Hanez Suraya Mula Tayang Baby Bump


Hanez Suraya MulaTayang Baby Bump- Ramadan lalu, timbul isu kononnya rumahtangga Hanez Suraya dan suami bergolak. Malah pelakon itu sendiri apabila ditanya hanya meminta supaya semua pihak mendoakan kebahagian rumahtangganya sahaja tanpa mengulas panjang.


Ketika desas desus itu timbul, Hanez Suraya juga dilihat tidak memuat naik langsung foto dia dan suaminya di laman sosial Instagram. Ia membuatkan ramai yang menyangka gosip mengenai rumahtangganya itu benar.

Namun baru-baru ini, Gampang perasan Hanez Suraya sudah mula selesa memuat naik foto mesra bersama suaminya dengan kapsyen bersyukur dan meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Selain gambar mesranya bersama suami, Gampang perasan Hanez yang tidak pernah menunjukan baby bump sebelum ini telah memuat naik sekeping foto di Instagram menayang perutnya kini yang hamil.

Comel je Gampang lihat baby bump Hanez, mungkin dia baru hamil di trimester pertama dan ianya tidak begitu kelihatan.

Apa-apa pun Gampang mendoakan supaya rumahtangga yang dibina mereka dapat bertahan dan bahagia hingga akhirnya lebih-lebih lagi apabila bakal menyambut orang baru dalam keluarga mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top