1.    Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan berkuatkuasa mulai upah pekerja bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991. 
Untuk siaran segera 
 
2.    Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Manakala kadar caruman berkanun untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas adalah kekal.  
 

Pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus
 
Ahli boleh membuat pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020). Borang ini hendaklah dikemukakan kepada KWSP melalui majikan masing-masing dan berkuatkuasa mulai bulan berikutnya. Borang ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang kwsp.gov.my pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.  
 
Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh merujuk laman sesawang KWSP di kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top