Memang Kurang Ajar Mamat Ini Marah Ibunya Di Hospital


Memang Kurang Ajar Mamat Ini Marah Ibunya  Di Hospital| "Masalah aku jangan kau campur boleh tak," itu antara jawapan seorang lelaki yang ditegur orang ramai selepas dia bertindak biadap dengan memarahi ibunya sendiri di sebuah hospital.

Sebuah rakaman video yang merakamkan gelagat seorang lelaki memarahi ibunya di sebuah hospital mendapat kritikan netizen selepas video tersebut mula viral di laman sosial hari ini.

Video yang berdurasi 1.36 minit memaparkan seorang lelaki yang duduk bersebelahan ibunya dilihat memarahi ibunya dengan nada yang kuat tanpa menghiraukan orang ramai yang turut berada di situ.

Berang dengan tindakan biadap lelaki itu, salah seorang daripada pelawat yang berada di hospital itu, bertindak menasihati lelaki berkenaan supaya menghormati ibunya itu.

Namun, nasihat lelaki itu tidak diendahkan malah, dia turut dimarahi dan diminta supaya tidak masuk campur urusan peribadinya.

Bagaimanapun, lokasi serta bilakah kejadian tersebut berlaku tidak dapat dipastikan.

Tindakan lelaki berkenaan dikecam oleh netizen kerana mengaggap ia adalah sesuatu yang biadap dan memalukan ibunya sendiri.

Muhammad B. Ibrahim menulis: "Apa-apa pun meninggi suara pada mak sudah cukup untuk dikatakan derhaka, ini kan pula memaki hamun di khalayak ramai walaupun mak ada buat silap itu sudah menjadi kebiadapan pada mak...ketahuilah syurga di bawah tapak kaki ibu."

"Kalau tegur pun tegurlah cara baik..itu emak yang melahirkan kita,yang menjaga kita sejak merah lagi..semasa engkau kecil, emak boleh bersabar dengan kerenah kau takkan apabila ibu dah tua, kau tidak boleh bersabar dengan kerenahnya??? fikir - fikirkanlah," tulis Foo Er

Ainil Julia turut menulis: "Tak kisahlah masalah apa pun anak dia ada atau keluarga dia ada tapi tak boleh bagi alasan untuk derhaka. Apa-apa pun memang tak boleh naik suara sikit pun dekat ibu bapa. Anak tu cakap kuat macam bangga dia marah ibu dia. Itu kat luar. Macam mana dalam rumah. "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top