HOME »
Teknologi
»
Perbezan Vivo V3 Max dan Vivo V3 Untuk Pilihan Yang Tepat
Perbezan Vivo V3 Max dan Vivo V3 Untuk Pilihan Yang Tepat
Posted by Gampang on Friday, August 05, 2016 |
Teknologi
Baru je aku jalan-jalan kat Tesco Setia Alam tadi lepas layang wayang Ghostbusters
terus teringin cari dan feel sendiri camna rasanya pegang Vivo v3 dan Vivo V3max. Almaklumlah selama ni usha kat web je. Dalam pencarian tu aku keliru nak pilih mana satu sama ada vivo V3 Max atau Vivo V3 untuk pilihan yang tepat. Mana lebih berbaloi?
Buat Pilihan Samada VIVO V3 atau VIVO V3 Max
Harga dan Kapasiti Storage
Secara keseluruhannya, kedua-dua model vivo v3 dan vivo v3 max ni sudah cukup untuk pengguna smartphone yang aktif. Dari segi harga di Malaysia, vivo v3 Max lebih mahal dari vivo v3 iaitu vivo v3 max dengan harga RM1399 dan vivo V3 berharga RM999. Mungkin perbezaan RM400 ini membuatkan korang tertanya apa kelebihan yang ada pada Vivo V3 Max ini? Oh ye kedua-dua model ini mempunyai storan dalaman sebanyak 32gb.
Enjin Pemproses dan RAM
Kedua-dua model ni sebenarnya dah cukup power bagi kegunaan harian samada kegunaan biasa ataupun penggunaan heavy. Vivo V3 dilengkapi dengan processor 1.5ghz Octa Core (8 teras) manakala VIVO V3 Max pulak dengan kekuatan processor 1.8Ghz Octa Core. Macam sikit je beza kan? 1.5gHz dari VIVO V3 ni pun dah cukup untuk kerja multitask sebenarnya. Selain tu, Vivo v3 dilengkapi dengan RAM 3gb manakala vivo v3 Max 4Gb. Wow!
Kapasiti Bateri dan Fast Charging
Zaman sekarang ni, smartphone yang mempunyai kapasiti bateri yang besar biasanya menjadi pilihan pengguna. Tapi beza kapasiti bateri antara vivo v3 dengan vivo v3 Max ni takdelah jauh sangat. Vivo v3 punya bateri adalah 2550mAH manakala vivo v3 max datang dengan 3000mAh kapasiti bateri. Orang kata lagi besar bateri, lagi lama dia bertahan. Tapi Lenovo A850 aku takde la lama mana pun bertahan dengan kapasiti 4000mAH tu, setengah hari dah kong.
Vivo V3 max dikatakan mempunyai kebolehan fast charging iaitu 20 minit caj dah boleh penuh sampai 70 peratus. Vivo v3 tetap jugak mempunyai fast charging tapi tak taklah selaju macam vivo v3 Max. Selain tu, keupayaan fast charging vivo v3 dan v3max ni tak semestinya guna cable atau charger yang disediakan oleh vivo ni je, malah guna charger third party pun boleh menikmati keupayaan fast charghing ini.
Kamera
Kedua-dua Vivo V3 dan V3 Max ni ada keupayaan kamera yang sama iaitu 13 Megapixel untuk kamera belakang dan 8 Megapixel untuk kamera depan (selfie). Dan yang bestnya kamera ini boleh diakses sepantas 0.5 saat je supaya korang tak terlepas nak snap moment yang menarik berlaku depan mata. Cara pantas nak akses kamera adalah dengan menggunakan finger print yang terletak kat belakang phone vivo v3 dan v3 Max. Selain tu boleh guna cara unlock dan akses kamera, tapi stepnya jadi byk pulak kan?
Slot Kad Sim dan Memori Tambahan
Part ni yang membuatkan ramai orang membuat keputusan yang jitu untuk pilih sama ada vivo v3 atau v3 max. Vivo v3 mempunyai 3 slot kad iaitu slot untuk sim 1, sim 2 dan slot untuk memori kad mikro SD. Manakala Vivo v3 max hanya mempunya 2 slot kad iaitu slot untuk sim 1 dan slot untuk sim 2 / Memori kad.
Bagi yang rasa just nak pakai single sim boleh la pilih vivo v3 Max sebab satu lagi slot boleh letak mikro SD (up to 128gb). Tapi bagi mereka yang nak dual sim dan nak jugak storan lebih boleh pilih vivo v3.
Saiz Vivo v3 dan Vivo v3 max dan Kualiti Binaan
Dari segi saiz pulak aku tak nak cerita secara teknikal berapa cm semua bagai. Apa yang boleh aku katakan adalah Saiz vivo v3 sama macam iphone 6s manakala saiz vivo v3 max sama macam iphone 6s plus. Kedua-dua model ni memang nampak sangat premium dari segi kualiti binaannya. Kalau diperhatikan dan diteliti setiap sudut memang kemas dan bila pegang terasa padat dan padu.
Pendapat Peribadi
Secara peribadi aku suka vivo v3 sebab saiznya yang senang dipegang dan aku boleh maksimumkan penggunaan slot sim dan memori kad. Walaupun spesifikasinya tak sehebat v3 max dari segi bateri, processor dan RAM, vivo v3 tetap cantik dan utuh dan kelihatan premium. Saiznya yang kecik memudahkan aku untuk selfie. Vivo v3 max pun boleh je selfie cuma aku lebih suka yang kecil dan comel. Walaubagaimanapun, kedua-dua vivo v3 dan v3 max ni memang sangat powerfull.
Setiap pembelian akan dapat screen protector tempered glass dan silicon cover. Yang mana korang tak perlu pening kepala cari kat kedai lain dah. All in.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: