Pesawat AirAsia dari Pulau Pinang ke Langkawi berpatah balik

Pesawat AirAsia dari Pulau Pinang ke Langkawi berpatah balik

GEORGE TOWN: Pesawat AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke Langkawi, Kedah hari ini dilapor berpatah balik selepas 10 minit penerbangan kerana 'masalah teknikal'.

Jurucakap LTAPP ketika dihubungi berkata pesawat AK6242 yang berlepas pada 4.30 petang itu sepatutnya mendarat di Langkawi pukul 5.05 petang.

"Pesawat itu berpatah balik selepas kira-kira 10 minit memulakan perjalanan dipercayai akibat masalah teknikal dan terpaksa dijadual semula.

"Pesawat itu selamat mendarat (di Langkawi) kira-kira pukul 6.30 petang; terlewat hampir 1 jam 30 minit dari jadual asal," katanya.

Sementara itu, pengurusan AirAsia ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan berkata kenyataan akhbar mengenainya akan dibuat kemudian.


Read more at www.kakiberita.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top