HOME »
Berita Semasa
»
Misi SAR QZ8501 disambung pagi esok, kata KEMENHUB

Posted by Gampang on Monday, December 29, 2014 |
Berita Semasa
KUALA LUMPUR: Indonesia tekad memaksimumkan penggunaan aset republik berkenaan dalam pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sewaktu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.
Ketua Jeneral Djoko Murjatmodjo dari Kementerian Udara dan Perhubungan berkata demikian ketika diasak wartawan dalam sebuah sidang media mengenai perkembangan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang sudah masuk 12 jam dan belum membuahkan hasil.
“Kami akan menggunakan sumber yang kita miliki dalam pencarian ini. Cuaca pada petang ini agak baik namun halangan seterusnya adalah waktu malam.
"Kami akan memberhentikan pencarian buat masa ini dan akan disambung pagi esok," kata Djoko.
Djoko berterima kasih kepada negara-negara jiran yang menawarkan bantuan namun menurutnya, tidak banyak yang boleh dilakukan buat masa ini memandangkan zon pencarian belum dapat ditentukan dengan tepat.
“Koordinat yang kami dedahkan sebelum ini adalah merujuk kepada titik akhir sebelum ia terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara. Kami masih berusaha untuk mendapatkan koordinat kedudukan sebenar pesawat tersebut,” ujar Djoko menjawab soalan wartawan.
Menurutnya, sejurus koordinat yang lebih tepat mengenai kedudukan pesawat diperoleh, maka pihaknya akan memberi arahan kepada semua pihak termasuk aset SAR dari negara-negara jiran untuk menuju ke lokasi tersebut.
Ketua Jeneral Djoko Murjatmodjo dari Kementerian Udara dan Perhubungan berkata demikian ketika diasak wartawan dalam sebuah sidang media mengenai perkembangan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang sudah masuk 12 jam dan belum membuahkan hasil.
“Kami akan menggunakan sumber yang kita miliki dalam pencarian ini. Cuaca pada petang ini agak baik namun halangan seterusnya adalah waktu malam.
"Kami akan memberhentikan pencarian buat masa ini dan akan disambung pagi esok," kata Djoko.
“Koordinat yang kami dedahkan sebelum ini adalah merujuk kepada titik akhir sebelum ia terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara. Kami masih berusaha untuk mendapatkan koordinat kedudukan sebenar pesawat tersebut,” ujar Djoko menjawab soalan wartawan.
Menurutnya, sejurus koordinat yang lebih tepat mengenai kedudukan pesawat diperoleh, maka pihaknya akan memberi arahan kepada semua pihak termasuk aset SAR dari negara-negara jiran untuk menuju ke lokasi tersebut.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: