Saya Pun Isap Vape - ANAK PM


Saya Pun Isap Vape - ANAK PM|Vape, adalah satu isu yang agak kecoh ketika ini apabila tindakan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah menyerbu dan merapas pelbagai perisa vape yang dijual di pasaran tanpa mengeluarkan sebarang amaran atas alasan kerana perisa vape berkenaan mengandungi nikotin.

Dengan operasi besar-besaran berkenaan, dikatakan peniaga yang kebanyakkannya Melayu kehilangan mata pencarian mereka dan juga mengalami kerugian dari RM10,000 hingga RM100,000 bagi seorang peniaga.

Namun tidak semua yang mneyokong tindakan KKM ini, terbaru, anak kepada menteri, Nazif Najib melalui laman Facebooknya di mana ia mengakui vape adalah salah satu alternatif kepada perokok untuk berhenti merokok.

"Teringat ketika saya melihat kemunculan rokok elektronik dan pelekat nikotin di pasaran beberapa tahun yang lepas. Sambutan tidaklah sehebat nama, tapi ia tidak dapat dinafikan sebagai alternatif yang lebih baik dari tabiat merokok," katanya,


Menurut beliau lagi, jika dilihat sambutan hangat terhadap vape ini, ia bersetuju vape adalah alternatif kepada perokok dan kita seharusnya mengiktiraf inovasi dan kreativiti yang telah timbul dari industri ini.

"Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan."

"Tidak dapat dinafikan bahawa ketagihan vape adalah sesuatu yang tidak baik. Tambahan pula dengan masyarakat kita yang lebih cenderung untuk mengecam semua yang terlibat dalam industri ini (terutamanya para belia) hanya kerana satu kes yang unik dan ekstrem."

"Saya sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul. Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok."

"Saya berharap agar industri ini terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju dengan pengharaman vaping. Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika," katanya lagi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top