Suri rumah dikhuatiri lemas



Hulu Terengganu: Seorang suri rumah dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Baru Pasir Nering, Kuala Berang, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, Fadilah @ Zariah Abdullah, 42, yang juga menghidap sawan sejak dua minggu lalu, disedari hilang oleh suaminya Iswadj Mohamed, 37, ketika terjaga daripada tidur 4.30 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, susulan itu, Iswadj cuba mencari mencari mangsa sebelum menemui baju isterinya di tebing Sungai Terengganu.
"Iswadj membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Berang kira-kira 7 pagi tadi dan anggota polis bersama bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) melancarkan operasi mencari dan menyelamat, pagi tadi.
"Pasukan penyelamat terdiri 58 anggota menjalankan operasi secara 'surface searching' (pencarian di permukaan) dengan kelengkapan dua bot selain lima penyelam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top