Lelaki Cina Tertelan Mikrophone Sehingga Megakibatkan Tersumbat Dalam Dubur


Lelaki Cina Tertelan Mikrophone Sehingga Megakibatkan Tersumbat Dalam Dubur- Macam-macam hal berlaku di China. Dengan jumlah penduduk yang ramai, tidak hairanlah jika pelbagai perkara pelik boleh ditemui di negara itu. Salah satu daripadanya ialah microphone sepanjang 10 inci tersumbat dalam ususnya.
Ia menyebabkan lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan dikenali sebagai Cai itu menjalani pembedahan selama dua jam.
Disebabkan mikrophone itu tersumbat jauh ke dalam usus, doktor terpaksa membelah perutnya bagi mengeluarkan objek terbabit.
Ketika Cai tiba di hospital, doktor tidak mengesan sebarang kecederaan pada badannya tetapi mimik mukanya menunjukkan dia dalam kesakitan sambil tangannya menunjuk bahagian belakang badannya.
Objek berkenaan dipercayai berada dalam badannya selama 27 jam sebelum dia mendapatkan bantuan doktor.
Terdapat laporan bahawa kejadian itu berpunca akibat satu pergaduhan di sebuah kelab karaoke.
Doktor sebelum itu cuba menarik mikrophone berkenaan melalui duburnya namun gagal menyebabkan mereka terpaksa membedahnya.
Ketika ditanya, Cai enggan menceritakan apa yang berlaku kepada doktor.
Dia kini menjalani pemulihan di hospital dan enggan ditemubual oleh wartawan.
Dalam pada itu, Dr. Sun yang merawat lelaki itu memberitahu dia pernah merawat pesakit yang tersumbat timun di bahagian dubur, Timun itu telah pecah dua.
“Jangan pandang ringan dengan objek asing yang dimasukkan ke dalam dubur kerana ia boleh mengakibatkan kematian,’’ katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top