Parang hinggap muka


Alor Gajah: Seorang kakitangan sebuah bank cedera parah terkena libasan parang oleh lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa kerana mendakwanya mencuri petai di Kampung Daun Daun, Masjid Tanah, di sini, kelmarin.
Difahamkan kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku dipercayai akibat salah faham antara mangsa dikenali sebagai Yusrey Yusoff, 34, dengan suspek berusia 30-an selepas mangsa mengesyaki lelaki itu mencuri beberapa petai di ladang miliknya sejak beberapa minggu lalu.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menghubungi suspek untuk berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum suspek bersetuju menyelesaikannya dengan baik dan berjanji berjumpa.
"Pada hari kejadian, suspek dikatakan menunggu mangsa di hadapan rumah sebelum beredar selepas mendapati mangsa tidak keluar. Dia kemudian pergi ke sebuah warung berdekatan namun berpatah balik ke rumahnya menaiki motosikal dipercayai untuk mengambil parang.
"Beberapa minit kemudian, mangsa singgah ke warung sama untuk berjumpa suspek dan dimaklumkan penduduk yang suspek baru saja pulang ke rumah menyebabkan mangsa kemudian turut beredar ke sebuah balai raya berhampiran," katanya di sini, semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top