Gempar Kolej Matrikulasi Perlis Bagi Keychain Yang BerTanda Salib Kepada Pelajar



Gempar Kolej Matrikulasi Perlis Bagi Keychain Yang BerTanda Salib Kepada Pelajar| HEBOH di laman sosial hari ini apabila penemuan tanda salib dalam keychain milik seorang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) menimbulkan kekecohan orang ramai khususnya umat Islam.

 Menerusi laman sosial, seorang pelajar di kolej tersebut telah memuat naik beberapa keping gambar mendakwa terdapat lambang salib pada tapak Keychain yang diberikan oleh pihak KMP khusus untuk pelajar yang mendaftar pada sesi kemasukan 2015/ 2016.

 Tambahnya lagi, dia menyedari lambang salib berkenaan susulan keychain tersebut terjatuh dan menyebabkan logo KMP tertanggal sehingga menampakkan bentuk tanda salib di bahagian dalamnya. 2 1

 Bagi mendapatkan jawapan terhadap isu yang boleh mencentuskan provokasi agama ini, pihak KMP telah tampil dengan memberi penjelasan berkenaan isu lambang salib tersebut.

 Menurut KMP, syarikat pembekal telah memaklumkan bahawa silang yang seakan lambang salib itu sebenarnya adalah berfungsi sebagai tapak untuk digamkan logo KMP.

 Pihak KMP mahupun pihak pembekal tiada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik. 

Bagaimanapun, semua keychain telah dipungut semula dan pembekal akan mengantikan dengan yang baru kepada pelajar. Dilaporkan unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengambil langkah proaktif sejak Ahad 31 Mei 2015 untuk menarik semula keychain yang dibekalkan. Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi spekulasi yang bukan-bukan berkaitan isu tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top