KEJAM.. Seorang Lelaki Telah Ditahan dipercayai Membunuh Seekor Anjing Milik Rakannya Yang Dikatakan Telah Dirasuk.


KEJAM.. Seorang Lelaki Telah Ditahan dipercayai Membunuh Seekor Anjing Milik Rakannya Yang Dikatakan Telah Dirasuk.|Alex Allen Webb, 23, telah ditahan di Pusat Tahanan Daerah Washington dan dikenakan bon sebanyak 3,500 dollar kerana melakukan perbuatan kejam terhadap seekor anjing.
Ironinya, anjing malang yang diberi nama Lucky itu adalah milik rakannya, Steven Grudzien, yang tiada di tempat kejadian semasa ianya berlaku.
Seorang lagi rakannya, Derry White yang datang ke rumah itu terkejut melihat keadaan anjing tersebut yang terbaring dan sudah tidak bernyawa lagi di dalam bilik air.
Derry memberitahu pihak polis bahawa Alex menyatakan kepadanya anjing tersebut telah dirasuk dan haiwan itu perlu mati.
Alex meminta bantuan Derry untuk menghapuskan bukti anjing tersebut namun ditolaknya.
Selepas menerima panggilan, polis yang menuju ke tempat kejadian menemui baju yang basah milik Alex serta mendapati keadaan di dalam tab mandi itu jelas berlakunya situasi panik dan pergelutan yang terjadi kepada anjing tersebut.
Walaupun pada mulanya dia mengakui telah membunuh anjing tersebut tapi kemudiannya dia memutarbelitkan cerita dan menyatakan anjing itu telah melarikan diri.
Polis masih tidak jumpai badan anjing tesebut dan kes yang dilakukan oleh Alex ini bukanlah yang pertama kali kerana pada tahun 2011 dia  telah menyembelih seekor anak kucing.
Dasar tak berperikemanusiaan, lelaki seperti ini patut terima hukum yang lebih berat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top