Peniaga Dalam Talian Kaki Auta


Peniaga Dalam Talian Kaki Auta|Seorang pemilik butik mengalami kerugian hampir RM7,000 akibat ditipu peniaga dalam talian (online) kaki auta apabila baju berjenama yang dibeli tidak diterima sehingga kini, sedangkan tempahan dan bayaran telah dibuat lima bulan lalu.

Pengadu yang hanya ingin dikenali sebagai Mia Auliay Davisha, 25, berkata, urusan jual beli dibuat melalui sebuah laman sosial Facebook setelah dia tertarik dengan baju-baju berjenama yang dipromosikan.

Menurutnya, dia membuat tempahan sebanyak 100 helai baju jenama Guess dan enam jelai baju jenama Hard Rock pada 14 Disember tahun lalu, sebelum membuat pembayaran berjumlah RM6,540 melalui tiga transaksi di CIMB Bank, dua hari kemudian.

"Dalam tempoh lima bulan, bermacam alasan diberikan oleh peniaga dalam talian yang mendakwa dirinya pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang Stesen, Perak itu.
"Sedangkan selepas buat pembayaran, saya terus menghubunginya dan dia beri jaminan saya akan terima semua barang ditempah paling lewat tiga minggu,"

 katanya.
Bagaimanapun katanya, selepas tiga minggu barang berkenaan tidak sampai dan dia menghubungi peniaga berkenaan sekali lagi.

Tambahnya, alasan yang diberikan peniaga tersebut adalah pihak pembekal mengalami masalah dan peniaga itu berjanji barang tempahan akan hantar melalui pos kepada pengadu selepas sambutan Tahun Baharu Cina, iaitu Februari lalu.

"Selepas dua hari sambutan Tahun Baharu Cina, barang tetap tak diterima dan peniaga terbabit beri alasan barang diambil daripada pembekal dari China ditahan pihak Kastam untuk pemeriksaan dan memakan masa untuk penghantaran.

"Awal Mac lalu, seorang daripada pelanggan saya tempah sehelai baju dan seluar dengan peniaga dalam talian itu dan saya buat bayaran RM200 apabila dimaklumkan barangan berkenaan akan sampai dalam tempoh dua minggu kerana dia ambil terus dari kilang.

"Tetapi sehingga akhir bulan lepas, baju dan seluar tersebut tidak sampai dan saya mengesyaki peniaga itu menipu . Selepas dihubungi, dia berjanji akan bayar balik secara ansuran setiap bulan. Teman lelakinya turut hubungi saya untuk berbincang,"

 katanya.
Mia Auliay berkata, bagaimanapun dia gagal menghubungi peniaga tersebut sejak 5 April lalu dan tidak dapat mengakses laman sosial Facebook, Instagram serta aplikasi WhatsApp dan WeChat milik peniaga berkenaan kerana disekat.

Berikutan itu, Mia Auliay membuat laporan di Balai Polis Chukai pada jam 12.33 tengah hari, Isnin lalu selepas menyiasat latar belakang peniaga dalam talian yang beralamat di Kadok, Kelantan itu.

"Rupa-rupanya sudah ramai pembeli ditipu, namun kerugian mereka tidak sebanyak yang saya alami dan mereka tak buat laporan polis. Saya harap mereka yang pernah ditipu sebegini buat laporan polis untuk mengelak peniaga dalam talian terus memperdaya orang lain,"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top