Almy Nadia Beri Amaran!,Jangan Kacau Rumah Tangga Aku


Almy Nadia Beri Amaran!,Jangan Kacau Rumah Tangga Aku-BARU-baru ini industri hiburan dikejutkan dengan kontroversi panas yang membabitkan aktor popular, Fizz Fairuz yang didakwa cuba menggoda pelakon baru Fara Mendoza menerusi aplikasi WeChat.

Isu ini timbul selepas Fara Mendoza bertindak mendedahkan perangai sebenar Fizz Fairuz dengan berkongsi screenshot perbualan mereka sehingga ia tersebar meluas menjadi perbualan hangat peminat hiburan.
Bagaimanapun, hal itu disangkal oleh Fizz Fairuz yang mendakwa tidak mengenali gadis tersebut.
Namun, lain pula kenyataan Fara Mendoza yang mengaku mereka saling mengenali dan pernah berjumpa di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa.
Barangkali tidak tahan segala spekulasi melibatkan suaminya, Almy Nadia selaku isteri kepada Fizz Fairuz dilihat memuat naik kata-kata menyindir Fara Mendoza sebagai artis baru yang sedang menjadi publisiti murahan menerusi Instagram (yang kini sudah dipadam).

Kapsyen Almy Nadia turut diiringi dengan hashtag berbunyi amaran #jangankacaurumahtanggaaku #jangancubacuba buat Fara Mendoza.
Berdasarkan status tersebut, dapat diagak Almy Nadia pastinya sedang bersedih apabila rumah tangganya diuji sebegini.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat siapa yang bersalah dalam hal ini.. Moga Almy Nadia tabah menghadapinya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top