Bas Ekspres Terjun Gaung Di Rawang


Bas Ekspres Terjun Gaung Di Rawang|SEMBILAN individu termasuk dua orang pemandu mengalami kecederaan selepas sebuah bas ekspres terjunam ke dalam gaung  di kilometer 436, Lebuh Raya PLUS dekat Jambatan Sungai Buaya di Rawang.

Memetik laporan MyMetro, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.40 pagi tadi.
Menurut Pegawai Operasi Bomba Op Selamat Raya, Haizad Morah Abas, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.44 pagi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
Ujarnya lagi, ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, salah seorang pemandu memaklumkan bahawa terdapat seorang penumpang tercedera.
“Sampai di lokasi, terdapat seorang lelaki dipercayai pemandu kedua bas ekspres berkenaan sudah ada di luar bas dan memaklumkan terdapat penumpang tersepit.
“Seorang wanita berusia 66 tahun yang terperangkap berjaya dibawa keluar sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top