Pejabat KWSP KL ditutup | Covid 19


PEJABAT Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur ditutup sehingga Jumaat ini untuk proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran selepas dimaklumkan seorang ahlinya disahkan positif Covid-19.
KWSP dalam satu kenyataan berkata, ahli terbabit berurusan di pejabat KWSP Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut pada 27 Februari lalu antara 2 hingga 2.30 petang dan disahkan positif 3 Mac lalu.
Menurutnya, tiada sebarang pengesahan sama ada ahli terbabit dijangkiti Covid-19 sebelum beliau berurusan di pejabat KWSP.
“Kami sudah mengenal pasti pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada ahli terbabit dan menghantar mereka untuk menjalani pemeriksaan.
“Pegawai lain dari pejabat itu juga dikuarantin. KWSP sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, pejabat KWSP ini akan beroperasi semula pada Isnin ini dan KWSP juga menjalankan langkah awal pencegahan sejak Februari lalu untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada Covid-19.
“Semua kaunter dan permukaan yang terdedah di premis KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari.
“Pegawai kaunter juga diperlukan untuk membersihkan tangan mereka setiap 30 minit selain pelawat perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis KWSP,” katanya.
Bagaimanapun kaunter KWSP di lokasi lain akan beroperasi seperti biasa namun, ahli digalakkan untuk membuat transaksi secara dalam talian melalui aplikasi i-Akaun kecuali bagi urusan yang memerlukan kehadiran ke kaunter KWSP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top