Datuk Lee Chong Wei Akur hilang mahkota



Ikon sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akur terlepas kedudukan ranking nombor satu dunia kepada Chen Long yang baru saja memenangi Siri Super Akhir 2014 hujung minggu lalu di Dubai.
Menurut Chong Wei, dia tidak boleh berbuat apa-apa mengenai situasi berkenaan selepas dikenakan penggantungan sementara oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF) dan masih menunggu perbicaraan mengenai kes doping yang dijangka berlangsung awal bulan depan.
"Saya harus menerimanya selepas enam tahun berada di ranking nombor satu dunia, ia terganggu disebabkan kes doping saya," katanya ketika dihubungi semalam.
Ranking baru BWF akan dikeluarkan esok dan pemain nombor satu dunia itu akan dipintas oleh Chen Long yang sebelum ini mengalahkan perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus.
"Bukan mudah untuk kekal kedudukan pemain perseorangan nombor satu dunia selama enam tahun, saya harap kes ini dapat diselesaikan segera.
Kaki Berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top