Orang ramai serbu 10 stesen minyak di Kelantan



KOTA BHARU - Kehabisan bekalan petrol mendesak pengguna menyerbu stesen minyak yang masih ada baki bekalan.

Pelanggan dari Pasir Mas, Khairul Fahmi Yusof, 33 berkata, disebabkan permintaan tinggi dia terpaksa mencari bekalan petrol di kesemua 10 stesen minyak yang ada di sini.

"Saya tertekan dengan keadaan ini memandangkan stesen minyak dari Pasir Mas, Pasir Puteh dan 2 stesen minyak lain kehabisan petrol.

"Kebanyakan petrol sudah habis dan hanya ada diesel sahaja. Malah ada pengguna kecewa setelah beratur hampir dua jam, akhirnya penjual memohon maaf akibat kehabisan minyak," katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di Stesen Minyak Petronas Demit, Kubang Kerian, di sini.

Kata Khairul Fahmi, masalah bekalan itu perlu diselesaikan dengan penghantaran bekalan minyak yang semakin kritikal di negeri ini.

Sementara itu, Pengurus Stesen Minyak Petronas Demit, Azami Mohd Yatim berkata, stesen minyak itu mulai sesak sejak tiga hari lalu.

"Mereka terdiri daripada penunggang motosikal dalam kalangan anak-anak muda yang meronda untuk melihat kawasan banjir.

"Kereta juga terpaksa beratur panjang bagi membolehkan kenderaan mereka mempunyai bekalan minyak," katanya.

Beliau mengakui keadaan sesak menyebabkan pelanggan tertekan, namun keadaan tersebut mampu ditenangkan.

Katanya, masalah kesesakan di stesen petrol itu berlaku memandangkan stesen minyak lain tutup dan bekalan elektrik terputus beberapa hari lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada dalam kalangan pelanggan yang menyediakan tong kerana bimbang bekalan minyak terputus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top