5 Tradisi Perkahwinan Di Seluruh Dunia Pelik Lagi Jijik


5 Tradisi PerkahwinanDi Seluruh Dunia Pelik Lagi Jijik |Hari perkahwinan adalah hari paling bahagia yang dinanti-nanti oleh bakal pasangan mempelai untuk mengikat hubungan cinta ke peringkat yang lebih rasmi.
Seperti semua sedia maklum, setiap negara atau kaum mempunyai adat-adat tradisi tertentu dalam majlis perkahwinan yang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi.
Namun, tradisi perkahwinan di beberapa buah negara ini mungkin kedengaran aneh, jijik, dan mengerikan.
1. Menghitamkan Pengantin: Scotland

Percaya atau tidak, bagi setiap pasangan pengantin Scotland mereka perlu melalui tradisi yang agak menjijikkan. Setiap pasangan yang ingin berkahwin dikatakan perlu melalui proses ‘penghitaman’. Di mana setiap pengantin akan disimbah dengan cecair hitam, bulu dan tepung.
Tradisi ini dikatakan menjadi simbol bagi pasangan pengantin baru yang bakal mengharungi sebarang bentuk cabaran kelak apabila sudah berumah tangga.
2. Memukul Tapak Kaki Pengantin: Korea

Di Korea, kaki pengantin lelaki biasanya akan dipukul menggunakan batang tebu dan ikan kering. Kebiasaanya rakan dan saudara mara bertanggungjawab memukul kaki pengantin lelaki ini.
Tradisi ini dikatakan ketabahan dan kecekalan pengantin lelaki menghadapi malam pertama.
3. Meludah Pengantin: Kenya

Kedengaran geli bukan?
Menurut tradisi Masai, pengantin perempuan akan diludah oleh bapanya di kepala dan buah dada sebagai tanda merestui perkahwinan tersebut.
4. Sup Mangkuk Tandas: France

Sungguh menjijikkan! Selepas selesai majlis perkahwinan, pengantin France perlu memakan sisa dan makanan lebihan majlis mereka di dalam mangkuk tandas.
Kebiasaanya, ahli keluarga yang bertugas mengutip sisa-sisa makanan tersebut akan memastikan pasangan pengantin melakukan amalan tersebut.
5. Larangan Ke Tandas: Borneo Utara

Kalau korang nak tahu, pengantin baru dari puak Tidong di Borneo Utara dilarang menggunakan tandas selama tiga hari.
Lebih mengejutkan, sebarang bentuk pembuangan sama ada membuang air kecil dan besar dilarang.
Ini kerana mereka percaya nasib yang buruk akan menghantui pasangan ini untuk seumur hidup jika melanggar pantang larang ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top