Kabel Telekomunikasi Kerap Dicuri


Kabel telekomunikasi kerap dicuri|Penduduk di Kampung Batas di Kilometer 12.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), di sini, meluahkan rasa kesal berikutan kes kecurian kabel milik syarikat telekomunikasi di kawasan berkenaan semakin kerap berlaku.
Seorang penduduk, Lizan Abd Rahim, 46, berkata, akibat kejadian itu menyebabkan sistem komunikasi sama ada telefon rumah atau internet tergendala sekali gus mengganggu urusan penduduk sekitar.

Menurutnya, sejak penghujung tahun lalu hingga sekarang sudah lima kali kes kecurian tersebut berlaku.

“Kedudukan tiang kabel yang terletak di tepi lebuh raya mungkin memudahkan penjenayah untuk mencuri terutama pada waktu malam,” katanya.

Katanya, kejadian terbaru berlaku pada 3 dan 6 April lalu menyebabkan sistem komunikasi di kawasan itu tidak boleh digunakan.

“Bila kejadian berlaku kita terpaksa membuat laporan kepada pihak berkenaan dan kerja penyambungan semula kabel akan mengambil masa beberapa hari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan kes kecurian kabel di kampung tersebut pada 6 April lalu.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kerugian kira-kira RM4,200 dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 431 Kanun Keseksaan.

“Saya menasihati masyarakat supaya segera membuat laporan kepada pihak polis sekiranya berlaku kejadian seperti ini supaya tindakan susulan dapat diambil,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top