Pelajar Perubatan Hampir Penggal Zakar Bayi


Pelajar Perubatan Hampir Penggal Zakar Bayi| DALAM satu kejadian yang berlaku di Saltillo, Mexico seorang pelajar perubatan hampir ‘memenggal’ zakar seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ketika ingin memotong tali pusatnya.

Bukan itu sahaja, doktor di hospital berkenaan turut dituduh ingin menyembunyikan kecuaian tersebut.
Memetik laporan Daily Mail, bapa bayi malang itu mula mengesyaki sesuatu setelah dilarang untuk bertemu bayinya walaupun selepas dua jam dilahirkan.
Insiden ngeri itu berlaku ketika pasangannya, Zulem Contreras berjaya melahirkan seorang bayi lelaki, namun doktor di situ memaklumkan bahawa bayi mereka mengalami kecederaan minor selepas pembedahan.
Namun selepas itu, si bapa, Diego Rangel Izaguirre mengetahui bahawa seorang pelajar perubatan yang juga pelatih di hospital itu, secara tidak sengaja telah terpotong kemaluan anaknya akibat keliru dengan tali pusat.
Akibatnya, pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan untuk mencantumkan bahagian yang terpotong itu.
Menurut pasangan terbabit, bayi mereka menderita akibat tiga kecederaan di bahagian sulit dan ada antaranya mengalami luka sedalam 2 sentimeter.
Ujar si bapa kepada pemberita, “Ketika bayi saya dilahirkan dan ingin dipotong tali pusat, mereka telah mencederakan kemaluannya.
“Bertambah malang, pakar bedah kemudiannya melakukan dua kesilapan lagi hingga menambahkan luka di bahagian itu sedalam dua sentimeter.”
Si ibu yang berang dengan tindakan pihak hospital membenarkan pelajar perubatan melakukan pembedahannya berkata, sepatutnya mereka menggunakan khidmat pakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top