'Mayat' Hiidup Kembali


Sebuah keluarga terkejut apabila ‘mayat’ gadis yang dibelikan sebagai ‘pengantin hantu’ anak lelaki mereka yang sudah meninggal dunia, tiba-tiba bangun sebelum sempat dikebumikan.
Ibu bapa dari Linzhou, utara China itu secara tidak sengaja membongkarkan sindiket pemerdagangan manusia selepas membeli ‘mayat’ yang rupanya remaja pekak bisu dan berpenyakit mental bernama Zhao Mei untuk ‘dikahwinkan’ dengan anak mereka.
Mengikut adat itu, dua mayat dikebumikan bersama untuk menandakan ada perkahwinan antara mereka.
People’s Daily melaporkan, ibu bapa terbabit membeli ‘mayat’ berkenaan dengan harga 30,000 yuan (RM19,200) sebagai pengantin hantu yang dihiaskan sebelum dimasukkan di dalam keranda.
Ketika majlis pengebumian dijalankan, mereka terkejut mendengar bunyi dari dalam keranda dan apabila membukanya melihat remaja berkenaan masih hidup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top