HOME »
Viral
»
Ramai Pertikai Penggunaan Sos ‘Church’ Di Texas Chicken
Ramai Pertikai Penggunaan Sos ‘Church’ Di Texas Chicken
Posted by Gampang on Thursday, June 11, 2015 |
Viral
Ramai Pertikai Penggunaan Sos ‘Church’ Di Texas Chicken|Seorang individu telah menimbulkan perdebatan panas di akaun Facebook restoran makanan segera, Texas Chicken, apabila bertanyakan tentang penggunaan sos pencicah ‘Church’ di seluruh francaisnya di Malaysia.
Menurut pemilik akaun Mista Bob Faishah, pihak pengurusan francais terbabit tidak sensitif terhadap majoriti masyarakat Malaysia yang terdiri daripada umat Islam.
Tulisnya di akaun Texas Chicken Malaysia, “Kepada TCM…Tolong jelaskan tentang jenama sos pencicah yang digunakan di francais Malaysia… Kebanyakan pelanggan anda beragama Islam… Dan orang Islam tidak menjamah makanan dari ‘Church’…”
Tak lama selepas status tersebut dimuat naik di laman Facebook rasmi TCM, pihak restoran makanan segera itu menyatakan jawapan terhadap penggunaan nama ‘Church’ untuk sos tersebut.
“Untuk pengetahuan, jenama Texas Chicken bermula di San Antonio, Texas, USA oleh individu bernama George W. Church Sr – ‘Church’ merupakan nama keluarganya dan ‘Church Chicken’ merupakan jenama sama di USA.
“Di luar, ia dikenali sebagai Texas Chicken. Maka, perkataan ‘church’ tidak digunakan dalam konteks agama…”
Selain itu, seorang individu yang kemudiannya membalas kenyataan dari TCM, meminta pihak tersebut mengubah penggunaan jenama ‘Church’ demi kelangsungan syarikat tersebut di Malaysia.
“TCM boleh menukar nama daripada ‘Church’ kepada yang lain, seperti di US, ia dikenali Church Chicken, di luar ia dikenali sebagai Texas Chicken…atas dasar perniagaan, sila hormat pelanggan Islam…jika tidak anda tidak akan kekal lama di sini…”
Walau bagaimanapun, tindakan individu tersebut menerima kecaman dari sesetengah pengguna media sosial yang tidak melihat penggunaan nama ‘Church’ menjadi satu masalah.
Senang cakap, kalau pengguna Islam rasa was-was mahupun tidak berpuas hati dengan penggunaan perkataan ‘Church’, usahlah menjamu selera di restoran tersebut. Mudah kan?
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: