Nelydia Senrose Berubah Dalam 4 Personaliti



Kata orang, kalau sudah bergelar sebagai seorang pelakon, maka personaliti dan juga penampilan diri perlulah sehebat chameleon atau sesumpah.
Duta jenama alat solek Collection, Nelydia Senrose berjaya membuktikan bahawa kuasa alat solek mampu memberikan penampilan berbeza buat dirinya, tak kira dalam gaya glamour, gadis pemalu, agresif atau sebagainya.
Baru-baru ini sempena memperkenalkan buku fesyen terbaru jenama alat make-up mampu dimiliki pilihan ramai remaja wanita itu, Nelydia Senrose telah berubah dalam empat wajah mempersona.
Dia telah tampil dalam persona warna-warni bertemakan Candy Crush dan kemudian lebih agresif sesuai dengan konsep Rocker Chic.
Sebagai seorang selebriti yang cantik menawan, Nelydia Senrose turut tampil menerusi imej Gorgeusly Sweet dan akhir sekali penampilan kegemarannya yang lebih glamor  iaitu Glamo Glitz.
Lihatlah saja lagak dan riak pelakon popular berkenaan di hadapan kamera bermain dengan latar belakang studio dan paling utama menyesuaikan dirinya dengan kekuatan solekan daripada Collection.
Tidak sendirian, Nelydia Senrose turut ditemani empat orang peminat bertuah bagi menyerikan lagi buku fesyen terbaru jenama berkenaan dan masing-masing nampaknya tak mahu kalah gaya bak seorang bintang terkenal.
Mereka adalah Shazleen Abdul Jabar yang berpeluang bergambar Candy Crush bersama-sama Nelydia Senrose, Erra Afifa Ali (Gorgeously Sweet), Amelia Chiang Kar Mun (Glamour Glitz dan Moo Eee Fern (Rocker Chic).
Jom! Kita saksikan kehebatan keempat-empat pemenang bertuah itu bergandingan bahu dengan pelakon popular Nelydia Senrose bersama-sama alat solek pilihan ramai.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top