Suki Low Heret Bekas Pengurusan Ke Mahkamah

Suki Low Heret Bekas Pengurusan Ke Mahkamah -Penyanyi Suki Low sekali lagi mengheret bekas pengurusannya ke muka pengadilan untuk mendapatkan kembali wang berjumlah lebih RM350,000 yang pernah dia laburkan untuk kerjaya nyanyiannya dengan sebuah syarikat rakaman Galaxy Music Sdn. Bhd.


Syarikat rakaman tersebut bukan sahaja gagal mengembangkan kerjaya Suki Low seperti yang telah dijanjikan tetapi juga menamatkan operasi untuk mengelak daripada mengikuti perintah mahkamah yang mengarahkan mereka untuk mengembalikan wang tersebut.

Suki Low telah memfailkan saman terhadap dua orang bekas pengarah syarikat pengurusannya iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May dari Galaxy Music Sdn. Bhd.

Suki Low turut memfailkan saman terhadap Lee Nai Kong, Toni Lim Phaik See, Hotshot Entertainment Sdn. Bhd serta Suriati Talib yang dikatakan terlibat dalam isu yang sama.

Dalam kenyataannya, Suki menyaman kesemua pihak tersebut di bawah Seksyen 304 Akta Syarikat 1965 atas tindakan pihak tersebut yang telah menipu beliau berkaitan kes Mahkamah Tinggi pada tahun 2012 sewaktu beliau memenangi tuntutan terhadap pihak Galaxy.

Suki mendakwa bahawa walaupun dia telah memenangi tuntutan saman sebanyak RM367,575.17 dengan kos RM30,000.00 dari Mahkamah Tinggi dan RM20,000.00 di Mahkamah Rayuan, beliau masih belum dapat menikmati jumlah wang tersebut kerana penggulungan syarikat Galaxy pada tahun 2013.

Dalam kenyataan tuntutannya, Suki mendakwa penggulungan syarikat Galaxy gara-gara oleh sebuah syarikat yang bernama Hotshot Entertainment, telah dilakukan sebagai satu penipuan untuk mengelak pihak Galaxy daripada membayar hutang tuntutan kepada Suki.

Dalam kenyataan beliau juga, Suki telah menjelaskan hubungan rapat di antara beberapa pihak terbabit dan bagaimana mereka telah menimbulkan kecurigaan apabila berkomplot untuk menyebabkan penggulungan syarikat Galaxy di sekitar waktu yang sama apabila pihak guaman Suki sedang sibuk menguruskan saman penghakiman penghutang terhadap Chan Tak Wai dan Wong Yoke May.

Dengan penggulungan syarikat Galaxy, tuntutan saman penghakiman penghutang terhadap Chan Tak Wai serta Wong Yoke May terpaksa dihentikan. 

Suki menyatakan tindakan Chan Tak Wai, Wong Yoke May, Hotshot Entertainment dan Suriati telah berpakat secara sulit dalam keadaan saling mengetahui dan sengaja dengan tujuan untuk menipu beliau.

Suki kini menuntut keseluruhan jumlah tuntutan berserta kesemua kos, faedah dan ganti rugi am daripada semua pihak terbabit. Beliau telah memfailkan saman melalui peguamnya Raj, Ong & Yudistra.

Suki juga telah memfailkan aduan salahlaku profesional kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam tahun lalu terhadap pihak guaman Galaxy Music iaitu Datuk Ricky Tan Seng Cheong dan Marcus Tan Seng Peng dari Tetuan Ricky Tan & Co. Kes telah didengar oleh jawatankuasa disiplin 21 Ogos 2015 dan akan bersambung lagi pada 6 October 2015.

Sementara itu, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang diminta mengulas tentang hal ini memberitahu pihak mereka mengambil serius dengan apa yang berlaku terhadap Suki.

“Kami mengambil serius tindakan pihak seperti ini yang memberikan janji kepada artis dan kemudian gagal mengotakan janji, khasnya selepas memperolehi jumlah wang yang besar daripada artis tersebut.

“Ini bukan kes pertama, tapi kami memberikan sokongan dan keyakinan kepada Suki dalam perjuangannya menuntut keadilan,” jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top