RESEPI

Resepi Ikan Masak Singgang Baik Untuk Mencegah COVID-19

11 Mar 2020

INFORMASI

ArtisTanah Air

Stacy Telah Selamat Memeluk Islam


Stacy Telah Selamat Memeluk Islam-Penyanyi Stacy atau nama baru Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam, 25, mendedahkan bahawa pengalaman pertama kali mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan perasaan yang sangat mengharukan.
Stacy berkata dia amat teruja hingga mengalirkan air mata apabila dapat melafazkan serta menyempurnakan kalimah itu dengan betul.
"Sejujurnya saya tak pernah lafaz atau pun belajar untuk melafazkan dua kalimah syahadah itu sebelum ini. Jadi bila tiba masanya saya sangat-sangat teruja.
"Saya bersemangat nak melafazkannya hingga saya menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya ada bersama menyaksikan proses tersebut,"katanya 
Turut hadir ibu bapanya iaitu Anam Bayar, 53, dan ibunya Agnes Kaloos, 57.
Bercerita mengenai latar belakang agamanya, Stacy akui dia tidak pernah menganut atau percaya mana-mana agama sejak kecil.
"Sejak kecil saya tiada agama tetapi pada 2012 saya secara rasmi menganut agama Kristian. Itu pun kerana mengikut kebanyakan daripada ahli keluarga saya.
"Saya dibesarkan dengan latarbelakang keluarga yang dikalangan ahli keluarga separuh beragama Islam dan separuh lagi beragama Kristian. Kami memang sudah terdidik percaya pada satu tuhan saja.
"Tapi bila umur 24 tahun saya lebih suka bercakap tentang Islam malah bila berpindah ke Kuala Lumpur, saya banyak  bergaul dengan orang Islam dan itu yang membuatkan saya kuat dan lebih minat ke arah Islam. Saya yakin Islamlah agama yang saya mahukan," jelasnya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Kedai Online

LIVE STREAMING

Radio Online

Teknologi

Lirik Lagu

Vedio TerKini