Bakar Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin


Seorang suami dan bapanya ditahan selepas mereka membakar isteri lelaki itu kerana meninggalkan rumah tanpa kebenaran.
Muhammad Siddique berang selepas mengetahui isterinya Shabana Bibi, 25, melawat adik perempuannya tanpa meminta kebenarannya, kata abang mangsa Muhammad Azam.
Siddique dan bapanya kemudian memukul Shabana sebelum menyimbah petrol dan membakarnya di daerah Muzaffargarh, tengah Pakistan, Jumaat lalu.
Pasangan itu berkahwin tiga tahun lalu.
Menurut Azam, sepanjang tempoh itu adiknya sering dipukul kerana kegagalannya untuk hamil.
Kejadian itu menyebabkan 80 peratus badan Shabana melecur. Dia meninggal dunia, kelmarin.
“Kami menahan suami dan bapa mentua mangsa. Mereka didakwa membunuh dan melakukan keganasan,” kata Ketua Polis Daerah Rai Zameer-ul-Haq.
Tuduhan ‘keganasan’ biasanya dibuat untuk mempercepatkan perbicaraan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top