Rezeki Jualan vape Dilihat Semakin Berkembang


Rezeki Jualan vape Dilihat Semakin Berkembang|Kegilaan menghisap vape dilihat semakin berkembang begitu pesat dan kini sudah muncul peniaga dalam kalangan belia menjual alat ganti dan perisa vape secara kecil-kecilan.

Permintaan tinggi membuka peluang rezeki baik melalui jualan secara langsung di kaki lima mahupun pasar malam, penjualannya turut meliputi urus niaga atas talian menggunakan laman sosial media seperti Facebook dan Instagram.

Penjual vape, Amy Anuar, 26, yang ditemui di Jalan Raja Muda, Kampung Baru berkata, dia tidak menang tangan apabila hasil penjualan alat berkenaan mencecah RM50,000 sebulan walaupun hanya baru tiga bulan beroperasi.

“Alat vaping dijual pada harga antara RM200 hingga RM1,000 sebuah manakala kos perisa pula iaitu untuk botol 10 mililiter berharga RM15 dan boleh bertahan untuk sehari ataupun dua hari dan botol 30 mililiter berharga antara RM35 hingga RM100 yang boleh bertahan selama dua minggu.

“Ia trend dan fenomena luar biasa serta permintaan daripada pelanggan sentiasa berterusan,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top