Sejarah Awal Basikal

Sejarah Awal Basikal|Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka.  Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19 (Wikipedia).  Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, basikal bermaksud kenderaan beroda dua yang ditunggang dengan mengayuh pedalnya.  Basikal terawal merupakan skuter kayu menyerupai sebuah mesin mudah dipanggil “celerifere”.  Ianya dicipta oleh Camte Mede de Sivac dari Perancis sekitar tahun 1790. 

           Pada 1817, Baron Karl von Daris de Sauerburn, dari Jerman telah mencipta sebuah model yang dilengkapi batang stereng yang disambungkan di hadapan roda. Ia dikenali sebagai “Draisienne”. Ia mempunyai dua buah roda        ( sama saiz ), tetapi tidak berpengayuh. Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal ke hadapan dengan menggunakan kaki ( seakan-akan skuter.) Dia telah mempamerkan basikalnya di Paris pada 6 April 1818.

Kirkpatrick Mac Millan ( 1812 – 1878 ) seorang tukang besi dari Dumfriesshire, Scotland telah mencipta basikal pertama dengan pengayuh kaki sekitar tahun 1830 – 1840.  Sistem basikal ini menggunakan batang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang.  Basikal ini berat dan hanya mereka yang gagah sahaja mampu menunggangnya.  Namun begitu beliau tidak pernah mempatenkan hak ciptanya dan ideanya tidak mendapat sambutan.


Pada tahun 1870, James Starley mencipta basikal yang boleh dikatakan sebuah basikal biasa dimana basikal tersebut mempunyai roda hadapan yang besar dan roda belakang lebih kecil.  Ciri-ciri ini membenarkan penggunanya bergerak lebih jauh denga setiap kayuhan.  Penunggang perlu mempunyai skil da latihan yang tinggi kerana basikal ini sukar untuk ditunggang. 

Pada tahun 1884 H.J Larson memperkenalkan basikal yang bergerak menggunakan rantai.  Ia dinamakan ‘Safety”.  Basikal diberi lebih inovasi oleh John Kemp Starley dengan hasil rekaannya yang diberi nama ‘Rover Safety’.  Basikal ini mempunyai kerusi yang selesa bagi penunggangnya dan pemegang basikal ini dipasang dengan ‘grip’.  Basikal ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih dari sebelumnya.


Pada peringkat awal, tayar diperbuat daripada kayu, kemudian tayar berlogam dan akhirnya tayar bergetah. John Boyd Dunlop (1888) telah mencipta tayar pneumatic di mana tayar ini boleh diisi udara dan memberi tungganggan yang selesa kepada penunggang basikal. Satu rangkaian gegancu telah ditambah kepada basikal pada tahun 1880an. Ianya dipanggil “basikal keselamatan”. Manakala sistem pelincir getah telah ditambah pada tahun 1970an.
Pada masa kini basikal bermotor telah diperkenalkan.  Basikal ini telahpun digunakan secara meluas selepas basikal yang mempunyai gear kelajuan.  Ini bermakna basikal masa kini mempunyai dwi fungsi, ia boleh dikayuh ataupun menggunakan enjin. 

Meyenggara Dan Membaik Pulih

Semua peralatan dan mesin mudah yang telah digunakan perlu disenggara atau dibaik pulih.  Penyenggaraan ialah aktiviti yang dijalankan untuk memastikan alatan atau mesin mudah berada dalam keadaan baik dan selamat.  Manakala membaik pulih pula adalah aktiviti membaiki alatan atau mesin mudah yang menglami kerosakan yang menyebabkannya gagal berfungsi dengan sempurna.  Sebelum kita menyenggara dan membaiki kita kenali dulu bahagian-bahagian basikal dan fungsinya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top